14/09/2009

Kita punya pilihan

Bismillahirrahmanirrahim

"Yeay, yeay. Puasa dah nak abis. Boleh raya!!", teriak kanak-kanak kecil.

Sedar tidak sedar, hampir sebulan kita berpuasa. Hampir sebulan kita bertarawikh. Hampir sebulan kita bersahur. Semuanya dilakukan kerana ingin mencapai keredhaan Allah swt. Lapar, dahaga, penat dan sebagainya dilalui dengan sabar dan yakin dengan ganjaran yang akan dikurniakan Allah swt kelak.

Sepuluh malam terakhir adalah saat-saat yang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Malam di mana datangnya malam lailatulqadar. Malam yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan. Malam yang penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah swt. Malam yang sungguh istimewa. Kita digalakkan berjaga malam ataupun qiammullail dalam mencari malam tersebut.

Namun, agak pelik dan ganjil. Dengan segala keistimewaan ini, sepatutnya kita berlumba-lumba melakukan amal kebajikan, menunaikan solat fardhu dan tarawikh di masjid, qiammullail, bersedekah dan macam-macam lagi. Tetapi yang sebaliknya berlaku. Saf-saf di masjid mula berkurang manakala saf-saf di pusat membeli-belah mula dirapatkan. Pelik kan?

Jawapannya cuma satu. Kita masih belum yakin dengan janji Allah swt. Kita masih belum yakin akan ganjaran pahala yang akan Allah swt hadiahkan. Kita masih belum yakin dengan keberkatan malam lailatulqadar. Semuanya kerana kita tidak nampak dengan mata kita kesemua ganjaran tersebut.

Jikalau pusat membeli-belah terdapat banyak promosi, diskaun dan tawaran yang hebat begitu juga dengan Allah swt. Namun, apakan daya, kita lebih meredhai kesenangan dunia berbanding akhirat. Kita memilih untuk mencapai kesenangan dunia yang sementara ini. Padahal, kesenangan di dunia sangatlah kecil dibandingkan kesenangan di akhirat kelak.

Seperti firman Allah swt dalam Surah At-Taubah ayat 38,

"......Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit"

Semuanya terletak di tangan kita. Kita punya pilihan.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

2 comments:

Anonymous said...

10 mlam terakhir bnyak btul dugaan..tyme nih laa rase lapar betul..before nih x pnah pun..then rase mlas sgat2..mngantuk sgt2..ujiann2..betul tak??

maknenye yang ALLAH SWT pilih utk dpt malam lailatulQadr nih mmg org2 hebat la kan..iA..mari kte same2 berusaha ke arah itu..

Anonymous said...

10 mlam terakhir bnyak btul dugaan..tyme nih laa rase lapar betul..before nih x pnah pun..then rase mlas sgat2..mngantuk sgt2..ujiann2..betul tak??

maknenye yang ALLAH SWT pilih utk dpt malam lailatulQadr nih mmg org2 hebat la kan..iA..mari kte same2 berusaha ke arah itu..