06/08/2009

Islam atau islam?

Bismillahirrahmanirrahim

Saya pelik. Saya sedih. Saya kecewa. Kenapa pemandu-pemandu di Malaysia sering kali memandu dengan berbahaya, tidak mengikut peraturan, tidak bertimbang rasa, tidak memberi laluan, menambah kesesakan lalu lintas dengan duduk di tempat yang tidak sepatutnya, menghalang laluan orang lain dan macam-macam lagi.

Berbeza dengan pemandu-pemandu di UK yang sangat berhemah, jarang melanggar peraturan, jarang memandu dengan berbahaya, sering kali bertimbang rasa, selalu memberi laluan kepada pemandu lain, tidak menambah kesesakan lalu lintas dengan duduk di tempat yang sepatutnya, tidak menghalang laluan orang lain dan macam-macam lagi.

Kenapa ini boleh berlaku? Padahal, rata-rata pemandu di Malaysia adalah orang yang beragama Islam, manakala rata-rata pemandu di UK adalah orang yang beragama Kristian. Mengapa wujud perbezaan yang agak pelik ini? Mengapa orang Islam tidak seperti orang Kristian? Adakah ajaran agama Kristian lebih baik daripada Islam?

Tidak sama sekali!

Agama Islam adalah agama yang mencakupi seluruh aspek kehidupan. Sistem ekonomi, perundangan, pendidikan dan banyak lagi. Makan, minum, memandu, bermain, semua ada diajar dalam agama Islam. Tapi, mengapa kita tidak mahu mengikutinya? Bila ditanya agama apa, dengan bangganya menjawab, " Saya beragama Islam". Namun bila dilihat perangai dan tingkah lakunya, tak ubah seperti orang yang tidak beragama.

Mengapa ini boleh berlaku?

Ya. Sekali lagi ia berkaitan kurangnya kefahaman Islam dalam diri kita. Sekali lagi ia berkaitan dengan idea kebebasan dari hidup bertuhan yang bermaharajalela dalam diri kita. Sekali lagi ia berkaitan dengan sikap ego kita. Perasaan bongkak kita, riak, sombong, berlagak dan semuanya yang dilarang oleh Islam.

Adakah Islam kita hanya pada IC? Atau kita benar-benar islam?

Islam atau islam?

Dua perkataan yang sama namun memberi makna yang sangat berbeza. Adakah kita Islam ataupun islam? Ya, kebanyakkan dari kita hanyalah Islam, namun tidak islam. Kita hanya mengaku kita beragama Islam, gah dengan IC yang menunjukkan kita Islam, bangga dengan 'Negara Islam' kononnya dan bangga dengan keputusan A1 dalam subjek Pendidikan Islam.

Tetapi, kita bukanlah islam. Kita tidak mengamalkan apa yang dituntut Islam. Kita tidak bergerak. Kita bagaikan air yang bertakung. Busuk, kotor dan diserang oleh 'parents' nyamuk untuk menghasilkan jentik-jentik. Islam dan islam berbeza. Islam adalah kata nama khas, manakala islam adalah kata kerja.

Jadi, marilah sama-sama kita menjadi islam. Bukannya Islam. Adakah kita mahu dilabel sebagai umat yang tidak bertamadun? Adakah kita mahu menjadikan diri kita sebagai alat untuk memfitnah agama Islam kita sendiri? Tepuk dada, tanyalah iman.



"Islah, Nafsak, Wad'u Ghairak".

2 comments:

IllusionistMM said...

salam, anta dah bape lame join usrah? dgr cite gerakan kat uk mcm lagi mantap je...

truskan berdakwah...

insyaAllah, kita akan kembali di kemuncak...

Anonymous said...

aku setuju...gerakan islah nafsak di uk semakin menjadi2 dewasa ini... wad'u ghairak pula tidak kurang hebatnya...nampaknya kita berjaya melahirkan semakin ramai kader2 dakwah yang mampu...