05/01/2010

Ukhuwah islamiah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Sudah lama agaknya tidak menulis sesuatu di dalam blog yang semakin usang ini. Nak kata sibuk, takdelah sibuk sangat. Senang cerita, malas la kot. Alhamdulillah. Segala perancangan di kala cuti musim sejuk berjalan lancar. Jaulah kembara di tanah gersang berjalan dengan baik walaupun ada sedikit masalah teknikal. Ziarah keluarga pakcik di Ireland juga lancar. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Banyak pengalaman menarik dan pengajaran berguna sepanjang perjalanan dikutip. Yang baik, yang buruk dan yang sederhana, semuanya dihadam. Ketika inilah kita dapat mengenal rakan-rakan kita dengan lebih dekat. Bagaimana cara tidurnya, dengkurnya macam mana, gayanya, cara makannya dan sebagainya. Semuanya bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di antara satu sama lain.

Ukhuwah adalah salah satu faktor kekuatan umat Islam. Namun, bukanlah ukhuwah yang sebarangan. Bukanlah ukhuwah kerana bola sepak, kerana sekolej persediaan, sesekolah menengah, senegeri, seminat dan sebagainya. Hanya ukhuwah islamiah yang menguatkan umat Islam. Ukhuwah yang hanya semata-mata kerana Allah. Bertemunya dan berpisahnya hanya kerana Allah swt.

Ukhuwah islamiah ini boleh diibaratkan seperti simen yang mengukuhkan batu-bata yang bersama-sama bekerja demi membentuk sebuah rumah. Begitu juga dengan kita. Ukhuwah antara kita tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata menjadi dorongan dan galakan kepada satu sama lain dalam kita bekerja kerana agama Allah.


Ada satu hadith riwayat ibnu majah, Rasulullah saw bersabda, "Mahukah aku tunjukkan kepadamu sebaik2 manusia? Sahabat pun menjawab, "Mahu ya Rasulullah", Rasulullah saw menjawab, "iatu orang yang apabila kamu memandangnya maka akan menjadikan kamu mengingati Allah azza wa jalla"


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


4 comments:

niesa.imana said...

salam wbt..

alhamdulillah.. genggamlah kaseyh sayang yang ada pada sahabat2 yang beriman hanya kepada-NYA..

tahniah di atas ukhuwwah korang. alhamdulillah, sesama muslimin selalunya memang mudah dilihat tali persaudaraan tu.

di pihak muslimat, kami nampaknya perlu bekerja lebeyh keras.
xnak ukhuwwah yang kami label tu sebenarnya hanyalah taasub berkumpulan semata-mata, which means pseudo-ukhuwwah.

sesebuah usrah yang berjaya, adalah apabila ahli2nya mampu berukhuwwah bukan sekadar sesama mereka, tetapi ikatan ukhuwwah fillah itu turut dijalinkan dengan mereka yang berada di luar kumpulan mereka.. cukup dengan alasan iman..

huhu.. saja bkongsi sedikit pengisian dari blog Ustaz Hasrizal;
http://saifulislam.com/?p=2579

wallahualam..

aslam said...

alhamdulillah..carilah titik persamaan dan bukannya perbezaan..

niesa.imana said...

insyaAllah syeikh..
jom kita cari titik persamaan dengan MASYARAKAT di luar sana..
apabila kita berusaha mencari, insyaAllah diketemukan oleyh-NYA jua..

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇