06/01/2010

Usrah bagaikan nyawa?

Bismillahirrahmanirrahim

"Usrah? Bapak tak rock r pergi usrah. Bosan gile kot", teriak seorang pemuda.

"Come on la weh. Bosan gile kot usrah tu", tambah lagi seorang pemuda.

Ya, saya akui. Inilah persepsi saya mengenai usrah suatu ketika dahulu. Suatu ketika di mana hanya keseronokan dicari dan masalah dibuat. Bukannya jahat, cuma sedikit nakal. Kata orang, budak nakal, cerdik.

Tambahan pula, usrah mingguan di sekolah diadakan pada setiap malam Sabtu. Hari yang sama pula, wayang pacak dibuat.

"Form 1 sume wajib pergi usrah. Yang lain tak wajib", laung senior BADAR.

Argh. Hati semakin panas. Memberontak kenapa hanya form 1 sahaja yang wajib ke usrah yang bosan itu. Nak taknak, usrah pun usrah la. Naik form 2, baru boleh tengok wayang pacak. Aduhh.

Itu fenomena usrah tatkala bergelar pelajar sekolah menengah. Di kolej, usrah sedikit matang. Tapi still ada trendnya. Pelajar baru wajib ke usrah di surau. Argh. Bosan gile dengar ayat ni. Tapi apakan daya. Senioriti di kolej tidaklah seganas senioriti di sekolah menengah.

Kesannya, hanya minggu pertama pergi usrah. Selebihnya, lepak-lepak kosong.

Masuk universiti, ingatkan dah lenyap perkataan usrah itu. Last-last, ada jugak. Memang persepsi yang sama bermain-main di otak.

"Memang aku tak pergi usrah ni", teriak hati kecil.

Namun, entah mengapa. Usrah yang dianggap bosan, semakin seronok. Banyak perkongsian ilmiah berlangsung. Kalau takde usrah, rasa macam bosan je hidup. Kita kan nak bina individu-individu muslim. Melalui usrah la salah satu caranya.

Mari kawan-kawan. Kita ubah persepsi. Bukan pepsi. Usrah memang best. Bagaikan nyawa.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

3 comments:

hishammahir said...

comel.
betul usrah bagaikan nyawa

mamak said...

=D
=D
=D

kami budak belajar kat library malam2 said...

pepsi sket...bukan usrah bagaikan minum pepsi ya..haha..entry yg menarek