25/06/2009

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah,
Syukur ke hadrat ilahi,
Kerana dengan limpah dan kurniaNya,
Kita masih dikurniakan nikmat ISLAM dan IMAN.

Tidak update blog,
Selama seminggu sudah,
Kemana diriku menghilang,
Ke SUMMER CAMP 2009 hendaknya.

Bertempat di Peak District,
Selama 5 hari berlangsung,
Seramai 80 peserta,
Berkumpul untuk meneruskan proses tarbiyah.

Dari pelusuk UK kami berkumpul,
Dari selatan ke utara,
Dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia,
Atas ikatan aqidah semata-mata.

Abg Zaid sebagai mas'ul,
Dibantu pula oleh Kem Komandan Jauhari,
Meneladani sirah maghazi menjadi tema,
Untuk kami hayati perjuangan Nabi dan sahabat.

Sejuk menjadi cabaran,
Agas-agas menjadi 'rakan baik',
'Deraan' dari Kem Komandan menjadi igauan,
Semuanya di tempuh sebagai proses tarbiyah.

Alhamdulillah,
Semoga ukhuwah yang terjalin hanyalah kerana Allah,
Semoga kita dapat mengambil pengajaran,
Dalam meneladani sirah maghazi.

Takbir!! Allahuakbar!!


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

1 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah,tahniah kerana berjaye mengharungi serangan agas2, trekking 12 jam, abseiling, kesejukan air sungai n renungan tajam dr lembu2..hehhe...salam ziarah