05/08/2009

Tahu vs Faham

Bismillahirrahmanirrahim

"Weh, apehal dengan ko ni? Ko tak malu ke pakai seksi camni? Kan Allah dah suruh dalam surah bla, bla, bla", tegur seorang kawan kepada kawannya yang lain.

"Bai, pada-pada r. Selambe je ko tinggal solat. Tak takut neraka ke? Dalam Surah bla, bla, bla..hadith bla, bla, bla," tegur Abdullah kepada Joe.

Teguran-teguran ini sering kali kita dengar dalam kehidupan seharian. Tak kiralah kehidupan realiti, mahupun kehidupan dalam alam maya. Rakan yang baik dengan semangat yang berkobar-kobar menasihati rakannya yang lalai dan leka dengan nas-nas Al-Quran, hadith-hadith dan sindiran-sindiran.

Ya, rakannya mengetahui selepas diberitahu. Namun, adakah dia memahaminya?

Tahu vs Faham

Contoh yang paling mudah boleh kita ambil ialah solat jemaah di masjid. Semua orang tahu bahawa solat jemaah di masjid dikurniakan ganjaran pahala yang amat besar daripada Allah swt. Namun mengapa saf-saf di masjid tidak dipenuhi oleh jemaah setiap kali masuknya waktu solat?

Ya, jawapannya ialah satu. Tiadanya kefahaman.

Orang yang tahu hanya boleh mencetuskan rasa mahu. Namun, orang yang faham, mereka boleh mencetuskan rasa mampu. Itu bezanya.

Jadi, adakah dengan memberitahu mereka nas-nas Al-Quran dan hadith-hadith semasa menegur mereka memberi kesan yang mendalam kepada mereka? Adakah dengan memerli mereka akan memberi hasil yang baik? Adakah dengan menegur mereka dengan kasar adalah satu jalan yang baik? Ingat, kefahaman mengenai agama masih belum ada pada mereka.

Masakan cara-cara sedemikian akan memberi hasil yang baik. Mimpilah kita!!

Ingat, kerja-kerja dakwah perlu dilaksanakan dengan muntij (effisien). Bukannya hanya membazir tenaga begitu saja. Penerangan mengenai agama perlu dilakukan dengan baik. Apa erti kita sebagai hamba. Apa itu aurat. Kenapa demikian. Kenapa begitu. Kefahaman perlu dipupuk terlebih dahulu, bukannya nas-nas Al-Quran, hadith-hadith, sindiran-sindiran dan kutukan-kutukan.

Kita ada matlamat. Bukannya bagaikan kapal yang tiada nakhodanya.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".





2 comments:

Anonymous said...

sebelum faham, perlu tahu dahulu.
orang yg tak pernah tahu pula bagaimana?
ramai yg masih jahil, jgn kita lupa.

wallahualam

hishammahir said...

Betul tu..ramai yang tahu..
Tahu je minum arak berdosa..
Tahu je riba' dosa..
Tapi takde effort nak elak..
Sebab tak faham..
Ilmu ada.. kefahaman takdak..

Mabruk ya akhi. Nice post