24/08/2009

Kelemahan Umat Islam

Bismillahirrahmanirrahim

Tiga kelemahan umat Islam kini ialah:

  1. Tidak mengkaji sejarah umat Islam terdahulu
  2. Tidak membuat perancangan dengan teliti
  3. Malas
Percaya atau tidak ini ialah antara kelemahan-kelemahan umat Islam kini, iaitu KITA. Ya, kita yang di dalam IC tertulis Islam bagi agama kita. Tahukah anda siapakah yang menyatakan 3 kelemahan umat Islam ini? Bukannya sheikh, bukannya ustaz, bukannya ulama'. Tapi dia ialah Moche Dayan, bekas Menteri Pertahanan Israel.

Tanyalah pada diri kita semua. Betul atau tidak semua kelemahan ini terdapat pada diri kita? Kalau tidak semua pun, mesti ada salah satu daripada tiga kelemahan tersebut. Anda setuju? Mengaku sajalah wahai umat Nabi Muhammad s.a.w. Kita harus sedar. Kita harus berubah. Kita harus bertindak. Bangunlah dari tidur kita. Cukuplah kita dibuai dengan mimpi-mimpi indah yang kosong.

Kita jarang mengkaji sejarah umat Islam terdahulu. Jatuh bangun Tamadun Islam suatu ketika dahulu, tidak pernah menjadi minat kita untuk mengkajinya. Padahal terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan sebagai sumber rujukan untuk kita pada zaman ini. Allah telah menjanjikan kemenangan Islam suatu ketika nanti. Tinggal kita sahaja untuk turut terlibat atau tidak. Jikalau kita tidak mahu, pasti akan ada golongan yang mahu. Allah tidak rugi sedikit pun, tapi kita yang rugi sebenarnya.

Perancangan yang teliti jarang kita amalkan. Kalau hendak melakukan sesuatu, kita sering melakukan dengan sambil lewa. Jarang kita lakukan dengan terbaik. Bagi pelajar amnya, menyiapkan 'assignment' sudah cukup memadai walaupun disiapkan dengan sambil lewa. Betul kan?

Malas. Satu sifat yang tidak asing lagi bagi kita. Kan? Semua orang ada penyakit itu. Tanyalah kepada sesiapa pun. Dari kanak-kanak sampailah ke golongan emas. Dari orang kampung sampailah ke golongan tinggi. Saya sendiri juga tidak terlepas dari penyakit yang sangat berbahaya ini.

Jadi, tepuklah dada, tanya iman kita semua. Adakah kita hendak menjadi umat yang lemah sentiasa? Adakah kita sentiasa mahu duduk di bawah telunjuk Barat? Adakah kita tidak mahu Islam bangkit semula? Adakah kita tidak impikan Negara Islam yang sebenar-benarnya? Taknak Islam menjadi 'world order'?

Jom jadikan bulan Ramadhan kali ini sebagai titik tolak untuk kita sama-sama berubah!


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: