03/09/2009

Kenapa bercinta?

Bismillahirrahmanirrahim

Dulu saya pernah bercinta. Tapi bak kata orang, cinta monyet yang tidak serius. Hanya main-main dan suka-suka. Saya pun tidak pasti kenapa saya memilih untuk bercouple suatu ketika dahulu. Mungkin kerana terikut-ikut dan mungkin jua kerana jiwa remaja yang suka mencuba segala-galanya. Halal haram langsung tidak dipandang. Itu bukannya persoalan tapi kepuasan yang dipentingkan.

Setelah umur meningkat dewasa, saya mula berfikir. Hidup tanpa pegangan adalah sangat sia-sia. Sedikit demi sedikit, saya cuba untuk berubah. Segalanya yang haram, saya cuba tinggalkan. Alhamdulillah, Allah memberi saya kekuatan. Namun, fikiran saya masih keliru dengan satu persoalan yang agak biasa. Kenapa bercinta?

Zaman sekolah adalah zaman yang tidak akan saya lupakan. Pelbagai kenangan pahit manis sentiasa terkenang-kenang. Ditangkap polis, ditangkap warden, diserbu pak guard dan macam-macam lagi. Namun, perkara yang saya sentiasa fikirkan dan selalu saya kesalkan ialah kenapa saya memilih untuk bercouple dahulu.

"Eh, cane ko ngan awek ko sekarang? Ok?", tanya kawan.

"Hahaha. Cantek. Terbaik beb", jawabku bangga.

Entah. Saya pun tidak pasti dari manakah jawapan itu datang. Tapi yang pasti, jawapan itu mesti datang dari si penggoda kita iaitu syaitan laknatullah.

Kenapa saya bercinta? Mula-mula nak mencuba. Tengok orang lain ada awek, tak macholah kalau saya bersendirian. Tatkala melihat rakan-rakan tersenyum sendirian sambil menaip SMS, hati kecil saya berkata,

" Arghh, tak boleh jadi ni. Aku pun nak couple gak".

Cetek kan pemikiran saya? Biasalah, remaja yang baru nak naik.

Kini saya mula mencari jawapan kenapa remaja suka bercouple. Antaranya ialah

1. Mengikut trend semasa

2. Ingin disayangi dan menyayangi

3. Supaya ada tempat untuk mengadu (sakit, lapar, mengantuk dan lain-lain)

4. Konon-kononya mendapat semangat untuk study

5. Supaya terasa diri dihargai

6. Boleh berbangga dengan rakan-rakan lain

Dan sebagainya. Anda listlah sendiri. Lagi menghairankan saya apabila melihat pasangan bercouple ini bertukar-tukar pasangan. Dulu si A dengan si B. Selepas beberapa bulan, si A dengan si C, dan si B dengan si D. Bertukar-tukar mengikut kitaran bodoh. Padahal, semuanya rakan seperjuangan yang saling mengenali antara satu sama lain. Pelik kan?

Sudah banyak artikel yang menceritakan mengenai haramnya kita bercouple. Klik. Namun, seperti biasalah masyarakat kini. Tidak gentar dengan azab Allah swt dan memandang remeh dengan dosanya bercouple ini. Setelah difikir-fikirkan, saya dapat rasakan faktor utama yang mendorong tercetusnya untuk bercouple adalah sebab yang ketiga.

Ya, tempat untuk mengadu.

Sakit, sihat, lapar, dahaga, nak muntah, mengantuk, tengah driving, main futsal, study semuanya hendak diberitahu kepada yang tersayang. Kenapa? Supaya nanti yang tersayang tahu apa yang berlaku segala-galanya. Lalu si tersayang pun segeralah melakukan apa-apa yang patut. Memberi galakan, memberi sokongan, memberi nasihat dan macam-macam lagi. Wah, bukan main bahagia kan?

Allah sebagai tempat untuk mengadu

Semuanya kerana kita melupakan Allah, mengabaikan Allah. Padahal Allah adalah pencipta kita. Allah adalah 'tuan' kita. Allah yang menguasai diri kita. Tapi kenapa kita tidak mengadu kepadaNya? Mengapa kita tidak meletakkan Allah sebagai tempat yang pertama dan utama untuk kita mengadu? Ya, mungkin agak idealistik bunyinya. Namun itu adalah hakikat yang sebenarnya.

Kesimpulannya, kita sering mengabaikan Allah. Kita mencari orang lain untuk dijadikan tempat mengadu. Kita mencari jalan yang salah untuk mencari jawapan, untuk berkongsi masalah dan mencari kebahagiaan. Kita suka mencari cinta yang sementara dan sia-sia.

Ingatlah wahai teman yang mabuk bercinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu.
Apakah ia sebuah TAQWA atau cinta BUTA yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan TAQWA adalah cinta yang berakhir dengan PERMUSUHAN. Jika tidak di NERAKA dunia, pastinya NERAKA abadi di alam sana.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

6 comments:

Anonymous said...

subhanallah..dia juga yg membuat kita sedar akan kesilapan2 lampau.
i'Allah, Dia masih mahu memandang kita walaupun banyak sekali kotoran lama, kan?

cuma nak tambah point sikit.
.

pabila dah merasa manisnya ukhuwwah dalam dunia tarbiyyah, baru nampak betapa tak perlunya couple. cukuplah kawan2 sejantina, yg mmg semua ada, tempat mengadu, tempat meluah, dsb.

jadi saya fikir, kadang2, kita terasa nk bercinta bila kita terasa kekosongan.tiada kawan yg rapat.tiada Allah di hati.

justru kalau nk membantu kawan2 yg sedang bercouple, mari kita jadi 'pengganti kekasihnya'.

..menjadi kawan yg baik.. ;)

mrI said...

Setuju.Malah ada diantara mereka yang berasa bangga jika mereka pernah bertukar2 pasangan.Kononnya mereka telah diuji dengan cinta yang tak sejati kemudian jumpa lah cinta sejatinya selepas itu.Kononnya cerita cinta mereka itulah yang hebat macam dalam filem/drama.

leha said...

saye ingin bertanye sesuatu. perlukah untuk kita berdakwah, kita perlu mewakili sesuatu organisasi atau kita perlu bergerak dlm satu organisasi

atau berbekalkan ilmu yang ade, meninmba ilmu dengan arif lg bijaksana, kita bergerak dgn sendiri tanpa ade yang perlu kita wakili???

sekadar bertanya memndgkan saudara adalah hasil tarbiyah satu organisasi

Aslam said...

Ada bnyk dalil utk bergerak secara berjemaah antaranya as-saff ayat 4. Kita mewakili islam bukan mewakili organisasi. Sebab itu kita perlu menjadi individu muslim yg kuat agar bila kita dicampkkan di mana2 kita bleh survive. Dari situ kita bleh mencari individu2 muslim yg lain utk sama2 membwa risalah kpd Nya. Yg penting sekarang ialah membawa org kepada Allah bukan kepada organisasi. Kita bergerak dgn organisasi kerana ia adalah alat. Bergerak secara berjemaah juga x semstinya kita perlu berdaftar di bawah suatu organisasi. Apabila kita sama2 membwa org kepada islam itu sudah secara berjamaah. Wallahualam

safawati said...

alhamdulillahhi 'ala kullihal
khair inshaAllah...
semoga menjadi da'ie contoh pada sahabat2 yg lain...;)

Anonymous said...

salam..
tapi tak semestinye kite kene buang perempuan yang pernah datang dalam hidup kite kan?we used to be friends, and i dont think a friend should hurts each other..
i've read an article..pasal2 couple nih..n it suprised me..ade one article said, we should 'wipe out' everyone (of course la girls) yang pernah ade history ngan kite..jangan contact terus, dont ever keep in touch..is it true..?yup, its true that moment2 mase bercouple need to be forget, but it is not necessary to leave ur friends, to abandone her..right..?

just curious to know..and take care..i've regret to what we had done in the past, but i've no regret that i got the chance to know u..-u know me-