03/08/2009

Keluarga

Bismillahirrahmanirrahim

Semua orang mengakui akan keruntuhan akhlak masyarakat Malaysia pada zaman sekarang. Dari lapisan pelajar sekolah rendah, menengah, siswa-siswi universiti, golongan pekerja sehingga ahli-ahli politik, banyak kes yang dilaporkan berlaku. Rasuah, pecah amanah, buli, sumbang mahram dan sebagainya. Itu yang dilaporkan, tak dikira yang tidak dilaporkan lagi.

Banyak langkah diambil untuk mengatasi masalah-masalah moral ini. Undang-undang diketatkan, operasi dimantapkan, kempen dibanyakkan dan macam-macam lagi. Namun, adakah langkah-langkah tersebut memberi kesan yang baik? Tidak dinafikan, langkah-langkah tersebut amat baik dilakukan, tetapi masalah moral ini masih juga berlaku di mana-mana.

Analogi Penyakit dan Symptom.

Andai kata seseorang itu mengalami demam denggi dan dia mempunyai symptom-symptom penyakit tersebut iaitu demam panas, bintik-bintik merah, batuk dan selsema. Persoalannya, adakah kita ingin menghilangkan demamnya, bintik-bintik merahnya, batuknya dan selsemanya dengan menyediakan panadol, krim pencegah bintik-bintik, ubat batuk cap kapal api dan ubat selsema?

Semestinya tidak!

Kita harus melawan penyakit yang dihidapinya. Bukan melawan symptom-symptom yang dihadapinya. Ya, mungkin kita boleh nampak hasilnya. Namun adakah ia bertahan lama? Adakah penyakit asalnya iaitu penyakit denggi diubati?

Jadi begitu juga dalam menyelesaikan masalah-masalah keruntuhan akhlak masyarakat zaman sekarang. Pembentukan diri yang diutamakan. Anak-anak perlu dididik dengan sebaik-baiknya oleh ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam kita bersama-sama menyelesaikan gejala sosial ini.

Dalam sesebuah keluarga, si suami dan isteri haruslah mengemudi bahtera keluarga dengan iman dan islam. Anak-anak ditarbiyah dengan sebaik-baiknya. Al-Quran dan As-Sunnah perlu diperkenalkan kepada anak-anak dari kecil lagi. Ilmu hadith dan ilmu-ilmu lain juga perlu dititikberatkan.

Kesimpulannya, peranan keluarga dalam masyarakat amatlah penting. Masyarakat teruk hari ini adalah berpunca dari institusi keluarga yang gagal. Andai kata kita impikan masyarakat yang baik, periksa terlebih dahulu institusi keluarga kita. Adakah ianya seperti keluarga Rasulullah s.a.w? Keluarga Sumayyah? Keluarga Ali? Tepuk dada, tanyalah iman.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

1 comments:

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal said...

rawat penyakit, bukan rawat simptom...idea yang menarik. Simptom tu sepatutnya menjadi indicator kpd masalah penyakit yang dihadapi itu, sama ada di tahap awal atau telah mncapai stage critical.