25/09/2009

Jom kembali belajar

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Setelah hampir 3 bulan bercuti di Malaysia, kini sudah tiba masanya untuk saya kembali ke bumi asing demi meneruskan perjuangan sebagai seorang Muslim yang belajar. Semoga pengajian dalam tahun 2 akan dipermudahkan oleh Allah swt, insyaAllah.

Berikut adalah jadual penerbangan saya dari KLIA ke London Heathrow.

Tarikh dan waktu berlepas : 28 September 2009, 2340
Tarikh dan waktu ketibaan : 29 September 2009, 0550

Semoga sepanjang cuti summer kali ini memberi saya seribu satu manfaat dan pengajaran untuk saya lebih maju. Doakan perjalanan pulang saya selamat. Dan semoga kita berjumpa lagi untuk masa akan datang.

Jom kembali belajar!!


[0987411.jpg]



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

19/09/2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Takbir raya bergema di Masjid Kg. Pengkalan Arang. Pilu dan sayu rasanya. Entah mengapa. Mungkin kerana Ramadhan telah berlalu. Ataupun mungkin kerana tarikh flight balik ke UK semakin hampir.

Sudah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga segala amal ibadat kita diterima oleh Allah swt.

Sudah sebulan kita berlapar dahaga dari pagi ke petang. Semoga segala-galanya diberkati Allah swt dan tidak sia-sia.

Sudah sebulan kita bertarawikh dan bertadarus. Semoga ia menjadi turning point bagi kita untuk meneruskan segala amal ibadat dalam 11 bulan yang lain.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Ampun maaf salah dan silap dalam segala perbuatan dan penulisan saya selama ini.

p/s: Jemputlah datang ke rumah pada hari raya ketiga

p/s: Jangan lupa puasa 6 bulan Syawal. Besar ganjarannya.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

16/09/2009

Para PencariMu

0 comments
Bismilahirrahmanirrahim



Para Pencarimu

Menjalani hitam putih itu membuatku mengerti
Arti hadir-Mu dalam setiap langkah-langkahku berarti

Melewati setiap detik waktuku bersama takdirmu
Membuatku mengerti hanyalah pada-Mu ku kembali

Ku bersujud kepada-Mu memohon ampunan-Mu
Adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu

Akulah para pencari-Mu ya Allah
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Tunjukkan ku jalan yang lurus
Tempat kutambatkan langkahku

Akulah para pencari-Mu
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Hanya di jalan-Mu ya Allah
Tempatku pasrahkan hidupku

Ku bersujud kepada-Mu memohon ampunan-Mu
Adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu

Akulah para pencari-Mu ya Allah
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Tunjukkan ku jalan yang lurus
Tempat kutambatkan langkahku

Akulah para pencari-Mu
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Hanya di jalan-Mu ya Allah
Tempatku pasrahkan hidupku


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

15/09/2009

Bola oh bola

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Siapa yang tidak minat dengan bola sepak? Kebanyakkan dari kita memang peminat nombor satu dengan sukan ini. Begitu juga dengan saya. Bola sepak sudah menjadi darah daging saya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Pelbagai kejohanan sudah saya sertai. Ada yang kalah, ada yang menang. Namun, menang kalah tidak penting bagi saya. Yang penting kepuasan bermain sukan bola sepak ini. Memang tidak dapat dinilai dengan kata-kata.

"Makan bola, minum bola, tidur bola", laung sebuah iklan komersial.

Dulu, hampir tiap-tiap minggu saya ke stadium untuk menonton sukan bola sepak ini. Jauh di sudut hatiku, kadang-kadang terasa cemburu melihat rakan-rakan sepermainan lama telah berjaya menyarung jersi negeri masing-masing dalam saingan Liga Super dan Perdana. Malah ada yang sudah menyarung jersi kebangsaan. Memang hebat.


"Pergh, bestnye diorang. Gile mantap", jerit hati kecilku.

Sedar tidak sedar, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan bola sepak antarabangsa, saingan Liga Juara-Juara Eropah akan bermula pada malam ini. Oh silap. Awal pagi ini. Ya, awal pagi. Biasanya dalam pukul 2-3 pagi. Jangan terkejut, bagi peminat-peminat bola sepak, tiada masalah bagi mereka untuk bangun ataupun 'stay up' semata-mata ingin menonton siaran langsung perlawanan tersebut.

Dulu saya pun begitu!!

Sedar tidak sedar juga, Ramadhan semakin melabuhkan tirainya. Malam lailatulqadar kian menjelang. Hanya orang yang mencarinya sahaja yang dapat keberkatan dan rahmat malam tersebut. Hanya orang yang menghidupkan malam sahaja yang berpeluang bertemu dengan malam yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan. Ya, hanya orang yang berjaga kerana Allah swt, bukan kerana ingin menonton bola.

Bukannya salah ingin menonton. Tapi seimbangkanlah. Kalau kita boleh menonton bola sepak sehingga jam 3 pagi, apa salahnya kita sambung dengan bermunajat dan beribadat kepada Allah swt? Apa yang lebih penting? Keputusan bola sepak ataupun keputusan Allah di padang mashar kelak? Tepuk dada, tanyalah iman kita masing-masing.

Nasihat ini untuk diri saya terutamanya. Marilah kita sama-sama berusaha mengubah diri kita ke arah kebaikan. Rebutlah peluang di malam-malam akhir Ramadhan ini untuk mencari keredhaan Allah swt semata-mata. Andai kata kita boleh berjaga malam untuk menonton bola, dan sebaliknya kita tidak dapat berbuat demikian untuk Allah, rugi besarlah kita.

Sama ada kita ingin memilih bola atau Allah, jawablah sendiri.

Anda mampu mengubahnya.






"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

14/09/2009

Kita punya pilihan

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Yeay, yeay. Puasa dah nak abis. Boleh raya!!", teriak kanak-kanak kecil.

Sedar tidak sedar, hampir sebulan kita berpuasa. Hampir sebulan kita bertarawikh. Hampir sebulan kita bersahur. Semuanya dilakukan kerana ingin mencapai keredhaan Allah swt. Lapar, dahaga, penat dan sebagainya dilalui dengan sabar dan yakin dengan ganjaran yang akan dikurniakan Allah swt kelak.

Sepuluh malam terakhir adalah saat-saat yang dinantikan oleh seluruh umat Islam. Malam di mana datangnya malam lailatulqadar. Malam yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan. Malam yang penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah swt. Malam yang sungguh istimewa. Kita digalakkan berjaga malam ataupun qiammullail dalam mencari malam tersebut.

Namun, agak pelik dan ganjil. Dengan segala keistimewaan ini, sepatutnya kita berlumba-lumba melakukan amal kebajikan, menunaikan solat fardhu dan tarawikh di masjid, qiammullail, bersedekah dan macam-macam lagi. Tetapi yang sebaliknya berlaku. Saf-saf di masjid mula berkurang manakala saf-saf di pusat membeli-belah mula dirapatkan. Pelik kan?

Jawapannya cuma satu. Kita masih belum yakin dengan janji Allah swt. Kita masih belum yakin akan ganjaran pahala yang akan Allah swt hadiahkan. Kita masih belum yakin dengan keberkatan malam lailatulqadar. Semuanya kerana kita tidak nampak dengan mata kita kesemua ganjaran tersebut.

Jikalau pusat membeli-belah terdapat banyak promosi, diskaun dan tawaran yang hebat begitu juga dengan Allah swt. Namun, apakan daya, kita lebih meredhai kesenangan dunia berbanding akhirat. Kita memilih untuk mencapai kesenangan dunia yang sementara ini. Padahal, kesenangan di dunia sangatlah kecil dibandingkan kesenangan di akhirat kelak.

Seperti firman Allah swt dalam Surah At-Taubah ayat 38,

"......Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit"

Semuanya terletak di tangan kita. Kita punya pilihan.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

03/09/2009

Kenapa bercinta?

6 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dulu saya pernah bercinta. Tapi bak kata orang, cinta monyet yang tidak serius. Hanya main-main dan suka-suka. Saya pun tidak pasti kenapa saya memilih untuk bercouple suatu ketika dahulu. Mungkin kerana terikut-ikut dan mungkin jua kerana jiwa remaja yang suka mencuba segala-galanya. Halal haram langsung tidak dipandang. Itu bukannya persoalan tapi kepuasan yang dipentingkan.

Setelah umur meningkat dewasa, saya mula berfikir. Hidup tanpa pegangan adalah sangat sia-sia. Sedikit demi sedikit, saya cuba untuk berubah. Segalanya yang haram, saya cuba tinggalkan. Alhamdulillah, Allah memberi saya kekuatan. Namun, fikiran saya masih keliru dengan satu persoalan yang agak biasa. Kenapa bercinta?

Zaman sekolah adalah zaman yang tidak akan saya lupakan. Pelbagai kenangan pahit manis sentiasa terkenang-kenang. Ditangkap polis, ditangkap warden, diserbu pak guard dan macam-macam lagi. Namun, perkara yang saya sentiasa fikirkan dan selalu saya kesalkan ialah kenapa saya memilih untuk bercouple dahulu.

"Eh, cane ko ngan awek ko sekarang? Ok?", tanya kawan.

"Hahaha. Cantek. Terbaik beb", jawabku bangga.

Entah. Saya pun tidak pasti dari manakah jawapan itu datang. Tapi yang pasti, jawapan itu mesti datang dari si penggoda kita iaitu syaitan laknatullah.

Kenapa saya bercinta? Mula-mula nak mencuba. Tengok orang lain ada awek, tak macholah kalau saya bersendirian. Tatkala melihat rakan-rakan tersenyum sendirian sambil menaip SMS, hati kecil saya berkata,

" Arghh, tak boleh jadi ni. Aku pun nak couple gak".

Cetek kan pemikiran saya? Biasalah, remaja yang baru nak naik.

Kini saya mula mencari jawapan kenapa remaja suka bercouple. Antaranya ialah

1. Mengikut trend semasa

2. Ingin disayangi dan menyayangi

3. Supaya ada tempat untuk mengadu (sakit, lapar, mengantuk dan lain-lain)

4. Konon-kononya mendapat semangat untuk study

5. Supaya terasa diri dihargai

6. Boleh berbangga dengan rakan-rakan lain

Dan sebagainya. Anda listlah sendiri. Lagi menghairankan saya apabila melihat pasangan bercouple ini bertukar-tukar pasangan. Dulu si A dengan si B. Selepas beberapa bulan, si A dengan si C, dan si B dengan si D. Bertukar-tukar mengikut kitaran bodoh. Padahal, semuanya rakan seperjuangan yang saling mengenali antara satu sama lain. Pelik kan?

Sudah banyak artikel yang menceritakan mengenai haramnya kita bercouple. Klik. Namun, seperti biasalah masyarakat kini. Tidak gentar dengan azab Allah swt dan memandang remeh dengan dosanya bercouple ini. Setelah difikir-fikirkan, saya dapat rasakan faktor utama yang mendorong tercetusnya untuk bercouple adalah sebab yang ketiga.

Ya, tempat untuk mengadu.

Sakit, sihat, lapar, dahaga, nak muntah, mengantuk, tengah driving, main futsal, study semuanya hendak diberitahu kepada yang tersayang. Kenapa? Supaya nanti yang tersayang tahu apa yang berlaku segala-galanya. Lalu si tersayang pun segeralah melakukan apa-apa yang patut. Memberi galakan, memberi sokongan, memberi nasihat dan macam-macam lagi. Wah, bukan main bahagia kan?

Allah sebagai tempat untuk mengadu

Semuanya kerana kita melupakan Allah, mengabaikan Allah. Padahal Allah adalah pencipta kita. Allah adalah 'tuan' kita. Allah yang menguasai diri kita. Tapi kenapa kita tidak mengadu kepadaNya? Mengapa kita tidak meletakkan Allah sebagai tempat yang pertama dan utama untuk kita mengadu? Ya, mungkin agak idealistik bunyinya. Namun itu adalah hakikat yang sebenarnya.

Kesimpulannya, kita sering mengabaikan Allah. Kita mencari orang lain untuk dijadikan tempat mengadu. Kita mencari jalan yang salah untuk mencari jawapan, untuk berkongsi masalah dan mencari kebahagiaan. Kita suka mencari cinta yang sementara dan sia-sia.

Ingatlah wahai teman yang mabuk bercinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu.
Apakah ia sebuah TAQWA atau cinta BUTA yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan TAQWA adalah cinta yang berakhir dengan PERMUSUHAN. Jika tidak di NERAKA dunia, pastinya NERAKA abadi di alam sana.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

02/09/2009

Tautkan ukhuwah,kencangkan dakwah

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Aku buntu,
Aku keliru,
Aku tak tahu,
Kenapa ia berlaku.

Dulu kita kamceng,
Ke surau, ke sini sume seiring,
Malah sampai ke lubang cacing,
Nak selesaikan masalah meruncing.

Sebelum ni kita rapat,
Pinjam tuala pinjam kain pelikat,
Share minyak rambut share sikat,
Biar dua-dua nampak smart.

Dulu sama-sama kita solat jemaah,
Ke sana sini dengar ceramah berusrah,
Cuti panjang kita berjaulah,
Untuk kita eratkan ukhuwah.

Namun selepas beberapa ketika,
Kita semua bawa haluan berbeza-beza,
Kau ikut sini aku ikut sana,
Tapi dua-dua menuju matlamat yang sama.

Tapi aku pelik,
Kita dah tak macam adik beradik,
Bila jumpa lidah pun berbelit-belit,
Nak sembang pun dah tak menarik.

Kau dan aku ada cara masing-masing,
Tapi kita bukannya nak bersaing,
Ya jalan kita lain-lain,
Namun pusingnya sama seperti gasing

Aku cuba mencari jalan,
Supaya masalah ini tidak berpanjangan,
Tapi kau dan aku perlu kefahaman,
Bahawa ukhuwah kekal atas dasar keimanan,
Bukan atas dasar perkumpulan

Cukuplah tu kita bermuka-muka,
Semata-mata nak menjaga rahsia,
Tautkanlah kembali ukhuwah bersama-sama,
Untuk kita sama-sama mencari keredhaanNya

Tautkan ukhuwah, kencangkan dakwah!!



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

01/09/2009

Kau ingat kau baik?

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk merasai nikmat bulan Ramadhan. Sudah 1/3 Ramadhan berlalu, harapnya amal ibadatku diredhai dan diberkatiMu. Kuatkan aku ya Allah. Kau berilah aku kekuatan untuk aku istiqamah dalam beribadat kepadaMu, amin.

Ya, sedar tidak sedar, 1o hari telah berlalu meninggalkan kita. 10 hari bukanlah masa yang pendek. Tinggal lagi 2/3 Ramadhan untuk kita sama-sama nikmati. Namun, tanyalah pada diri kita semua, apakah ada kemajuan dalam ibadat kita dalam 10 hari yang lepas?

Bagaimana tadarus al-Quran kita?

Bagaimana hafazan kita?

Bagaimana tarawikh kita?

Bagaimana solat kita?

Dan yang paling penting, bagaimana puasa kita?

Tepuk dada, tanyalah iman kita semua. Harapnya, sedikit demi sedikit segala ibadat kita akan bertambah kualitinya dan bertambah kuantitinya. Sama-samalah kita memohon kekuatan dari Allah swt untuk meneruskan amal ibadat kita semua. InsyaAllah.

Saya pelik. Saya geram. Dan saya marah apabila ada segelintir pihak yang niat mereka mungkin baik tapi caranya yang salah dalam menegur dan menilai seseorang remaja atau sesiapa sahaja yang membuat kesalahan. Ya, dulu saya orang yang selalu dihukum sedemikian.

Dulu saya tidak suka pada orang agama. Kenapa? Kerana mereka suka menghukum bukan berdakwah. Mereka terlalu cepat menilai seseorang berdasarkan pemerhatian mereka. Remaja-remaja yang bermasalah seperti kami, dikatakan seperti sampah. Seperti tiada guna kami hidup. Hanya menyusahkan orang dan tidak perlu dilayan.

Itu ketika saya bergelumang dengan jahiliyyah. Bukannya sekarang saya baik putih suci lagi murni, tidak sama sekali. Itu tidak penting. Persoalan yang lebih penting, sampai bila kita nak menghina orang-orang sedemikian?

"Bodoh punya mat rempit. Baik mampos je korang sume ni", kutuk seorang pemuda.

Kenapa kita suka menghukum? Kenapa kita tidak meletakkan diri kita dalam diri mereka? Sepatutnya para dai'e perlu tahu bahawa pemahaman agama yang ada pada anda tidak sama seperti pemahaman agama yang ada pada mereka. Anda fikir mereka faham agama seperti anda semua?

Jauh sama sekali!

Apa faedahnya anda menghukum mereka, menghina mereka, mencaci mereka dan yang paling biasa MENYINDIR mereka dengan kata-kata yang pedas. Wahai para dai'e sekalian, anda fikir anda sahajakah yang mempunyai perasaan? Mereka tidak? Anda memang silap.

Masalah tidak berjaya diselesaikan dengan menghukum, sebaliknya masalah akan berjaya diselesaikan dengan perbincangan dan seterusnya memberi kefahaman yang betul dan tepat mengenai Islam itu sendiri. Islam itu mudah abang akak oi. Janganlah kita yang membuatnya susah.

Ingatlah, hidayah itu milik Allah. Hanya Dia yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Kita hanya mampu berusaha. Dan ingatlah, Allah boleh menarik nikmat hidayah itu pada bila-bila masa sahaja. Lupakah kita dengan kisah seorang pelacur yang dikurniakan syurga dan kisah seorang 'abid yang sentiasa beribadat akhirnya dihumban ke neraka?

Jadi, janganlah sewenang-wenangnya mengatakan orang lain jahat dan kita ini baik.

Kau ingat kau baik?!!



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".