12/01/2010

Susah senang

Bismillahirrahmanirrahim

Menulis di kala serabut dengan subjek Solids and Structures. Banyak sungguh perkara yang seperti baru sahaja belajar. Padahal exam dah tak lama. Tu lah. Siapa suruh ponteng kelas. Kan dah kena. Salah sendiri.

Hampir-hampir putus asa di kala belajar. Namun, tiba-tiba teringat dalam buku rujukan utama ada tulis sesuatu yang memberi nafas baru.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (94:5)

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (94:6)

Terus tak jadi nak putus asa. Semangat mula meningkat. Bagus kan buku rujukan utama kita ni? Semua benda ada.

Ok. Sekarang bersemangat nak belajar walaupun masa agak terlambat. Tapi takpe, usaha tu penting. Lepas exam ni, boleh rilek. Tengok movie, main game, lagho-lagho sikit dan sebagainya. Eh, rasa macam tak kena pulak. Ok2. Kita bukak buku rujukan utama balik.

"Maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain" (94:7)

"Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap" (94:8)

Nah. Allah kata, lepas abis buat urusan lain, buat urusan lain pulak. Tapi "urusan" dalam ayat ni bukanlah urusan bersuka-ria. Tapi urusan baik yang lain. Lepas tu, kita berharap pada Allah. Bukannya berharap pada lecturer, pada graf tahunan dan sebagainya. Biasa kan cakap macam ni?

"Harap-harap lecturer tak strict marking kertas kita".

"Ish. Mintak-mintaklah graf tahun ni rendah. 20 dah lulus".

Biasa kan?

Ok. Cukup setakat ni. Kena sambung study pulak. Banyak lagi subjek yang tak cover. Jangan lupa berdoa ye kawan-kawan.

Ingat kawan-kawan, Islam memerlukan Muslim yang pandai.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


3 comments:

John said...

tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain

apa lagi, kahwin lah aslam

Anonymous said...

nice..=)

joegrimjow said...

summer ni boleh balik




jom join contest
weekend@sheffield klik klik
menang 50 pound di blog joegrimjow
tak menang pun boleh tolong pomot weekend@sheffield
;-)