30/11/2009

Open your eyes

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim








Terima kasih kepada Din sebab bagi lagu ni.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

29/11/2009

Ada hikmahnya

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Kita masih lagi dikurniakan nikmat iman dan islam. Syukur yang tak terhingga kepada Allah swt. Sudah agak lama rasanya tidak menulis dalam blog ini. Semoga diberi kekuatan untuk istiqamah. Bak kat Ale,

"Takpe sikit pun. Janji kita istiqamah melakukannya".

Banyak peristiwa yang berlaku kebelakangan ini. Ada yang gembira, sedih, terharu, kelam kabut dan sebagainya. Sebelum terlambat, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga ia memberi makna kepada kita semua.

Teringat saya kepada satu kata-kata. Sudah lupa sama ada ia sebuah hadith ataupun kata-kata dari ulama'.

"Orang mukmin ini pelik. Sebab apa? Sebab bila mendapat kesenangan, mereka gembira. Namun bila ditimpa musibah, mereka masih gembira."

Itulah yang dicuba oleh saya. Dan saya juga ingin mengajak rakan-rakan yang lain supaya menjadi sedemikian. Memang senang untuk kita katakan kepada orang yang sedang mengalami musibah sedemikin rupa. Namun, itulah hakikatnya.

Kita mesti berhusnuzon dengan Allah.

Kita harus ingat. Dia mempunyai plan yang lebih baik untuk kita. Ingat, fikiran kita terhad. Tidak boleh memikirkan masa depan dan sebagainya.

Jadi, marilah kita sama-sama menanam dalam diri dan jiwa kita. Senyumlah dan bersabarlah ketika kita ditimpa musibah.

Ingat, ada hikmahnya!!


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


17/11/2009

Qudwah Seorang Kader Dakwah Sejati

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim




salah seorang kader ini keluar dari bengkel tempat dia bekerja...
bengkel....
bukan kampus....
bengkel dia..
tukang las...
bikin furniture..
dia keluar dari kantornya...
dari bengkelnya itu...
hari Khamis...
petang hari...
kerana liburnya di waktu itu,
di sana...
hari Jumaat...
tiba-tiba Isyak dia sudah memberi daurah di hadapan sekian ratus orang..
sekian puluh kilometernya dari kotanya...
kemudian...
besok pagi dia sudah memberikan kuliah subuh...
di sekian ratus kilometer tempat..
dan Jumaat siangnya..
dia sudah Khutbah Jumaat..
di sekian ratus kilometer lagi...
malam Sabtunya..
Asar hari Jumaat...
dia diberikan arahan pada mukhayyam..
pada camping yang dihadiri..
ratusan pemuda dari berbagai kabupaten..
Mula Isyaknya...
dibikin daurah yang luar biasa...
mempengaruhi...
dan menimbulkan pengaruh besar dan perubahan pada...
syabab...
pemuda-pemuda dan kader yang ada di tempat-tempat itu...
dan besok pagi..
sudah ada di bengkelnya..
jauh..
sebelum datangnya buruh-buruh yang lain..
dia datang dengan wajah yang cerah..
cerah!!
ceria!!
segar!!
walaupun lelah..
tetapi...
dia penuh semangat..
dan kebanggaan!!
seperti itulah kader seharusnya..
profil..
yang dibanggakan..
pada saatnya..
cerdas..


Betapa jauhnya diri ini...

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

14/11/2009

Jodoh

6 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Semalam, saya dan Hisham menonton Ketika Cinta Bertasbih. Selepas beberapa minit, Hisham mengatakan filem ini tidak sehebat novelnya yang sudah dibaca Hisham sejak di bangku kolej lagi. Wah, mantap sugguh si Hisham ni kan? Selepas beberapa ketika, datang Apeng dan Hilmi Faiz.

"Weh, korang tengah tengok cerita apa?", tanya beliau.

"Ketika cinta bertasbih", balas Hisham selamber.

"Owh. Hari tu aku tengok filem Melayu ape ntah. Best gak r cerita dia. Tapi lupa apa tajuk dia", katanya lagi.

"Syurga Cinta?", tanya Hisham kembali.

"Aah. Betul la tu", jawab Hilmi Faiz.

Lalu Hisham mengajak aku untuk menonton filem tersebut. Aku pun layan je la. Hampir sejam setengah kami menonton bersama-sama. Bayangkan betapa romantiknya kami berdua.

Namun, bukan itu yang ingin saya kongsi di sini. Tapi satu dialog yang agak menarik dalam filem tersebut yang ingin saya kongsikan.

"Cinta itu adalah permulaan jodoh. Dan atuk pernah cakap, jodoh itu terbahagi kepada tiga. Yang pertamanya, dikatakan JODOH DARI SYAITAN. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat. Akhirnya, Syuhada (nama watak) mengandung. Baru kamu menikah.

Yang keduanya, JODOH DARI JIN. Kamu berdua berkenalan. Kamu sukakan Syuhada. Tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada sukakan kamu. Dan kamu berdua menikah.

Dan yang ketiganya, JODOH DARI ALLAH. Kamu berdua berpandangan mata. Terus menusuk ke kalbu. Kamu terus meminang Syuhada. Dan Syuhada terima pinangan kamu. Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah, berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan, SYURGA CINTA."

Indah kan? Tapi kenapa masih ramai di kalangan masyarakat kita tidak memilih pilihan yang ketiga? Masih ramai yang lebih sukakan trend bercouple yang kini dianggap seperti normal dan biasa biarpun dikalangan ibu bapa, guru apatah lagi remaja itu sendiri.

Terpulang kepada kita untuk memilih.

Wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah TAQWA atau cinta BUTA yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan TAQWA adalah cinta yang berakhir dengan PERMUSUHAN. Jika tidak di NERAKA dunia, pastinya NERAKA abadi di alam sana.




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

12/11/2009

Karat-karat jahiliyyah

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Adakah kita sedar masih ada rawathib (karat-karat) jahiliyyah pada diri kita? Ya, bukannya senang untuk kita hilangkan karat tersebut. Tengok saja sebatang paku yang berkarat. Adakah senang untuk kita hilangkan karat tersebut? Yang pentingnya, tidak semudah ABC atau 123.



Namun, ia bukanlah alasan untuk kita tidak berusaha untuk menghilangkan karat-karat tersebut. Jikalau dibiarkan sahaja, makin berkembanglah karat tersebut, makin kotorlah paku itu dan makin rapuhlah paku itu. Akhirnya, ia patah ataupun hancur.

Begitu juga dengan diri kita.

Jikalau kita tidak berusaha membersihkannya, makin teruklah diri kita ini. Makin rapuhlah iman kita. Makin pudarlah aqidah kita. Dan akhirnya, kita bagaikan bangkai yang masih bernyawa. Hanya jasad yang hidup, tapi jiwa dan roh kita sudahpun mati. Naudzubillah min zalik.

Tapi bagaimana nak bersihkan karat-karat tersebut?

Kalau untuk paku, seeloknya kita bersihkan dengan bahan-bahan kimia yang sepatutnya.

Tapi untuk kita? Bagaimana?

Jawapannya cuma satu. Tingkatkan hubungan kita dengan Allah swt. Biar perlahan-lahan. Asalkan kita semua istiqamah dalam melakukannya. Tak kisahlah baca al-quran 5 ayat sehari sekali pun, yang penting, kita sentiasa melakukannya. Tak kisahlah kita solat jemaah di surau sekali je seminggu, yang penting, istiqamah.

InsyaAllah, selepas kita istiqamah dalam melakukan amal ibadat yang sedikit itu, pasti kita akan terasa untuk meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti amalan kita tersebut. Hubungan kita dengan Allah swt akan sentiasa dipertingkatkan. Sepanjang proses itulah, karat-karat jahiliyyah dalam diri kita akan dibuang sedikit demi sedikit. InsyaAllah.

Mari kawan-kawan. Kita buang karat dalam badan. Nanti mudah nak lawan syaitan.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".