15/07/2009

Carilah keredhaan Allah, bukannya manusia

Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak kita menghadapi masalah dalam memikirkan bagaimana caranya untuk kita membuat keputusan agar keputusan itu memuaskan hati semua pihak?

Teringat suatu ketika di KYUEM apabila saudara Famy berkata kepada saya,

"Carilah keredhaan Allah dengan murkanya manusia, tetapi janganlah cari keredhaan manusia dengan murka Allah"

Kalau tak silap saya, ini ialah hadith. Tapi saya pun dah tak ingat. Mungkin sesiapa boleh tolong pastikan.

Ya, begitulah hakikatnya. Dalam tidak sedar, kita selalu mengutamakan keredhaan manusia berbanding keredhaan Allah. Kenapa agaknya ya? Adakah kerana kita inginkan kemashyuran di dunia? Adakah kerana kita ingin disenangi ramai? Adakah kerana kita inginkan pangkat? Harta? Hmm. Tepuk dada, tanyalah iman.

Ingat. Kita hidup di dunia ini secara puratanya selama 60 tahun saja. Nanti, hidup di akhirat, selama-lamanya. Takkan nak kecapi kesenangan di dunia selama 60 tahun, tapi merana di akhirat selama-lamanya? Biarlah kita dihina, dikeji oleh manusia di dunia ini daripada kita dihina, dikeji dan diAZAB di akhirat kelak.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

0 comments: