30/07/2009

Sebiru Hari Ini

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim



Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

17/07/2009

Circles of Muslims

5 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya kita masih diberi nikmat islam dan iman. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Ramai orang di kalangan kita inginkan Islam kembali agung. Menjadi ustaziyatul alam ataupun 'world order' di dunia ini. Namun, usaha ini tidak akan tercapai sekiranya umat Islam itu sendiri tidak mengamalkan prinsip-prinsip Islam dalam kehidupan mereka. Jikalau umat Islam sendiri pun membantah prinsip-prinsip Islam, apatah lagi orang bukan Islam.

Dalam kesibukan kita dalam berdakwah kepada orang bukan Islam, kita terlepas pandang kepada saudara seaqidah kita sendiri. Umat Islam sekarang tak ubah seperti masyarakat jahiliyyah dahulu. Minum arak, bunuh anak, zina, judi, sebutkan saja. Semuanya sama sahaja seperti dahulu. Zamannya saja yang berubah.

Banyak usaha yang dilakukan oleh organisasi-oraganisasi awam dalam berdakwah kepada orang bukan Islam untuk memahami agama Islam. Kempen, ceramah, iklan dan sebagainya dalam menerangkan keindahan agama Islam kepada mereka. Namun, usaha-usaha ini akan memberikan keputusan yang kurang memberangsangkan sekiranya semua pihak tidak bekerjsama dalam hal ini.

Malah, lebih memburukkan keadaan, perangai dan tingkah laku umat Islam itu sendiri yang menggagalkan segalanya.

Circle of Muslims

Cuba kita lihat gambar rajah di atas. Umat islam ataupun muslim mempunyai pelbagai kategori. Kita bahagikan dalam 4 kategori iaitu;

  1. Muslim biasa ( muslim yang namanya sahaja muslim tetapi tidak mengamalkan Islam)
  2. Muslim 'committed' ( muslim yang mengamalkan Islam tetapi untuk dirinya sahaja)
  3. Muslim dakwah ( muslim yang mengamalkan Islam dan menyampaikannya )
  4. Muslim ekstrim ( muslim yang 100% berdakwah dan sangat-sangat mantap )
K dalam gambar rajah di atas ialah orang kafir yang melihat kita semua. Jadi, dalam masyarakat kita sekarang, kategori muslim yang menjadi majoriti ialah kategori muslim biasa. Disebabkan tingkah laku mereka, perangai mereka, agama Islam yang suci telah dikotori dan dicemari dengan fitnah-fitnah yang pelbagai.

Kita berdakwah kepada orang bukan Islam. Menerangkan kepada mereka bermacam-macam. Itu ini. Dan sebagainya. Namun, dalam sekelip mata sahaja, mereka akan menolak perkara itu semua disebabkan melihat kategori muslim biasa ini. Mereka sukar untuk melihat kategori muslim yang lain disebabkan bilangan mereka yang sedikit berbanding bilangan muslim biasa.

Apa yang perlu kita buat?

Untuk menyelesaikan masalah ini, hanya satu sahaja cara yang paling efisien, iaitu menukar semua kategori muslim kepada satu kategori sahaja iaitu kategori muslim ekstrim. Kategori di mana semua muslim mengamalkan prinsip-prinsip Islam, berdakwah, mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dan sebagainya. Muslim yang benar-benar mantap, yang teguh aqidah mereka, baik akhlaknya dan mulia pekertinya.

Apabila ini terjadi, orang kafir akan melihat hanya satu kategori sahaja. Dan mereka akan melihat keindahan agama Islam itu sendiri dan dengan mudahnya, mereka akan tertarik untuk mendalami agama Islam. Mereka dengan sendirinya akan bertanya kepada kita, apakah itu Islam, siapakah itu Muhammad dan lain-lain lagi.

Maka, apa yang penting sekarang ialah untuk kita menilai diri kita sendiri dalam kategori manakah kita sekarang berada? Muslim biasa? Muslim 'committed'? Muslim dakwah? Ataupun muslim ekstrim. Dan selepas itu, kita harus mengorak langkah untuk maju ke hadapan dan membantu sesiapa sahaja yang di belakang kita untuk bersama-sama maju ke hadapan setapak demi setapak.

Kesimpulannya, kita mempunyai dua tugas penting iaitu;

  1. Berusaha untuk memajukan diri sendiri ke hadapan
  2. Berusaha untuk membantu sesiapa sahaja juga ke hadapan.
Perlu diingat, tugas-tugas ini perlu dilakukan seiringan tanpa mengenal erti penat lelah. Perjuangan ini memerlukan kita semua berkorban bukan sahaja wang dan tenaga, malah air mata dan darah.

'Berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis'


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


16/07/2009

Jangan

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Jangan,

Jangan sesekali kita mengutuk orang.

Jangan,
Jangan sesekali kita fikir kita saja yang betul.

Jangan,
Jangan sesekali kita fikir cara kita yang paling betul.

Jangan,
Jangan sesekali kita 'condemn' orang lain.

Jangan,
Jangan sesekali kita bermusuhan.

Jangan,
Jangan sesekali kita leraikan ukhuwah.

Jangan,
Jangan sesekali kita berbalah.

Jangan,
Jangan sesekali kita fikir kita yang buat semua tu.

Ingat,
Seorang dai'e perlu elakkan benda-benda ni

"Tautkan ukhuwah, kencangkan dakwah"



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

15/07/2009

Carilah keredhaan Allah, bukannya manusia

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Pernah tak kita menghadapi masalah dalam memikirkan bagaimana caranya untuk kita membuat keputusan agar keputusan itu memuaskan hati semua pihak?

Teringat suatu ketika di KYUEM apabila saudara Famy berkata kepada saya,

"Carilah keredhaan Allah dengan murkanya manusia, tetapi janganlah cari keredhaan manusia dengan murka Allah"

Kalau tak silap saya, ini ialah hadith. Tapi saya pun dah tak ingat. Mungkin sesiapa boleh tolong pastikan.

Ya, begitulah hakikatnya. Dalam tidak sedar, kita selalu mengutamakan keredhaan manusia berbanding keredhaan Allah. Kenapa agaknya ya? Adakah kerana kita inginkan kemashyuran di dunia? Adakah kerana kita ingin disenangi ramai? Adakah kerana kita inginkan pangkat? Harta? Hmm. Tepuk dada, tanyalah iman.

Ingat. Kita hidup di dunia ini secara puratanya selama 60 tahun saja. Nanti, hidup di akhirat, selama-lamanya. Takkan nak kecapi kesenangan di dunia selama 60 tahun, tapi merana di akhirat selama-lamanya? Biarlah kita dihina, dikeji oleh manusia di dunia ini daripada kita dihina, dikeji dan diAZAB di akhirat kelak.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

14/07/2009

Sahabat

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Sahabat,
Maafkan aku andai aku tidak seperti dulu,
Tidak terlintas di hatiku untuk menyakitimu,
Apatah lagi berkeras denganmu

Namun apalah dayaku,
Aku tidak mampu,
Aku tidak mahu,
Melihat dirimu sebegitu

Ya aku tahu,
Suatu ketika dulu,
Aku bersamamu,
Dibuai dan dihanyut oleh nafsu

Tapi aku mahu kau tahu,
Yang selama ini kita benak dan dungu,
Mengikut telunjuk hawa nafsu,
Yang bermaharajalela di hati kau dan aku.

Sahabat,
Aku tidak mahu berseorangan,
Aku mahu teman,
Aku mahu kita seiringan,
Menikmati keindahan islam dan iman,

Sahabat,
Kita masih belum terlambat,
Aku mahu kita bertaubat,
Aku mahu kita thabat

Sahabat,
Aku menyayangimu,
Aku mencintaimu,
Aku mahu bersamamu,
Mengecap nikmat syurgaNya di akhirat kelak.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".






13/07/2009

Muhasabah Cinta

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim




Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

12/07/2009

Cinta?

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Hari tu, saya menonton rancangan di sebuah stesen television terkemuka di Malaysia yang membincangkan mengenai bercinta semasa belajar. Membariskan seorang artis Malaysia dan 2 orang remaja Malaysia. Jadi, saya pun mengambil peluang untuk mendengar pendapat-pendapat mereka.

Dengar punya dengar, saya "tertarik" dengan pendapat seorang remaja itu yang mengatakan;

"Yelah, kite boleh jadikan boyfriend kite tu tempat rujukan kite. Kalau kite takde semangat ke, kite boleh mintak pendapat die kan. Kalau kite susah ke, boleh mintak tolong dari die. Bla,bla,bla.."

Analogi Tiang Lampu

Kalau kita tanya kepada tiang lampu, mengapa dia diciptakan di situ, bagaimana, apa fungsinya, semestinya dia tidak boleh menjawab soalan itu. Soalan yang sangat sukar untuk dijawab oleh dirinya sendiri. Tapi kita boleh bertanya kepada si pencipta tiang elektrik tersebut.

Dengan mudahnya beliau boleh menjawab;

"Saya ciptakan lampu tu kat sini sebab orang ramai lalu lalang kat sini. So nak terangi jalan ni lah. Lagipun saya ciptakan lampu ni dengan kualiti yang tinggi. Memang tahan lama dan akan membantu orang lalu lalang".

Jadi, begitu juga dengan kita. Tujuan kita diciptakan adalah semata-mata untuk beribadat kepada Allah swt seperti firman Allah swt dalam Surah Az-Zariyat,

"Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu"

Allah swt sebagai tempat rujukan


Jadi, berbalik semula kepada pendapat remaja tersebut. Mengapa kita nak jadikan boyfriend kita tu sebagai tempat rujukan? Sebagai pemberi semangat, sebagai penolong di kala kita kesusahan dan sebagainya. Boyfriend kita kah yang menciptakan kita? Boyfriend kita kah yang tahu mengenai kelemahan-kelemahan kita?

Mengapa kita tidak jadikan Allah swt sebagai rujukan kita? Sebagai tempat kita mengadu pertolongan? Sebagai tempat untuk membina semangat kita? Bukankah Allah swt lah yang menciptakan kita? Bukankah Allah swt mengerti kelemahan-kelemahan kita? Bukankah Allah swt yang menguasai segala-galanya? Bukankah Dia yang maha arif tentang kita?

Ini semua kerana
idea kebebasan dari hidup bertuhan yang telah tersemai dalam benak fikiran kita. Mahu hidup berlandaskan hawa nafsu. Mahu membuat pilihan sendiri. Mahu ikut telunjuk syaitan. Mahu menjadi matang konon-kononnya.

Tanggungjawab

"Diorang ni bercinta sebab takde tanggungjawab. Sebab tu la ramai yang berkapel. Sebab senang. Tak susah-susah macam orang kahwin", kata Azri YB suatu ketika dahulu kepada saya.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau. Disebabkan keseronokan bercinta, kepuasan bercinta, ramai remaja mabuk dibuai nikmat cinta. Dunia ini bagaikan mereka yang punya. Walaupun badan si boyfriendnye masam, tetap dikatakan "Eh, I suke la. Macho". Walaupun mulut si girlfriendnyenye busuk, namun tetap dipuji, "Eh, takdela. Wangi je macam Ambi Pur". Begitulah hakikat orang yang mabuk cinta.


Jika engkau mencintai bunga, sedarlah engkau bunga itu akan layu,
Jika engkau cintakan manusia, sedarlah suatu hari dia akan pergi,
Jika engkau mencintai harta, harta itu nanti kau akan tinggalkan,
Jika engkau cintakan Ilahi, Hanya Dia yang akan kekal abadi,
Cintailah Ilahi.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".



10/07/2009

Civilisation dies by suicide, not by murder

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt kerana dengan izinnya, dengan kuasanya kita masih lagi bernyawa di dunia ini. Kita masih mampu bernafas, mampu memandu, mampu makan, dan yang paling penting sekali, kita masih diberikan nikmat Islam dan Iman.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan takziah kepada saudari Nurhakimah (Kim) atas pemergian ayahanda tercinta beliau. Semoga ujian ini menjadikan beliau semakin kuat. Dan sama-samalah kita berdoa agar allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Saya juga ingin memohon maaf kerana ketidaksempatan untuk mengupdate blog. Banyak program yang perlu dihadiri dan banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Semoga cuti kita kali ini bermanfaat. InsyaAllah.

"Civilisation dies by suicide, not by murder".

Kalau ikut takrifan saya yang mendapat result IELTS speaking 5.5 ni, ia bermaksud " Tamadun mati disebabkan membunuh diri sendiri, bukan sebab dibunuh".

Pertama kali mendengar ayat di atas, saya bermonolog dalaman sendirian.

"Amende ni? Tak paham pape pun".

Selepas diamati lama-lama, barulah saya mendapat point yang hendak diberitahu oleh penceramah. Kalau ikut kefahaman saya, penceramah nak memberitahu bahawa tamadun ini akan runtuh disebabkan oleh orang-orang dalam tamadun itu sendiri, bukan sebab diruntuhkan oleh orang-orang lain.

Banyak contoh yang kita boleh ambil. Kejatuhan Tamadun Rom, Parsi, Turki Uthmaniyyah dan sebagainya. Semua jatuh disebabkan kesilapan dan kesalahan rakyat dalam sesuatu tamadun tersebut. Bukannya disebabkan oleh orang lain.

Jadi, kita yang sekarang berada di dalam zaman jahiliyyah ini harus mempersiapkan diri untuk membina aqidah Islamiyah yang kukuh, menjadi individu muslim yang sejati, membentuk baitul muslim, membina masyarakat islam, membina kerajaan islam, membentuk daulah islamiyah, membentuk empayar islam dan seterusnya menjadi ustaziyatul alam kepada dunia ini.

Ya. Ia bukannya semudah ABC dan mengambil masa yang singkat. Ia memakan masa yang panjang dan perit. Ia memerlukan pengorbanan dari kita semua. Memerlukan pengorbanan air mata dan darah.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

05/07/2009

Jom manfaatkan cuti

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Saya selamat tiba di Malaysia 2 Julai yang lalu. Dan kini telah berada di rumah selama 2 hari. Syukur ke hadrat Allah swt kerana saya tidak mengalami sebarang masalah dalam perjalanan pulang tempoh hari. Badan pun masih sihat. Takziah kepada rakan-rakan yang mengalami demam-demam, cirit-birit dan muntah-muntah.

Sungguh banyak perkara yang perlu dibereskan sebelum dapat bertindak apa-apa.
Lesen, kad bank, telefon dan sebagainya. Semuanya perlu diperbaharui. Semoga Allah swt melancarkan segala-galanya.

Sejak sampai di rumah ini, semakin malas rasanya badan ni. Hanya mulut saja yang rajin mengunyah. Petai cicah budu, durian, kepok lekor, ikan singgang dan ikan kukus masak asam. Nafsu makan semakin menjadi-jadi. Hidup pun masih kurang produktif.

InsyaAllah cuti summer kali ini akan diisi sebaik mungkin. Bagi rakan-rakan, jom kita isi cuti summer kita dengan perkara-perkara yang berfaedah. Jangan ingat nak makan dan tidur je ye.

Jom sama-sama manfaatkan cuti summer!!



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".