07/08/2009

Kita wajib berusaha, bukannya mempersenda

Bismillahirrahmanirrahim

"Hahaha. Ko gile ke ape? Takkan berjayanya usaha ko tu. Cayelah cakap aku", kata Ali.

"Ntah ko ni. Sedarlah diri ko tu sikit. Ko tu sape nak tegur-tegur orang ni? Ustaz? Hahahahaha", tambah Abu.

Begitulah realiti kehidupan masyarakat zaman sekarang. Terlalu bongkak, ego dan sombong. Selalu memperkecil-kecilkan usaha orang lain tanpa melakukan apa-apa pun. Bukannya nak membantu, malah mengejek dan mempersendakan orang lain. Dihinanya orang yang ingin beramal maaruf dan nahi mungkar. Kata nak bina negara Islam, tapi masyarakat sendiri masih terumbang-ambing.

Lupakah kita akan kisah Burung Pipit ketika membantu Nabi Ibrahim a.s yang dibakar oleh Raja Namrud dengan api yang sangat marak? Lupakah kita? Ya, kita memang rakyat yang pelupa. Sebab itulah kita perlu diingati dan seterusnya memperingati.

Kisah Burung Pipit dan Nabi Ibrahim a.s

Selepas Nabi Ibrahim a.s merobohkan semua patung-patung berhala, beliau ditangkap dan dijatuhkan hukuman bakar hidup-hidup oleh Raja Namrud yang zalim. Ketika beliau dibakar, lalu seekor Burung Pipit. Lantas, Si Burung Pipit itu menceduk air di sungai berhampiran menggunakan paruhnya untuk membantu Nabi Ibrahim a.s.

Seekor Burung Helang yang melihat perbuatan itu menjadi hairan dan bertanya kepada Si Burung Pipit.

"Hai Pipit, mengapa engkau melakukan perbuatan yang sia-sia? Engkau ingat dengan usahamu itu, boleh memadamkan api yang marak itu?", kata Helang kepada Pipit.

"Biarlah aku Helang. Sekurang-kurangnya aku dapat menjawab kepada Allah swt apabila Allah bertanya kepadaku apa yang telah aku lakukan dalam menolong Nabi Ibrahim a.s", jawab Pipit.

Nah. Ternyata jawapan Si Burung Pipit itu mungkin dapat menyentap iman kita semua. Beliau dengan tenaga yang semampu boleh, menolong Nabi Ibrahim a.s kerana takut akan ditanya oleh Allah swt kelak. Tanyalah pada diri kita semua. Apa yang telah kita lakukan dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi ini?

Kita tahu keadaan umat Islam pada zaman sekarang sangatlah teruk. Arak, judi, zina, sumbang mahram, pergaulan bebas, rasuah, rogol dan macam-macam lagi. Tak ubah seperti masyarakat arab jahiliyyah ketika dahulu. Jadi, kita harus berganding bahu, bekerjasama dalam membentuk masyarakat yang mengamalkan prinsip-prinsip Islam dengan menyeluruh.

Kita wajib berusaha, bukannya mempersenda!!




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: