17/07/2009

Circles of Muslims

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya kita masih diberi nikmat islam dan iman. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Ramai orang di kalangan kita inginkan Islam kembali agung. Menjadi ustaziyatul alam ataupun 'world order' di dunia ini. Namun, usaha ini tidak akan tercapai sekiranya umat Islam itu sendiri tidak mengamalkan prinsip-prinsip Islam dalam kehidupan mereka. Jikalau umat Islam sendiri pun membantah prinsip-prinsip Islam, apatah lagi orang bukan Islam.

Dalam kesibukan kita dalam berdakwah kepada orang bukan Islam, kita terlepas pandang kepada saudara seaqidah kita sendiri. Umat Islam sekarang tak ubah seperti masyarakat jahiliyyah dahulu. Minum arak, bunuh anak, zina, judi, sebutkan saja. Semuanya sama sahaja seperti dahulu. Zamannya saja yang berubah.

Banyak usaha yang dilakukan oleh organisasi-oraganisasi awam dalam berdakwah kepada orang bukan Islam untuk memahami agama Islam. Kempen, ceramah, iklan dan sebagainya dalam menerangkan keindahan agama Islam kepada mereka. Namun, usaha-usaha ini akan memberikan keputusan yang kurang memberangsangkan sekiranya semua pihak tidak bekerjsama dalam hal ini.

Malah, lebih memburukkan keadaan, perangai dan tingkah laku umat Islam itu sendiri yang menggagalkan segalanya.

Circle of Muslims

Cuba kita lihat gambar rajah di atas. Umat islam ataupun muslim mempunyai pelbagai kategori. Kita bahagikan dalam 4 kategori iaitu;

  1. Muslim biasa ( muslim yang namanya sahaja muslim tetapi tidak mengamalkan Islam)
  2. Muslim 'committed' ( muslim yang mengamalkan Islam tetapi untuk dirinya sahaja)
  3. Muslim dakwah ( muslim yang mengamalkan Islam dan menyampaikannya )
  4. Muslim ekstrim ( muslim yang 100% berdakwah dan sangat-sangat mantap )
K dalam gambar rajah di atas ialah orang kafir yang melihat kita semua. Jadi, dalam masyarakat kita sekarang, kategori muslim yang menjadi majoriti ialah kategori muslim biasa. Disebabkan tingkah laku mereka, perangai mereka, agama Islam yang suci telah dikotori dan dicemari dengan fitnah-fitnah yang pelbagai.

Kita berdakwah kepada orang bukan Islam. Menerangkan kepada mereka bermacam-macam. Itu ini. Dan sebagainya. Namun, dalam sekelip mata sahaja, mereka akan menolak perkara itu semua disebabkan melihat kategori muslim biasa ini. Mereka sukar untuk melihat kategori muslim yang lain disebabkan bilangan mereka yang sedikit berbanding bilangan muslim biasa.

Apa yang perlu kita buat?

Untuk menyelesaikan masalah ini, hanya satu sahaja cara yang paling efisien, iaitu menukar semua kategori muslim kepada satu kategori sahaja iaitu kategori muslim ekstrim. Kategori di mana semua muslim mengamalkan prinsip-prinsip Islam, berdakwah, mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dan sebagainya. Muslim yang benar-benar mantap, yang teguh aqidah mereka, baik akhlaknya dan mulia pekertinya.

Apabila ini terjadi, orang kafir akan melihat hanya satu kategori sahaja. Dan mereka akan melihat keindahan agama Islam itu sendiri dan dengan mudahnya, mereka akan tertarik untuk mendalami agama Islam. Mereka dengan sendirinya akan bertanya kepada kita, apakah itu Islam, siapakah itu Muhammad dan lain-lain lagi.

Maka, apa yang penting sekarang ialah untuk kita menilai diri kita sendiri dalam kategori manakah kita sekarang berada? Muslim biasa? Muslim 'committed'? Muslim dakwah? Ataupun muslim ekstrim. Dan selepas itu, kita harus mengorak langkah untuk maju ke hadapan dan membantu sesiapa sahaja yang di belakang kita untuk bersama-sama maju ke hadapan setapak demi setapak.

Kesimpulannya, kita mempunyai dua tugas penting iaitu;

  1. Berusaha untuk memajukan diri sendiri ke hadapan
  2. Berusaha untuk membantu sesiapa sahaja juga ke hadapan.
Perlu diingat, tugas-tugas ini perlu dilakukan seiringan tanpa mengenal erti penat lelah. Perjuangan ini memerlukan kita semua berkorban bukan sahaja wang dan tenaga, malah air mata dan darah.

'Berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis'


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Memang benar apa yg ditulis tetapi seakan-akan terlalu idealistik. Islam itu syumul, pasti ada alternatif lain selain menunggu semua muslim menjadi muslim ekstrim.

MC said...

salams,

mashaAllahhhhhhhh!!!! best sgttttt artikel nihhh!!!

mabruk22 akhi!!

kita tak seharusnya berada dlm keadaan 'statik' seolah2 menanti sesuatu, tetapi kita perlu bergerakkk, bertindak.. biarlah usaha kita mengalir.. seperti air.. yg membasahi jiwa2 yg kering..

walau ape yg dikatakan, pokoknya apa yg perlu dari kita ialah trus bergerakkk ke hdpn!!

sgt best! jzklh khair al-akh! :-)

ABR said...

Tahniah Aslam,

Awak telah memberi gambaran yang jelas mengenai masyarakat sekarang i.e. di kelompok mana kita sekarang. Saya pun masih MB lagi.

Bak kata MC (Pemandu F1), jangan statik. Tetapi harus bergerak.

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal said...

saya kurang setuju dgn anonymous..kadang2 kite selalu rase benda2 rabbani dan amal dakwi ni terlalu ideal sehinggakan kita bataskan pencapaian kita padahal kita mampu mencapainya cuma masa yang diperlukan mungkin agak lama.mungkin perlu fikir alternatif tapi bukan alternatif selain dari tunggu semua muslim jadi muslim sebenar tetapi alternatif mcm mana nak bantu cepatkan proses tersebut.
wallahualam.

aslam said...

betul tu..alternatif lain di sini ialah bukan menunggu..tapi bertindak untuk menjadikan semua orang benar2 memahami Islam itu dengan sebenar-benarnya..

wallahualam