29/08/2009

Jom Join

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt atas segala nikmatNya. Kepada pelajar-pelajar yang akan mula 'terbang' ke UK untuk memulakan karier sebagai mahasiswa-siswi universiti, jangan terlepas peluang untuk menyertai program-program ketika cuti winter nanti.





www.msmonline.info

Semuanya di tangan anda. Jangan lepaskan peluang.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".










26/08/2009

Inilah Aku!! Siapa Kamu?

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


"Akulah petualang yang mencari kebenaran.
Akulah manusia yang mencari makna dan
Hakikat kemanusiannya di tengah manusia.
Akulah patriot yang berjuang menegakkan
Kehormatan, kebebasan, ketenangan dan kehidupan yang baik
Bagi tanah air di bawah naungan Islam yang hanif

Akulah lelaki bebas yang telah mengetahui rahsia wujudnya,
Maka dia pun berseru,

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
Hanya untuk Allah, Tuhan Semesta Alam
Yang tiada sekutu bagiNya.
Kepada yang demikian itulah aku diperintahkan
Dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri."

INILAH AKU DAN KAMU, KAMU SENDIRI SIAPA?"

p/s : Manfaatkanlah bulan Ramadhan untuk mencari siapakah kita?

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".




25/08/2009

Hargailah bulan Ramadhan

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Bulan Ramadhan,
Bulan yang mulia,
Ganjaran pahala berganda-ganda,
Bukannya untuk semua,
Tapi untuk orang yang beramal je

Siang hari kita berpuasa,
Malam hari kita bertarawikh,
Tapi tak rasa pelik ke,
Kenape subuh tidak seramai seperti tarawikh

Hari-hari kita bace al-Quran,
Cuba untuk khatamkan dalam masa sebulan,
Tapi perangai kita still tidak berpatutan,
Dengan isi-isi ajaran al-Quran,
Betul kan?

Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat,
Untuk kita kecapi nikmat,
Marilah kita mengejar akhirat,
Supaya nanti kita selamat.

Hargailah bulan Ramadhan,
Penuhilah ia dengan amalan,
Sudah-sudahlah tu bercakaran,
Sudah-sudahlah tu berpacaran.
Hormat la sikit Ramadhan ye adik abang

Hargailah bulan Ramadhan,
Bulan untuk merapatkan kembali ukhuwah,
Walaupun fikrah kita terdapat perbezaan,
Tapi janganlah sampai kita berpecah belah

Jom tingkatkan amal, Kita kuatkan iman!!



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

24/08/2009

Kelemahan Umat Islam

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Tiga kelemahan umat Islam kini ialah:

  1. Tidak mengkaji sejarah umat Islam terdahulu
  2. Tidak membuat perancangan dengan teliti
  3. Malas
Percaya atau tidak ini ialah antara kelemahan-kelemahan umat Islam kini, iaitu KITA. Ya, kita yang di dalam IC tertulis Islam bagi agama kita. Tahukah anda siapakah yang menyatakan 3 kelemahan umat Islam ini? Bukannya sheikh, bukannya ustaz, bukannya ulama'. Tapi dia ialah Moche Dayan, bekas Menteri Pertahanan Israel.

Tanyalah pada diri kita semua. Betul atau tidak semua kelemahan ini terdapat pada diri kita? Kalau tidak semua pun, mesti ada salah satu daripada tiga kelemahan tersebut. Anda setuju? Mengaku sajalah wahai umat Nabi Muhammad s.a.w. Kita harus sedar. Kita harus berubah. Kita harus bertindak. Bangunlah dari tidur kita. Cukuplah kita dibuai dengan mimpi-mimpi indah yang kosong.

Kita jarang mengkaji sejarah umat Islam terdahulu. Jatuh bangun Tamadun Islam suatu ketika dahulu, tidak pernah menjadi minat kita untuk mengkajinya. Padahal terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan sebagai sumber rujukan untuk kita pada zaman ini. Allah telah menjanjikan kemenangan Islam suatu ketika nanti. Tinggal kita sahaja untuk turut terlibat atau tidak. Jikalau kita tidak mahu, pasti akan ada golongan yang mahu. Allah tidak rugi sedikit pun, tapi kita yang rugi sebenarnya.

Perancangan yang teliti jarang kita amalkan. Kalau hendak melakukan sesuatu, kita sering melakukan dengan sambil lewa. Jarang kita lakukan dengan terbaik. Bagi pelajar amnya, menyiapkan 'assignment' sudah cukup memadai walaupun disiapkan dengan sambil lewa. Betul kan?

Malas. Satu sifat yang tidak asing lagi bagi kita. Kan? Semua orang ada penyakit itu. Tanyalah kepada sesiapa pun. Dari kanak-kanak sampailah ke golongan emas. Dari orang kampung sampailah ke golongan tinggi. Saya sendiri juga tidak terlepas dari penyakit yang sangat berbahaya ini.

Jadi, tepuklah dada, tanya iman kita semua. Adakah kita hendak menjadi umat yang lemah sentiasa? Adakah kita sentiasa mahu duduk di bawah telunjuk Barat? Adakah kita tidak mahu Islam bangkit semula? Adakah kita tidak impikan Negara Islam yang sebenar-benarnya? Taknak Islam menjadi 'world order'?

Jom jadikan bulan Ramadhan kali ini sebagai titik tolak untuk kita sama-sama berubah!


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

22/08/2009

Selamat Berpuasa

0 comments
Bismilllahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi kepada Allah swt kerana atas limpah dan kurniaNya kita masih lagi bernyawa dan diberi peluang untuk mengecapi ganjaran-ganjaran dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah.

Hari ini, seluruh umat Islam di Malaysia diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan. Bermula semalam, masjid-masjid dan surau-surau semakin penuh pada malam hari. Semuanya ingin berlumba-lumba untuk melaksanakan ibadah secara berjemaah, solat isyak dan tarawikh. Alhamdulillah. Seronok melihat keadaan begini.

Orang kata bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita sama-sama berubah. Kalau yang tidak pernah ke surau atau masjid, pada bulan inilah akan mereka akan mula berubah. Mula ke masjid, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah dan sebagainya. Nak dipendekkan cerita, bulan Ramadhan boleh dikatakan sebagai bulan tarbiyyah untuk kita semua.

Jadi, marilah kita sama-sama merebut peluang ini untuk kita memaksimumkan pahala kita, insyaAllah. Namun, harapnya agar bulan Ramadhan pada tahun ini menjadi titik tolak untuk kita berubah ke arah kebaikan, insyaAllah. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan takziah kepada saudara Hafizuddin(Hypo) atas pemergian ayahandanya baru-baru ini. Semoga roh ayah beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Jom berlumba-lumba rebut pahala!!



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

19/08/2009

Alhamdulillah

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulilllah. Syukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya, saya selamat sampai di rumah setelah mengembara selama hampir 2 minggu di bumi Allah swt yang sangat indah ini. Tiada ungkapan yang dapat saya katakan, selain syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengembara di bumi Borneo. Terima kasih Ya Allah.

Dari Nilai, kami ke Kuching. Dari Kuching, kami ke Bintulu. Dari Bintulu, kami ke Miri. Dari Miri, kami ke Brunei. Dari Brunei, kami ke Labuan. Dari Labuan, kami ke Menumbok. Dari Menumbok, kami ke Kota Kinabalu. Dari Kota Kinabalu, kami ke Pulau Pinang. Dari Pulau Pinang, kami ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, barulah saya berseorangan pulang ke Kuala Terengganu.

Semuanya atas tujuan kerana Allah swt semata-mata. Berkenal-kenalan dengan teman-teman baru, dengan ustaz-ustaz yang begitu hebat dan ikhwah-ikhwah di seluruh bumi Borneo. Terasa sangat gembira apabila dapat berjumpa dengan mereka kesemuanya.

Terlalu letih untuk menceritakan pengalaman-pengalaman di sana. Mungkin lain kali insyaAllah. Cuma ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakallahu khairon khatiro kepada saudara Syariffudin dan Najib (Kuching), saudara Hartono, Ustaz Ali, Ustaz Tabo, Ustaz Ariffin dan pelajar-pelajar Madrasah al-Quran (Bintulu), saudara Saiful, saudara Haidar dan pelajar-pelajar Curtin University (Miri), saudara Syamil sekeluarga, Ustaz Salam dan ikhwah-ikhwah Brunei (Brunei), saudara Hilmi sekeluarga (Kota Kinabalu) dan yang terakhir saudara Afif sekeluarga dan Dolah (Pulau Pinang) kerana telah melayan kami seperti VIP semasa kami berada di sana. Hanya Allah swt sahajalah yang dapat membalas jasa baik anda semua.

Itu dahulu cerita dari Jaulah Borneo 09.




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

09/08/2009

Teruskan perjuangan

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt dengan limpah dan kurniaNya kita masih lagi diberi nikmat iman dan islam. Nikmat yang terbesar dalam kehidupan kita. Nikmat yang menentukan nasib kita di akhirat kelak. Nikmat yang sering dilupakan manusia. Nikmat yang sering diabaikan manusia.

Sepanjang cuti summer kali ini, seperti biasa banyak program motivasi telah diadakan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah. Syabas diucapkan kepada semua rakan yang telah bersusah payah menganjurkan program-program tersebut. Moga Allah memberkati usaha kalian, insyaAllah.

Namun, teringat saya akan nasihat saudara Faisal (Cha) suatu ketika dahulu.

"Jangan bersemangat separuh jalan je boh. Biasanya mase mude-mude ni semangat berkobar-kobar. Berapi. Bile masuk keje je, terus malah boh", nasihat Cha dalam loghat Terengganunye yang tidak berapa Terengganu.

Ya. Betul katanya itu. Sekarang mungkin ramai yang sedang berkobar-kobar semangatnya untuk melakukan itu, ini dan sebagainya dalam merealisasikan erti hidup pada memberi. Program di sana, di situ, di sini dan di merata-rata. Dari utara ke selatan, dari timur ke barat dan ke seluruh pelusuk tanah air. Minggu ini, minggu depan, bulan ini, bulan depan. Penuh dalam kalendar aktiviti-aktiviti tersebut. Alhamdulillah.

Tetapi apabila saya renungkan balik nasihat saudara Cha itu, ada logiknya. Mungkin kita sekarang bersemangat waja. Tidak kenal erti penat. Sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga. Namun, apabila sampai pada satu tahap, kita mungkin berasa penat, merasakan perbuatan kita tersebut sia-sia, tidak bermanfaat dan sebagainya. Ketika itu, kita mula mengundur diri dari perjuangan yang mulia ini. Nau'zubillahiminzalik.

Kenapa boleh jadi sedemikian rupa?

Ya. Niat kita semua. Ketika kita bersusah payah, berpenat lelah, mungkin kita terlupa akan niat kita. Adakah kita lakukan semua ini semata-mata kerana Allah swt ataupun sebab-sebab lain? Adakah kita lakukan semua ini semata-mata ingin mencapai keredhaan Allah swt semata ataupun keredhaan manusia? Adakah kita mengharapkan balasan dan pujian? Betulkanlah niat kita semua. InsyaAllah, kita dapat bertahan lama.

Nasihat ini adalah untuk diri saya sendiri dan semua rakan yang lain. Teruskanlah usaha murni anda itu. Namun, betulkanlah niat kita semua agar kita tidak mudah mengalah. Janganlah kita mengharapkan balasan dan pujian. Janganlah mudah berputus asa. Ingat, Allah tidak memandang pada hasil yang kita hasilkan, namun Allah melihat akan usaha kita semua, insyaAllah.

Teruskan perjuanganmu wahai pemuda!!


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

07/08/2009

Kita wajib berusaha, bukannya mempersenda

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Hahaha. Ko gile ke ape? Takkan berjayanya usaha ko tu. Cayelah cakap aku", kata Ali.

"Ntah ko ni. Sedarlah diri ko tu sikit. Ko tu sape nak tegur-tegur orang ni? Ustaz? Hahahahaha", tambah Abu.

Begitulah realiti kehidupan masyarakat zaman sekarang. Terlalu bongkak, ego dan sombong. Selalu memperkecil-kecilkan usaha orang lain tanpa melakukan apa-apa pun. Bukannya nak membantu, malah mengejek dan mempersendakan orang lain. Dihinanya orang yang ingin beramal maaruf dan nahi mungkar. Kata nak bina negara Islam, tapi masyarakat sendiri masih terumbang-ambing.

Lupakah kita akan kisah Burung Pipit ketika membantu Nabi Ibrahim a.s yang dibakar oleh Raja Namrud dengan api yang sangat marak? Lupakah kita? Ya, kita memang rakyat yang pelupa. Sebab itulah kita perlu diingati dan seterusnya memperingati.

Kisah Burung Pipit dan Nabi Ibrahim a.s

Selepas Nabi Ibrahim a.s merobohkan semua patung-patung berhala, beliau ditangkap dan dijatuhkan hukuman bakar hidup-hidup oleh Raja Namrud yang zalim. Ketika beliau dibakar, lalu seekor Burung Pipit. Lantas, Si Burung Pipit itu menceduk air di sungai berhampiran menggunakan paruhnya untuk membantu Nabi Ibrahim a.s.

Seekor Burung Helang yang melihat perbuatan itu menjadi hairan dan bertanya kepada Si Burung Pipit.

"Hai Pipit, mengapa engkau melakukan perbuatan yang sia-sia? Engkau ingat dengan usahamu itu, boleh memadamkan api yang marak itu?", kata Helang kepada Pipit.

"Biarlah aku Helang. Sekurang-kurangnya aku dapat menjawab kepada Allah swt apabila Allah bertanya kepadaku apa yang telah aku lakukan dalam menolong Nabi Ibrahim a.s", jawab Pipit.

Nah. Ternyata jawapan Si Burung Pipit itu mungkin dapat menyentap iman kita semua. Beliau dengan tenaga yang semampu boleh, menolong Nabi Ibrahim a.s kerana takut akan ditanya oleh Allah swt kelak. Tanyalah pada diri kita semua. Apa yang telah kita lakukan dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi ini?

Kita tahu keadaan umat Islam pada zaman sekarang sangatlah teruk. Arak, judi, zina, sumbang mahram, pergaulan bebas, rasuah, rogol dan macam-macam lagi. Tak ubah seperti masyarakat arab jahiliyyah ketika dahulu. Jadi, kita harus berganding bahu, bekerjasama dalam membentuk masyarakat yang mengamalkan prinsip-prinsip Islam dengan menyeluruh.

Kita wajib berusaha, bukannya mempersenda!!




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

06/08/2009

Sang Murobbi

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Sebuah filem yang sangat bagus untuk ditontoni. Kenapalah Malaysia tidak boleh menghasilkan filem-filem sebegini rupa.



Sang Murobbi, oleh Izzis

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

Islam atau islam?

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Saya pelik. Saya sedih. Saya kecewa. Kenapa pemandu-pemandu di Malaysia sering kali memandu dengan berbahaya, tidak mengikut peraturan, tidak bertimbang rasa, tidak memberi laluan, menambah kesesakan lalu lintas dengan duduk di tempat yang tidak sepatutnya, menghalang laluan orang lain dan macam-macam lagi.

Berbeza dengan pemandu-pemandu di UK yang sangat berhemah, jarang melanggar peraturan, jarang memandu dengan berbahaya, sering kali bertimbang rasa, selalu memberi laluan kepada pemandu lain, tidak menambah kesesakan lalu lintas dengan duduk di tempat yang sepatutnya, tidak menghalang laluan orang lain dan macam-macam lagi.

Kenapa ini boleh berlaku? Padahal, rata-rata pemandu di Malaysia adalah orang yang beragama Islam, manakala rata-rata pemandu di UK adalah orang yang beragama Kristian. Mengapa wujud perbezaan yang agak pelik ini? Mengapa orang Islam tidak seperti orang Kristian? Adakah ajaran agama Kristian lebih baik daripada Islam?

Tidak sama sekali!

Agama Islam adalah agama yang mencakupi seluruh aspek kehidupan. Sistem ekonomi, perundangan, pendidikan dan banyak lagi. Makan, minum, memandu, bermain, semua ada diajar dalam agama Islam. Tapi, mengapa kita tidak mahu mengikutinya? Bila ditanya agama apa, dengan bangganya menjawab, " Saya beragama Islam". Namun bila dilihat perangai dan tingkah lakunya, tak ubah seperti orang yang tidak beragama.

Mengapa ini boleh berlaku?

Ya. Sekali lagi ia berkaitan kurangnya kefahaman Islam dalam diri kita. Sekali lagi ia berkaitan dengan idea kebebasan dari hidup bertuhan yang bermaharajalela dalam diri kita. Sekali lagi ia berkaitan dengan sikap ego kita. Perasaan bongkak kita, riak, sombong, berlagak dan semuanya yang dilarang oleh Islam.

Adakah Islam kita hanya pada IC? Atau kita benar-benar islam?

Islam atau islam?

Dua perkataan yang sama namun memberi makna yang sangat berbeza. Adakah kita Islam ataupun islam? Ya, kebanyakkan dari kita hanyalah Islam, namun tidak islam. Kita hanya mengaku kita beragama Islam, gah dengan IC yang menunjukkan kita Islam, bangga dengan 'Negara Islam' kononnya dan bangga dengan keputusan A1 dalam subjek Pendidikan Islam.

Tetapi, kita bukanlah islam. Kita tidak mengamalkan apa yang dituntut Islam. Kita tidak bergerak. Kita bagaikan air yang bertakung. Busuk, kotor dan diserang oleh 'parents' nyamuk untuk menghasilkan jentik-jentik. Islam dan islam berbeza. Islam adalah kata nama khas, manakala islam adalah kata kerja.

Jadi, marilah sama-sama kita menjadi islam. Bukannya Islam. Adakah kita mahu dilabel sebagai umat yang tidak bertamadun? Adakah kita mahu menjadikan diri kita sebagai alat untuk memfitnah agama Islam kita sendiri? Tepuk dada, tanyalah iman.



"Islah, Nafsak, Wad'u Ghairak".

05/08/2009

Tahu vs Faham

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Weh, apehal dengan ko ni? Ko tak malu ke pakai seksi camni? Kan Allah dah suruh dalam surah bla, bla, bla", tegur seorang kawan kepada kawannya yang lain.

"Bai, pada-pada r. Selambe je ko tinggal solat. Tak takut neraka ke? Dalam Surah bla, bla, bla..hadith bla, bla, bla," tegur Abdullah kepada Joe.

Teguran-teguran ini sering kali kita dengar dalam kehidupan seharian. Tak kiralah kehidupan realiti, mahupun kehidupan dalam alam maya. Rakan yang baik dengan semangat yang berkobar-kobar menasihati rakannya yang lalai dan leka dengan nas-nas Al-Quran, hadith-hadith dan sindiran-sindiran.

Ya, rakannya mengetahui selepas diberitahu. Namun, adakah dia memahaminya?

Tahu vs Faham

Contoh yang paling mudah boleh kita ambil ialah solat jemaah di masjid. Semua orang tahu bahawa solat jemaah di masjid dikurniakan ganjaran pahala yang amat besar daripada Allah swt. Namun mengapa saf-saf di masjid tidak dipenuhi oleh jemaah setiap kali masuknya waktu solat?

Ya, jawapannya ialah satu. Tiadanya kefahaman.

Orang yang tahu hanya boleh mencetuskan rasa mahu. Namun, orang yang faham, mereka boleh mencetuskan rasa mampu. Itu bezanya.

Jadi, adakah dengan memberitahu mereka nas-nas Al-Quran dan hadith-hadith semasa menegur mereka memberi kesan yang mendalam kepada mereka? Adakah dengan memerli mereka akan memberi hasil yang baik? Adakah dengan menegur mereka dengan kasar adalah satu jalan yang baik? Ingat, kefahaman mengenai agama masih belum ada pada mereka.

Masakan cara-cara sedemikian akan memberi hasil yang baik. Mimpilah kita!!

Ingat, kerja-kerja dakwah perlu dilaksanakan dengan muntij (effisien). Bukannya hanya membazir tenaga begitu saja. Penerangan mengenai agama perlu dilakukan dengan baik. Apa erti kita sebagai hamba. Apa itu aurat. Kenapa demikian. Kenapa begitu. Kefahaman perlu dipupuk terlebih dahulu, bukannya nas-nas Al-Quran, hadith-hadith, sindiran-sindiran dan kutukan-kutukan.

Kita ada matlamat. Bukannya bagaikan kapal yang tiada nakhodanya.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".





04/08/2009

Rindukan KIBAR

7 comments
Bismillahirrahmanirrahim


KIBAR 2009 - Kolej Jaiputra, Kelantan from Nabil Ali on Vimeo.


Saya memang rindukan KIBAR!!

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

03/08/2009

Keluarga

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Semua orang mengakui akan keruntuhan akhlak masyarakat Malaysia pada zaman sekarang. Dari lapisan pelajar sekolah rendah, menengah, siswa-siswi universiti, golongan pekerja sehingga ahli-ahli politik, banyak kes yang dilaporkan berlaku. Rasuah, pecah amanah, buli, sumbang mahram dan sebagainya. Itu yang dilaporkan, tak dikira yang tidak dilaporkan lagi.

Banyak langkah diambil untuk mengatasi masalah-masalah moral ini. Undang-undang diketatkan, operasi dimantapkan, kempen dibanyakkan dan macam-macam lagi. Namun, adakah langkah-langkah tersebut memberi kesan yang baik? Tidak dinafikan, langkah-langkah tersebut amat baik dilakukan, tetapi masalah moral ini masih juga berlaku di mana-mana.

Analogi Penyakit dan Symptom.

Andai kata seseorang itu mengalami demam denggi dan dia mempunyai symptom-symptom penyakit tersebut iaitu demam panas, bintik-bintik merah, batuk dan selsema. Persoalannya, adakah kita ingin menghilangkan demamnya, bintik-bintik merahnya, batuknya dan selsemanya dengan menyediakan panadol, krim pencegah bintik-bintik, ubat batuk cap kapal api dan ubat selsema?

Semestinya tidak!

Kita harus melawan penyakit yang dihidapinya. Bukan melawan symptom-symptom yang dihadapinya. Ya, mungkin kita boleh nampak hasilnya. Namun adakah ia bertahan lama? Adakah penyakit asalnya iaitu penyakit denggi diubati?

Jadi begitu juga dalam menyelesaikan masalah-masalah keruntuhan akhlak masyarakat zaman sekarang. Pembentukan diri yang diutamakan. Anak-anak perlu dididik dengan sebaik-baiknya oleh ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam kita bersama-sama menyelesaikan gejala sosial ini.

Dalam sesebuah keluarga, si suami dan isteri haruslah mengemudi bahtera keluarga dengan iman dan islam. Anak-anak ditarbiyah dengan sebaik-baiknya. Al-Quran dan As-Sunnah perlu diperkenalkan kepada anak-anak dari kecil lagi. Ilmu hadith dan ilmu-ilmu lain juga perlu dititikberatkan.

Kesimpulannya, peranan keluarga dalam masyarakat amatlah penting. Masyarakat teruk hari ini adalah berpunca dari institusi keluarga yang gagal. Andai kata kita impikan masyarakat yang baik, periksa terlebih dahulu institusi keluarga kita. Adakah ianya seperti keluarga Rasulullah s.a.w? Keluarga Sumayyah? Keluarga Ali? Tepuk dada, tanyalah iman.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

02/08/2009

Husnuzon (Bersangka baik)

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Saya pasti kebanyakkan dari kita pernah mendengar perkataan husnuzon yang bererti bersangka baik. Namun, saya kurang pasti, adakah kebanyakkan dari kita mengamalkannya atau hanya mengungkap di bibir sahaja.

Orang Melayu memang terkenal dengan hobi yang sangat tidak disukai oleh Allah swt iaitu bersangka buruk kepada orang lain. Saya pun kurang pasti bagaimana tabiat ini sungguh kuat melekat di kalangan orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.

Susah sangatkah kita untuk bersangka baik kepada orang lain? Kalau di jalan raya, asal ada orang potong kereta kita, dengan automatiknya kita akan mengutuk mereka. Kalau orang tidak angkat call, terus kita kutuk mereka.

"Eleh, sombong gile mamat tu. Dahla kereta buruk je. Ade hati nak eksyen", kutuk kita.

"Ish, apsal payah sangat nak angkat call aku ni. Bangang punya orang", kutuk kita.

Dengan automatiknya kita mendapat dosa atas kelakuan sedemikian. Kenapa susah sangat untuk bersangka baik? Manalah kita tahu, entah-entah, mereka ada alasan tersendiri. Yang pemandu itu mungkin mempunyai isteri untuk bersalin. Yang tidak angkat call itu, mungkin dia tengah bersolat. Kenapa kita mudah sangat untuk bersangka buruk?



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".