10/07/2009

Civilisation dies by suicide, not by murder

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt kerana dengan izinnya, dengan kuasanya kita masih lagi bernyawa di dunia ini. Kita masih mampu bernafas, mampu memandu, mampu makan, dan yang paling penting sekali, kita masih diberikan nikmat Islam dan Iman.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan takziah kepada saudari Nurhakimah (Kim) atas pemergian ayahanda tercinta beliau. Semoga ujian ini menjadikan beliau semakin kuat. Dan sama-samalah kita berdoa agar allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Saya juga ingin memohon maaf kerana ketidaksempatan untuk mengupdate blog. Banyak program yang perlu dihadiri dan banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Semoga cuti kita kali ini bermanfaat. InsyaAllah.

"Civilisation dies by suicide, not by murder".

Kalau ikut takrifan saya yang mendapat result IELTS speaking 5.5 ni, ia bermaksud " Tamadun mati disebabkan membunuh diri sendiri, bukan sebab dibunuh".

Pertama kali mendengar ayat di atas, saya bermonolog dalaman sendirian.

"Amende ni? Tak paham pape pun".

Selepas diamati lama-lama, barulah saya mendapat point yang hendak diberitahu oleh penceramah. Kalau ikut kefahaman saya, penceramah nak memberitahu bahawa tamadun ini akan runtuh disebabkan oleh orang-orang dalam tamadun itu sendiri, bukan sebab diruntuhkan oleh orang-orang lain.

Banyak contoh yang kita boleh ambil. Kejatuhan Tamadun Rom, Parsi, Turki Uthmaniyyah dan sebagainya. Semua jatuh disebabkan kesilapan dan kesalahan rakyat dalam sesuatu tamadun tersebut. Bukannya disebabkan oleh orang lain.

Jadi, kita yang sekarang berada di dalam zaman jahiliyyah ini harus mempersiapkan diri untuk membina aqidah Islamiyah yang kukuh, menjadi individu muslim yang sejati, membentuk baitul muslim, membina masyarakat islam, membina kerajaan islam, membentuk daulah islamiyah, membentuk empayar islam dan seterusnya menjadi ustaziyatul alam kepada dunia ini.

Ya. Ia bukannya semudah ABC dan mengambil masa yang singkat. Ia memakan masa yang panjang dan perit. Ia memerlukan pengorbanan dari kita semua. Memerlukan pengorbanan air mata dan darah.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

2 comments:

el nino said...

ko sendiri ckp y perjuangan itu perit dan susah, perlukan pengorbanan yang tinggi..

tapi sebaliknya ramai daripada kita yang masih suka ambil sikap jalan selamat, dengan memilih mana yang kita selesa dan rasa selamat..
sebab apa?..rasanya ko sendri bley jawab..

allah tahu yang penduduk thaif akan maki dan baling batu kat nabi, tapi die x halang nabi untuk berdakwah dan cari tapak utk bina daulah islam, sebab ape..?..sebab die nak nabi tahu perjuangan gerakan islam itu susah dan perit..
itu nabi, kita siapa..?

kena masuk gerakan islam kawan..perjuangan itu memang x mudah..bak kate ko dlm ayat last, perlu pengorbanan air mata dan darah..
banyak lagi kerja kena buat..

allahualam..

aslam said...

betul tu..bukan senang nk capai daulah islamiah..masih banyak lagi perkara yang mesti diselesaikan dan dilaksanakan dalam membentuk daulah islamiah..kalau masyarakat sendiri pun masih terumbang-ambing, jangan berharap la nk capai kejayaan yg lebih besar..usaha2 perlu diteruskan, kerjasama2 perlu dimantapkan agar daulah yang diimpikan dapat digapai..insyaAllah