28/02/2010

Jom berperang

5 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Kita kena rasa kita di dalam medan peperangan", kata Ammar.

"Dan kita juga perlu rasa kita sekarang diserang", tambah Din.

"Serangan pemikiran ni lain. Kalau serangan fizikal, kita nampak kesan tumbukan tu. Tapi, serangan pemikiran ni, kita tidak nampak kesan dia macam mane. Itu kita risau", hujah Faiz.

Alhamdulillah. Allah sekali lagi mengumpulkan kita dalam suasana yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Linangan air mata membuktikan segala-galanya. Membuktikan keinsafan kita. Melahirkan kesyukuran kita. Menzahirkan kasih sayang kita. Sekarang kita tahu dan sedar. Kita kena lakukan sesuatu.

Tinggalkan jahilliyyah!



Ingin sekali lagi saya mengulangi apa yang dikata oleh musuh-musuh Islam dalam misi mereka memerangi kita semua.

"Kita tidak akan dapat mengalahkan umat Islam dengan peperangan fizikal. Mereka bagaikan rahib di malam hari dan pahlawan di siang hari. Kita hanya mampu mengalahkan umat Islam dengan menjauhkan mereka dengan Islam itu sendiri."

Anda masih ingat siapa yang menyatakan ayat ini? Jawab sendiri.

"Kita kene pelan-pelan kayuh", kata Ale.

"Tapi pelan-pelan kita biarlah yang selaju mungkin", tambahnya lagi.

Ramai orang akan beranggapan kita perlu berubah secara perlahan-lahan. Ya. Saya juga setuju. Ingat senang ke nak tinggalkan smoking? Nak tinggalkan girlfriend? Nak tinggalkan games? Nak tinggalkan filem-filem yang tak berfaedah? Nak tinggalkan itu. Tinggalkan ini.

Tapi, betul ke ungkapan kita "pelan-pelan kayuh" itu membuatkan kita sedaya upaya berusaha meninggalkannya, ataupun sekadar alasan di bibir kita? Ataupun hanya sekadar penyedap hati kita? Entah-entah, seat basikal sudah diduduki, tapi pedalnya tidak dikayuh-kayuhi oleh kita (maaf andai bahasa melayu rosak).

Andaikan kita mendaki sebuah bukit dengan menaiki sebuah basikal.

Kita tahu kesusahan dan kepayahan dalam mengayuh basikal dalam keadaan geografi sedemikian. Jadi, adakah kita pelan-pelan kayuh sehinggakan tidak terkayuh? Ataupun kita pelan-pelan kayuh tapi dengan sedaya upaya kita mengerah keringat dan menambahkan kelajuan basikal dari semasa ke semasa?

Begitu juga dengan persoalan membuang jahilliyyah. Kita tahu ia memerlukan masa. Apatah lagi ia melibatkan perasaan hati. Tapi, janganlah kita menjadikan ia sebagai alasan untuk kita berusaha sesedikit mungkin. Pelan-pelan kayuh kita ialah semaksimum mungkin. Tapi, ianya bertahap. Ingat tu.

Hari ini, air mata kita menjadi bukti penyesalan kita. Jangan biarkan ianya dikeringkan dengan jahilliyyah esok atau akan datang. Buktikan kita mampu buat. Ingat, kita ada support system. Jangan bimbang. Kita akan berusaha bersama-sama. InsyaAllah.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".



26/02/2010

Maulidur Rasul

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semoga kita semua berada di dalam kemanisan iman dan islam.

12 Rabiulawal Tahun Gajah, seorang bayi telah dilahirkan oleh pasangan yang telah dipelihara oleh Allah sejak dahulu lagi. Berketurunan mulia dan sangat disayangi oleh ahli keluarganya yang lain. Sehinggakan bapa saudaranya, Abu Lahab yang dimurkai Allah pun sangat menyayanginya. Abu Lahab sanggup membebaskan hambanya, Suwaibah dan melakukan kenduri secara besar-besaran.

Itulah cerita sedikit mengenai kelahiran Rasulullah s.a.w. Hari ini, saya pasti di Malaysia, akan mengadakan sambutan perarakan Maulidur Rasul. Tidak kiralah di peringkat taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti, daerah, negeri dan kebangsaan. Namun, di bumi UK ini, tiadalah sambutan perarakan Maulidur Rasul ini. Hanya seperti ceramah-ceramah umum diadakan. Mungkin disebabkan perbezaan pendapat mengenai sambutan Maulidur Rasul ini.

Namun, bukan itu yang menjadi perbincangan saya.

Teringat isi perbincangan usrah tadi. Mengenai sunnah-sunnah rasulullah s.a.w. Banyak yang diutarakan oleh Apeng, Kid, Hilmi, Hisham, Salam, Najib, Syahmi dan juga saya. Semoga kita sama-sama dapat menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.

Tetapi, apa sunnah Rasulullah s.a.w yang paling besar yang sering dilupakan oleh kita dan dianggap tidak 'cool' oleh kebanyakan pihak?

Ya. Berdakwah.

Sedar ataupun tidak, kita memang melakukan dakwah dalam kehidupan seharian kita. Tidak ada seorang pun yang tidak berdakwah. Tidak kisah dari budak kecik, kanak-kanak, remaja, adewasa dan orang tua.

Berdakwah ertinya menyeru. Dalam konteks kita sebagai seorang muslim, kita akan menyeru orang ke arah kebaikan dan meninggalkan larangan. Jadi, kita memang melakukan dakwah dalam kehidupan seharian kita kerana kecendurangan kita dalam mengajak orang.

Persoalannya hanya satu.

Sama ada ke arah kebaikan ataupun kejahatan.

Tepuk dada dan tanya iman kita masing-masing. Dalam kehidupan kita selama beberapa belas tahun, ataupun berpuluh tahun ini, berapa banyak kita menyeru orang ke arah kebaikan dan ke arah kejahatan.

Kita nak masuk syurga kan? So, pilihlah pilihan yang tepat.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

19/02/2010

Hati: Analogi ikan masin

4 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Hati ini boleh dianalogikan seperti ikan masin", kata seorang sahabat.

ikan masin yang digantung.

Semua ahli usrah ternganga mendengar analogi tersebut. Masing-masing cuba memberi kefahaman. Setelah lama kami mencuba, beliau menerangkan apa yang dimaksudkan dengan analogi ikan masin itu.

Ikan masin berasal daripada ikan kan? Itu syarat utama untuk ikan menjadi ikan masin. Yang kedua, ikan itu haruslah mati terlebih dahulu sebelum boleh diproses menjadi ikan masin. Mana ada ikan masin yang hidup kan?

Ok. Jelas syarat itu.

Ikan, ketika dia hidup, adakah isinya masin? Jawapannya tidak. Walaupun persekitarannya adalah masin (ikan di laut, bukan di dalam aquarium), namun isinya tidak masin.

Tapi, selepas dia mati, sesiapa yang ingin membuat ikan masin, akan mengawet ikan tersebut untuk dijadikan ikan masin.

Ok. Jadi apa kena mengenanya dengan hati kita?

Maksudnya, seseorang itu, jikalau hatinya hidup, insyaAllah dia tidak akan terlarut ataupun terpengaruh dengan unsur-unsur yang negatif. Namun, bahayanya adalah ketika hatinya mati. Dia akan senang untuk larut dan terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik.

Namun, bagaimana untuk kita memastikan hati kita sentiasa hidup?

Jawapannya banyak dan saya rasa ramai dari kita tahu. Selalu mengingati Allah, berzikir, membaca Al-Quran, bersedekah dan macam-macam lagi. Tinggal lagi hanya kita sahaja untuk melakukannya ataupun tidak.

Tepuk dada, tanyalah iman. Jom sama-sama menghidupkan hati kita.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

17/02/2010

Terima kasih

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Terima kasih kawan-kawanku,
kerana telah menghadiahkan aku,
nikmat ukhuwah ini,
yang pasti tidak mampu dibeli dengan wang ringgit,
Ya Allah,
kepadaMu lah aku memohon,
tetapkanlah kami semua di atas jalanMu,
tabahkanlah hati kami merentasi jalan ini,
kami tahu ya Allah,
jalan ini tidak mudah,
tidak menjanjikan karpet merah,
tidak pula menghadiahkan tepukan tangan,
apatah lagi wang yang lumayan,
namun,
berbekalkan semangat dan kecintaan kami kepadaMu,
kepada rasulullah,
kepada para sahabat,
kami teruskan perjuangan ini,
kami rapatkan saf ini,
oh ya Allah,
kepadaMu lah kami merintih,
hanya kepadaMu lah kami merayu pertolongan,
berilah kami kekuatan ya Allah,
supaya kami tetap istiqamah,
thabat di atas jalan ini,
Terima kasih ya Allah,
kerana telah pertemukan aku dengan mereka,
andai kata kita terpisah,
berdoalah,
agar kita kembali bertemu lagi,
meskipun bukan di dunia,
insyaAllah di syurga yang kekal abadi.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".



15/02/2010

Syahadatul Haq

4 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah menemukan aku dengan sahabat-sahabat yang mengingatkan aku kepadaMu ya Allah.

Sudah berlalu program Syahadatul Haq di London tempoh hari. Sungguh seronok rasanya melihat semua orang bersemangat dalam melaksanakan tugas menyampaikan al-Haq ini. Bak kata seorang sahabat, mula-mula akan rasa beban, tapi insyaAllah ianya seronok.



Tiada apa yang hendak diceritakan tapi cuma ingin mengingatkan beberapa resolusi yang kita sama-sama buat.

  1. Bermujahadah
  2. Perlu support system
  3. Mula dengan orang terdekat
  4. tingkatkan ziarah
  5. banyakkan status berunsurkan dakwah di facebook
  6. etika dan akhlak kita perlu dijaga
  7. qiammullail
Harapnya kita sama-sama dapat melaksanakan tugas yang berat ini. Jangan bimbang jangan risau. Kita akan sama-sama melakukan kerja ini. Jangan rasa kita hanya keseorangan. Meskipun kita dihina, disindir, diejek dan sebagainya, kuatkan diri kita. Tingkatkan pergantungan kita dengan Allah.

Saya sayangkan anda semua!!

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

05/02/2010

Aku cinta Allah

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim







Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai


Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi


Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah
"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

04/02/2010

Dakwah itu pelik?

6 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Apa dakwah-dakwah ni? Sesat la korang ni", kata seorang pemuda.

"Dakwah? Tu tugas ustaz-ustazah la bai. Yang ko sibuk-sibuk ni apehal? Kecoh je", tambah seorang pemuda lagi.

Dialog-dialog di atas direka semata-mata oleh saya. Namun, saya yakin dan pasti, dialog tersebut sering didengari dan diperkatakan. Ini fenomena biasa yang mempersoalkan dan meragui tugas kita semua sebagai dai'e.

Ramai orang pelik dengan perkataan dakwah. Kenapa ye? Bagi saya, ini semua kerana kita semua dijinakkan oleh musuh-musuh islam dengan perkara-perkara yang lain. Hedonisme, materialisme dan macam-macam lagi.

Kalau orang islam itu tidak solat, kita akan rasa pelik.

"Aik, ko islam tapi tak solat? Ko ni biar betul", kata Ahmad.

Tapi kalau orang islam tak berdakwah, kita tak rasa pelik malah rasa normal. Yang pelik bila orang itu berdakwah.

"Ape kene ngan ko ni jang? Dakwah-dakwah. Sesat dah ko ni. Ko jangan joinla la mane-mane group tu jang. Bahaya", kata Abu.

Sedar tak sedar, kita memang sudah dijinakkan oleh musuh-musuh islam. Dakwah yang menjadi nature kepada islam bertukar menjadi sesuatu yang baru dan pelik malah dikatakan sesat oleh sesetengah pihak.

Ingat tak kisah saidina Abu Bakar. Lepas dia memeluk islam, apa perkara yang mula-mula beliau lakukan?

Solat?

Puasa?

Tidak. Jawapan dia berdakwah!

Keesokan harinya dia telah membawa 5 orang memeluk islam. Itu nature kita. Dakwah!

Jadi, mengapa kita sekarang pelik dengan perkataan dakwah? Bangunlah wahai pemuda. Kita adalah aset bagi fikrah perjuangan ini. Celiklah mata bukalah minda. Tegakkan kembali islam di muka bumi ini.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

02/02/2010

Dia lagi kuat dari aku

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Kali pertama aku kenal dia time MOC. Aku pun tak sure dia kenal aku ke tak. Tapi berita mengenai dirinya membuat aku sedar bahawa aku ni tersangat-sangatlah lemah.

Kalau dia yang sedang bertarung dengan nyawanya, aku ni bertarung dengan apa? Bertarung konon. Padahal aku masih bersenang lenang menggoyang kaki berperut kenyang tidur sampai ke tengah hari.

Semoga beliau menjadi inspirasi kepada kita semua.

Semoga kita jumpa lagi Mas Afzal.

p/s: berita lanjut dan video di sini.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".