12/07/2009

Cinta?

Bismillahirrahmanirrahim

Hari tu, saya menonton rancangan di sebuah stesen television terkemuka di Malaysia yang membincangkan mengenai bercinta semasa belajar. Membariskan seorang artis Malaysia dan 2 orang remaja Malaysia. Jadi, saya pun mengambil peluang untuk mendengar pendapat-pendapat mereka.

Dengar punya dengar, saya "tertarik" dengan pendapat seorang remaja itu yang mengatakan;

"Yelah, kite boleh jadikan boyfriend kite tu tempat rujukan kite. Kalau kite takde semangat ke, kite boleh mintak pendapat die kan. Kalau kite susah ke, boleh mintak tolong dari die. Bla,bla,bla.."

Analogi Tiang Lampu

Kalau kita tanya kepada tiang lampu, mengapa dia diciptakan di situ, bagaimana, apa fungsinya, semestinya dia tidak boleh menjawab soalan itu. Soalan yang sangat sukar untuk dijawab oleh dirinya sendiri. Tapi kita boleh bertanya kepada si pencipta tiang elektrik tersebut.

Dengan mudahnya beliau boleh menjawab;

"Saya ciptakan lampu tu kat sini sebab orang ramai lalu lalang kat sini. So nak terangi jalan ni lah. Lagipun saya ciptakan lampu ni dengan kualiti yang tinggi. Memang tahan lama dan akan membantu orang lalu lalang".

Jadi, begitu juga dengan kita. Tujuan kita diciptakan adalah semata-mata untuk beribadat kepada Allah swt seperti firman Allah swt dalam Surah Az-Zariyat,

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"

Allah swt sebagai tempat rujukan


Jadi, berbalik semula kepada pendapat remaja tersebut. Mengapa kita nak jadikan boyfriend kita tu sebagai tempat rujukan? Sebagai pemberi semangat, sebagai penolong di kala kita kesusahan dan sebagainya. Boyfriend kita kah yang menciptakan kita? Boyfriend kita kah yang tahu mengenai kelemahan-kelemahan kita?

Mengapa kita tidak jadikan Allah swt sebagai rujukan kita? Sebagai tempat kita mengadu pertolongan? Sebagai tempat untuk membina semangat kita? Bukankah Allah swt lah yang menciptakan kita? Bukankah Allah swt mengerti kelemahan-kelemahan kita? Bukankah Allah swt yang menguasai segala-galanya? Bukankah Dia yang maha arif tentang kita?

Ini semua kerana
idea kebebasan dari hidup bertuhan yang telah tersemai dalam benak fikiran kita. Mahu hidup berlandaskan hawa nafsu. Mahu membuat pilihan sendiri. Mahu ikut telunjuk syaitan. Mahu menjadi matang konon-kononnya.

Tanggungjawab

"Diorang ni bercinta sebab takde tanggungjawab. Sebab tu la ramai yang berkapel. Sebab senang. Tak susah-susah macam orang kahwin", kata Azri YB suatu ketika dahulu kepada saya.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau. Disebabkan keseronokan bercinta, kepuasan bercinta, ramai remaja mabuk dibuai nikmat cinta. Dunia ini bagaikan mereka yang punya. Walaupun badan si boyfriendnye masam, tetap dikatakan "Eh, I suke la. Macho". Walaupun mulut si girlfriendnyenye busuk, namun tetap dipuji, "Eh, takdela. Wangi je macam Ambi Pur". Begitulah hakikat orang yang mabuk cinta.


Jika engkau mencintai bunga, sedarlah engkau bunga itu akan layu,
Jika engkau cintakan manusia, sedarlah suatu hari dia akan pergi,
Jika engkau mencintai harta, harta itu nanti kau akan tinggalkan,
Jika engkau cintakan Ilahi, Hanya Dia yang akan kekal abadi,
Cintailah Ilahi.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".



2 comments:

Anonymous said...

aku stuju dgn azri...
" diorang ni kapel sbb xde tanggungjawab"

anak muda skarang tak diajar supaya belajar pegang tanggungjwab macam mak ayah kita dahulu. Terlalu dimanjakan. Maka mereka pun berkapel. Yelah, macam2 ada. Henset ada, wang ada, dsbnya.

tokohplajor said...

analogi tiang lampu menarik ;)