21/01/2010

Macam-macam

Bismillahirrahmanirrahim.

Menulis di kala mempunyai perasaan yang macam-macam. Sedih, pasrah, gembira, redha dan suka. Perasaan berbaur suka dan duka tatkala melepasi ujian exam yang tersangatlah kecil di dunia ini. Hati tidak tenang dan gundah gulana memikirkan berbagai-bagai perkara. Tapi teringat pulak dekat satu lirik nasyid ni..

"Bukankah Tuhan telah berfirman ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang"

Yes. Resolusinya kita kena ingat Allah selalu. Nanti jiwa akan tenang.

Hari tu melihat gambar-gambar keluarga di Malaysia. Oh. Kalau nak kata tak homesick, tipulah kan? Tapi takpe, insyaAllah pengorbanan ini ada barakah dan ganjarannya.

Sudah banyak perkara berlaku. Baby sudahpun bersunat. Dah semakin dewasa. Dia dan Ifah pun sudah memulakan persekolahan baru di sekolah baru mereka, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuala Terengganu.

Aiman pun sudah mendapat tawaran belajar di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu dalam jurusan perakaunan. Dapat lah seorang akauntan berjaya dalam keluarga nanti, insyaAllah.

Along pula sudah menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Menjadi guru English. Pekerjaan yang sangat mulia. Postingnya di Beufort, Sabah. Kali kedua fly selepas fly ke UK dulu. Baru jadi cikgu, terus beli kereta baru. Myvi SE hitam. Memang terbaik.

Macam-macam perasaan saya sekarang. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah. Saya sayangkan keluarga saya. Semoga Allah terus melimpahkan kurnia dan rahmatNya kepada keluarga saya.

hadiah sebelum baby sunat
dekat airport kot

Balqis memberi sokongan kepada baby

uniform baru baby n Ifah

Ifah dan balqis solat jemaah

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan" (66:6)

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum....rasenye tau kot lagu nasyid ape tu.....hakikat bahagia-unic...betul x?nak kongsi lagi satu lagu..erti syukur-unic.(semoga bermanfaat)

Yazid Fauzi said...

salam ziarah abg aslam.
hihi.
best baca blog abg,menarik tp berilmiah walaupon kdg2 bersahaja.keep it up.=)
harap sy pon mmpu untuk menulis sebaik abg.
=D

Jpah said...

segan saya abg aslam letak link blog saya :D