17/06/2009

Apa itu TARBIYAH?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya kerana saya masih lagi diberi kekuatan dan keizinan untuk menulis post yang seterusnya. Semoga kita semua berada dalam kemanisan iman hendaknya. InsyaAllah.

TARBIYAH. Perkataan yang saya dengar buat pertama kalinya semasa berada di UK. Entah kenapa saya tidak pernah mendengar perkataan ini semasa berada di Malaysia. Kalau nak dikira, berada di Malaysia hampir 20 tahun, tetapi berada di UK baru nak mencecah setahun. Aish, sungguh hairan. Islam di Malaysia tak hebat ke berbanding UK? Fikir-fikirlah sendiri.


"Apa maksud TARBIYAH?," tanya kita.

“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.

(Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin)


Mungkin kita semua sukar untuk memahami mengikut definisi di atas. Begitu juga dengan saya. Biasalah, orang baru nak berjinak-jinak mestilah payah nak faham dengan sekali baca kan? Ok, kita baca pula definisi tarbiyah yang lain.


"Apa maksud TARBIYAH?", tanya kita lagi terpinga-pinga.

Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shalih, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan.


Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobbi.


Haa. Semakin jelas di situ nampaknya. Namun, kadang-kadang kita masih keliru. Amende la TARBIYAH ni kan.


"Apa maksud TARBIYAH?", terpinga-pinga kita bertanya lagi.
Makna tarbiyah adalah sebagai berikut:

1. Proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berkelanjutan, dengan tujuan akhir si anak didik tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.

2. Kegiatan yg disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan menyenangkan (tidak membosankan).

3. Menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat ALLAH SWT.

4. Proses yg dilakukan dengan pengaturan yg bijak dan dilaksanakan secara bertahap dari yg mudah kepada yg sulit.

5. Mendidik anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan metode yg mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

6. Kegiatan yg mencakup pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan, penyempurnaan, dan perasaan memiliki terhadap anak.


Wah, sudah jelas agaknya makna TARBIYAH dalam otak kita. Tetapi, kadang-kadang susah untuk lekat di otak kita melainkan dengan diberikan satu analogi. Ya, analogi. Apa agaknya anologi yang sesuai untuk menerangkan maksud TARBIYAH?


"Apa analogi yang menerangkan maksud TARBIYAH?," tanya kita lagi dengan penuh semangat.


ANALOGI PROSES MEMBUAT BATU

Andai kata kita ingin membuat batu yang kuat untuk membina rumah atau bangunan yang kukuh. Ia perlulah melalui beberapa proses.

Antaranya;


1. Sebatian yang diperlukan mestilah menepati nisbahnya.


2. Sebatian itu akan dipanaskan dalam kebuk pembakaran di bawah suhu yang amat tinggi.


3. Tekanan yang dikenakan ke atas kebuk pembakaran juga agak tinggi.


Hasilnya ialah;

1. Batu yang dibuat dengan betul kadar nisbahnya, tahan suhu tingginya dan tahan tekanan tingginya akan menghasilkan batu yang kuat seperti yang diingini.


2. Batu yang dibuat dengan salah kadar nisbahnya, tidak tahan suhu tingginya dan tidak tahan tekanan tingginya akan hancur gagal menjadi batu yang seperti diingini.


Analisis Analogi.


Analogi ini amat mudah untuk dipahami oleh kita semua. Batu yang kuat adalah contoh kepada diri kita. Suhu dan tekanan yang tinggi adalah cabaran untuk kita hadapi dalam menjadi INDIVIDU MUSLIM yang sebenar-benarnya.


Jadi, maksud TARBIYAH adalah proses dalam pembentukan diri kita semua. Tidak semua dari kita akan berjaya melalui proses-proses yang perlu dihadapi. Adanya tertinggal, ada yang terlucut dan ada yang mengalah. Namun, ada juga yang sanggup dan bersabar dalam menghadapi proses-proses itu.

Jadi, harapannya kita semua jelas dengan maksud TARBIYAH ini dahulu sebelum kita pergi dengan lebih lanjut.




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


9 comments:

acik said...

acik pernah je dgr word 'tarbiyah' kat malaysia. dont underestimate malaysia okeyyy :P

abah said...

aa aa abah rasa pun macam pernah dengar lama doh kat Kallang Arang akan kalimah tarbiyyah. Macam tarbiyyah ruhiyyah, tarbiyyah badaniah, tarbiyyah jasmaniah dll..
Next study cicle abah bertajuk tarbiyyah ruhiyyah...kepentingannya mengharungi kehidupan..

afiqkamaruddin said...

aslam, mcm mane kalau aku kate "tarbiyah tu soft touch?", cara "menyentuh hati.." =)

Anonymous said...

History PDF Print E-mail
Written by MISG-ABIM
Saturday, 22 December 2007



Sejarah Penubuhan

MISG-ABIM UK & EIRE adalah sebuah pertubuhan pelajar-pelajar Islam bagi menyampaikan ajaran Islam sebagai satu cara hidup (ad-din) yang menyeluruh. Sebagai sebuah gerakan pelajar Islam, MISG-ABIM juga bertujuan memenuhi keperluan pembinaan sahsiah dan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire melalui pendekatan moderate dan sederhana (wasathiyah).

Pada asalnya, MISG atau Kumpulan Pengkajian Islam Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai platform bagi pelajar-pelajar Islam yang berada di UK dan Eire untuk mengkaji dan mendalami Islam. Sementara ABIM atau Angkatan Belia Islam Malaysia yang diasaskan pada tahun 1971 sebagai sebuah gerakan belia Islam, berjuang untuk menyedarkan masyarakat tentang Islam sebagai suatu cara hidup. Sejak dari awal, MISG dan ABIM telah berhubung rapat dan sering serta membangkitkan kesedaran Islam dikalangan pelajar-pelajar di UK dan Eire. Akhirnya pada bulan Disember 1992, bersempena dengan Perhimpunan Musim Sejuk yang diadakan di Glasgow, MISG dan ABIM telah bergabung menjadi satu organisasi dan juga sebagai cawangan ABIM dibumi UK dan Eire ini.

Sehingga kini, MISG-ABIM UK & Eire berfungsi sebagai sebuah pertubuhan pelajar berorientasikan gerakan Islam yang dinamik bagi pelajar-pelajar dari segenap peringkat pengajian seperti diperingkat pra-universiti, ijazah pertama dan ijazah lanjutan dengan harapan potensi dan tenaga mereka akan dapat dimaksimakan demi meningkatkan lagi prestasi kegiatan dakwah serta 'amal Islami.

MISG-ABIM juga merupakan salah sebuah persatuan pelajar Malaysia didaftarkan dengan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD). Diperingkat antarabangsa, MISG-ABIM mempunyai hubungan langsung dengan beberapa organisasi, antaranya ialah World Assembly of Muslim Youth (WAMY), International Islamic Federation of Students' Organisation (IIFSO) dan International Institute of Islamic Thought (IIIT).

Objektif penubuhan MISG United Kingdom & Eire

1. Sebagai sebuah badan yang berpegang kepada platform yang melaksanakan pendekatan 'wasatiah' (kesederhanaan) MISG-ABIM memainkan peranan yang penting disamping berganding tenaga bersama gerakan-gerakan dakwah yang lain dalam arena menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiyah sesuai dengan ajaran asasi Al Quran Al Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w

2. Menjalankan kegiatan dakwah Islamiyah secara progresif kepada seluruh lapisan masyarakat.

3. Menggembleng tenaga belia Islam seluruhnya untuk sama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf kehidupan di dalam semua lapangan termasuk sosial, ekonomi, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan teknologi.

4. Bekerjasama dan mempereratkan perhubungan dengan mana-mana badan yang mempunyai tujuan yang sejajar dengan ABIM tanpa mengira kaum bagi mewujudkan rasa persahabatan dan harmoni diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

5. Mewakili belia-belia Islam dipersidangan-persidangan di dalam dan luar negeri.

6. Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak bercanggah dengan ajaran asasi Al-Quran dan As Sunnah.

angah, cuba teliti juga satu lagi wadah perjuangan yang telah berjaya mentarbiyyah ibu dan abah selama hampir 30 tahun ini.Tidak nsalah untuk cuba mengenalinya.

Anonymous said...

misg bukan us ke
apsal us pulak

Muhammad Hussaini Khairudin said...

MISG : Malaysian Islamic Study Group

Di US ada, wadah untuk semua pelajar Malaysia.

Di UK ada, wadah untuk semua pelajar Malaysia. Cuma di UK, MISG adalah sayap kepada ABIM di Malaysia.

Sekadar Perkongsian. Jika salah, mohon diperbetulkan.

Jzkk.

Izyan Rabzi said...

terima kasih atas info ini.jzk.

Anonymous said...

malaysia memang ada "tarbiah" tp x berapa nk jalan berbanding dengan kt luar. kt luar dr malaysia,tarbiah mereka benar2 memperjuangkan apa yg Islam gariskan...mungkin kerana sikap kebanyakkan masyarakat Malaysia yg menyebabkan "tarbiah" di Malaysia x berapa nk jalan...sekadar pendapat

Nurul Afifah said...

alhamdulillah lebih paham..t/kasih!