30/10/2009

Fikir betul-betul kawan

Bismillahirrahmanirrahim

"Kenapa kita nak kejar benda yang kita tak nampak?", soal seorang rakan.

"Kan banyak lagi benda kat dunia ni kita leh kejar. Perempuan, duit, enjoy, kereta", tambahnya.

"Abis tu kau tak percaya ke adanya akhirat?", soalku balik.

"Eh, takdela macam tu. Aku percaya. Cuma benda tu mana kita nampak lagi", balasnya.

Ya, mungkin sebahagian dari kita pelik kenapa kita perlu mengejar sesuatu yang kita tidak nampak di mata. Kan banyak lagi keseronokan yang jelas lagi bersuluh di depan mata kita ni? Perempuan seksi, kereta mewah, duit, pangkat, membuat seks rambang dan banyak lagi yang enjoy-enjoy belaka. Kenapa kita tak nak kejar tu?

Kenapa Allah tidak bagi kita nampak pahala tu?

Sebab Allah nak menguji siapakah dari hambaNya yang betul-betul bertaqwa dan beriman kepadaNya. Dan orang yang beramal dan beribadat tu betul-betul dia melakukannya hanya semata-mata kerana Allah. Sebab segala perbuatan kita bergantung kepada niat.

Kalau kita nak berseronok dahulu, pastu baru nak bertaubat, amat bodohlah kita.

Hey mat, hidup kat dunia ni sementara je. Lebih kurang 60 tahun. Hidup kat sana selama-lamanya ataupun infiniti. 60 tahun bahagi infiniti = zero mat. Kau kena sedar tu.

Nabi pun pernah berkata, " Dunia ini macam bangkai je".

Bangkai!!

Ingat tu.

Allah gives and forgives. But we get and forget.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

4 comments:

ahmad said...

teruskan menyeru diri dan orang lain ke arah kebaikan

mamak said...

like ayat terakhir tu..lesson from a tabligh..like him very much

Syaidina Umar Al-khatab said...

setuju!....Rasullullah pun ada cakap, orang yang paling pandai dalam dunia nie adalah orang yang ingatkan hari kiamat, manakala orang yang paling bodoh kat dunia nie adalah orang yang suka ikut hawa nafsu...teruskan perjuangan sahabat! semoga dapat kebaikan dari usaha yang telah kita lakukan untuk jalan Allah...Jazakillah..

Scorpie said...

all the best =)

tanggungjawab kita adalah usaha
hasilnya daripada Allah

doa banyak2 dan jangan berhenti berusaha hehe ;)