05/07/2009

Jom manfaatkan cuti

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Saya selamat tiba di Malaysia 2 Julai yang lalu. Dan kini telah berada di rumah selama 2 hari. Syukur ke hadrat Allah swt kerana saya tidak mengalami sebarang masalah dalam perjalanan pulang tempoh hari. Badan pun masih sihat. Takziah kepada rakan-rakan yang mengalami demam-demam, cirit-birit dan muntah-muntah.

Sungguh banyak perkara yang perlu dibereskan sebelum dapat bertindak apa-apa.
Lesen, kad bank, telefon dan sebagainya. Semuanya perlu diperbaharui. Semoga Allah swt melancarkan segala-galanya.

Sejak sampai di rumah ini, semakin malas rasanya badan ni. Hanya mulut saja yang rajin mengunyah. Petai cicah budu, durian, kepok lekor, ikan singgang dan ikan kukus masak asam. Nafsu makan semakin menjadi-jadi. Hidup pun masih kurang produktif.

InsyaAllah cuti summer kali ini akan diisi sebaik mungkin. Bagi rakan-rakan, jom kita isi cuti summer kita dengan perkara-perkara yang berfaedah. Jangan ingat nak makan dan tidur je ye.

Jom sama-sama manfaatkan cuti summer!!



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: