09/01/2010

Kuatkan iman, tingkatkan amal

Bismillahirrahmanirrahim

Hanya lagi seminggu sebelum peperiksaan semester 1 bermula. Ramai yang semakin cuak, berdebar-debar, gembira, sedih dan macam-macam perasaan muncul. Hanya kerana 'event' yang ditakuti semua orang itu.

Exam.

Semua orang cuak dengan exam. Tak kira yang bersedia ataupun tidak. Setiap kali melihat pengawas peperiksaan mengedarkan kertas, hati kecil mula berkata,

"Bestnye kalau jadi pengawas peperiksaan. Takyah susah-susah jawab exam".

Tapi pelik, kenapa kita sangat cuak dengan exam ni.

"Yelah bro, kalau ko dapat result teruk kan susah. Kene repeat. Kene tarik scholar", kata Mat.

Tapi kan, kenapa kita tak takut dengan exam akhirat? Bukan ke exam tu lagi susah? Dahla tak tau bila. Sekurang-kurangnya, exam biasa ni kita tahu tarikh dia. Boleh prepare. Yang ni, tak tahu bila. Bila-bila masa sahaja kita akan 'dipanggil' untuk menghadapi exam tu. Pergh. Tak cuak ke?

"Tahu tak berapa kali malaikat maut datang jumpa kita dalam sehari?, tanya Najib.

"Sekali", jawab aku.

"70 kali", jawab Akram.

Ya, 70 kali bro. Bukan sekali. Malaikat maut pun pelik dengan kita yang masih buat derk je dengan mati ni.

Jom kawan-kawan. Kita jadi orang pandai. Kan Nabi pernah cakap, orang yang paling pandai ialah orang yang selalu ingat mati.

Mari. Kita kuatkan iman, kita tingkatkan amal.

p/s: Selamat menjawab exam kepada semua. Jangan doa untuk diri je ye. Doa untuk semua. Baru best.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: