30/06/2009

Mari pulang

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Masa yang dinanti-nantikan hampir muncul. 1 Julai semakin hampir di dalam kalendar hidup saya. Kenapa ia begitu bermakna? Hari lahir sayakah? Hari perkahwinan sayakah? Hari graduasi sayakah? Semuanya salah. Jawapannya hanya satu.

Tarikh penerbangan saya balik ke Malaysia!

Sedar tak sedar, hampir setahun saya berada di bumi asing UK ini. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke Kampung Pengkalan Arang. Berjumpa ibu bapa, adik beradik, saudara mara, ayam, itik, kambing, lembu dan sebagainya.

InsyaAllah jadual penerbangan saya seperti berikut;

London-Kuala Lumpur

Tarikh bertolak : 1 Julai 2009
Masa bertolak : 2200
Flight : MAS
Tempat : Heathrow Airport

Tarikh ketibaan : 2 Julai 2009
Masa ketibaan : 1725
Tempat : KLIA

Kuala Lumpur-Kuala Terengganu

Tarikh bertolak : 3 Julai 2009
Masa bertolak : 2000
Tempat : Subang Airport
Flight : Firefly

Tarikh ketibaan : 3 Julai 2009
Masa ketibaan : 2100
Tempat : Sultan Mahmud Airport

Doakan perjalanan saya semoga selamat dan lancar. InsyaAllah. Cuak juga rasanya balik sorang-sorang ni. Hehe. Dan saya dijangka pulang ke UK semula pada 28 September 2009. InsyaAllah. Semoga kita semua berjumpa lagi di masa akan datang. Sekian.



"Islah Nafsak,Wad'u Ghairak".




29/06/2009

Andai kata kita nampak pahala

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Andai kata kita nampak pahala,
Pasti kita berlumba-lumba untuk mengumpulnya.

Andai kata kita nampak pahala,
Pasti hidup kita hanyalah kerana Allah swt semata-mata.

Andai kata kita nampak pahala,
Pasti kita tidak pandang akan kemewahan dunia.

Andai kata kita nampak pahala,
Pasti kita tidak pandang akan harta, pangkat dan wanita.

Andai kata kita nampak pahala,
Pasti kita akan selalu menjaga akhlak perbuatan kita.

Andai kata kita nampak pahala,
Pasti masa kehidupan kita tidak disia-siakan begitu sahaja.

Andai kata kita nampak pahala,
Pasti kita sanggup berjalan kaki ke masjid berkilometer jauhnya.

Andai kata kita nampak pahala,
Pasti kita tidak akan kedekut untuk menginfakkan harta.

Andai kata kita nampak pahala,
Pasti kita tidak bermain games, tengok movie dan sebagainya.

Andai kata kita nampak pahala,
Pasti dakwah menjadi 'isteri' pertama kita.

Andai kata kita nampak pahala,
Pasti kita mengawal nafsu yang bermaharajalela.

Andai kata kita nampak pahala,
Pasti..........

Tetapi,
Kita tidak yakin akan janji Allah swt nanti.

Takkan kita baru nak sedar semasa nak mati?
Na'uzubillah min zalik


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

28/06/2009

Yang mana satu pilihanmu?

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Choices...Pilihan...
Tak ke kiri pasti ke kanan,
Tak maju ke depan pasti mundur,
Ke belakang atau mungkin statik di satu tempat,
Di titik asal,
Tanpa perubahan apa-apa.

Dalam sedar tak sedar,
Hidup ini penuh dengan pilihan yang kita kena buat,
Sama ada nak bangun awal ataupun nak bangun lambat,
Sama ada nak ke kelas ataupun sambung tidur,
Sama ada nak masak sendiri ataupun nak makan di luar,
Sama ada nak tengok Youtube, movie ataupun nak buat assignment,
Sama ada nak baca komik, majalah ataupun nak baca Al-Quran,
Sama ada nak lengah-lengahkan solat ataupun solat awal waktu,
Lebih buruk lagi kalau terus leka dengan kerja yang dibuat,
Sampai tak sedar waktu solat dah habis,
Na'uzubillah min zalik

Semuanya bergantung pada hati yang memilih dan akal yang memutus,
Tak kira apa pun pilihan yang ada,
Kita memilih mengikut rasa hati,
Akal yang ada akan buat justifikasi dan beri macam-macam alasan,
Supaya pilihan yang kita buat tu nampak baik dan sedap dipandang,

Tak percaya?

Pernah tak suatu ketika kita kena pilih,
Sama ada nak beli keropok lekor seringgit,
Ataupun nak sedekah seringgit pada pakcik tua,
Yang menghulur tangan meminta simpati di pasar malam?

Hati : Hurm, dah lama tak makan keropok lekor..lepas ni ntah bila pulak nak makan.

Akal : Takpelah, lain kali boleh sedekah. Minggu lepas baru je bagi derma untuk bina madrasah baru kampung mana ntah.

Atau lebih buruk lagi kalau...

Hati : Eleh pakcik ni, daripada hidup minta sedekah, kan banyak lagi kerja yang boleh buat untuk cari duit?

Akal : Daripada aku tolong dia dan biarkan dia terus minta sedekah, baik biar camtu je. At least dia boleh cari kerja lain lepas-lepas ni.

Sedangkan di tangan, sudah ada char kuey teow, nasi kerabu dan air soya. Na'uzubillah min zalik.

Ataupun contoh yang lebih dekat. Pernah tak kita kena pilih sama ada nak sambung tidur atau nak bangun dan terus bersihkan diri, berwudhuk untuk tunaikan solat fardhu subuh, bila jam loceng berbunyi pukul 6.00 pagi?

Hati : Ngantuknya..susahnya nak buka mata.

Akal : Alaa..sambung tidur kejap je lagi..semalam tidur pukul 3 siapkan assignment. Tak cukup tidur lagi ni. Nanti ngantuk pulak dalam kelas. Subuh habis lambat lagi.

Padahal kita tahu, sebelum-sebelum ni, kalau kita sambung tidur, mesti nanti terbangun 5-10 minit lagi sebelum terbit fajar. Atau lebih buruk lagi bila waktu dah habis. Na'uzubillah min zalik.

Jadi...
Apa yang nak dipilih?
Apa yang nak dibuat supaya kita buat pilihan yang betul?
Lupakah kita dengan wahyu pertama yang diturunkan?
Iqra'!
Bacalah!
Tuntutlah ilmu!
Kenalilah Allah dan batasan-batasanNya,
Lembutkanlah hatimu untuk pergi mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah,
Walaupun susah,
Walaupun perit,
Walaupun malas,
InsyaAllah satu hari nanti,
Biiznillah..Allah akan buka jua hatimu untuk menerima hidayahNya,
Bukankah hati itu raja?
Dan anggota lain adalah rakyat yang setia?

Tapi ingatlah,
Syaitan sentiasa mencari peluang,
Untuk menarik kita kepada pilihan,
Yang salah dan menjauhi Allah.

So..what are you going to do now?


Sumber : Spring Camp 2007

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

27/06/2009

Kisah Talut dan Jalut

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Kita masih lagi diberi 2 nikmat yang terbesar dalam hidup kita semua iaitu nikmat Islam dan Iman. Nikmat yang amat berharga. Nikmat yang menentukan hidup kita di akhirat yang kekal abadi kelak.


Saya pasti ramai mengetahui Kisah Talut dan Jalut. Kisah yang diceritakan dalam Al-Quran iaitu dalam Surah Al-Baqarah ayat 246-251. Kisah ini juga diceritakan semasa Summer Camp UK baru-baru ini.


Kisah ini berkisar selepas zaman Nabi Musa di mana orang Bani Israil telah meminta kepada nabi mereka untuk mengangkat seorang raja untuk mereka. Dalam surah ini, tidak dijelaskan siapakah nabi mereka itu.


"Angkatlah seorang raja untuk kami, niscaya kami berperang di jalan Allah", kata mereka.

"Jangan-jangan jika diwajibkan atasmu berperang, kamu tidak akan berperang juga"
, balas nabi mereka.


"Mengapa kami tidak akan berperang di jalan Allah, sedangkan kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dipisahkan dari anak-anak kami"
, jawab mereka.


Namun, ketika perang itu diwajibkan atas mereka, mereka berpaling, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Ternyatalah anggapan nabi mereka tersebut.
Kemudian, nabi mereka menyatakan bahawa Allah telah mengangkat Talut menjadi raja mereka.

Keputusan itu telah dibangkang sepenuhnya oleh mereka.


"Bagaimana Talut memperoleh kerajaan atas kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberi kekayaan yang banyak?"
, soal mereka.


"Allah telah memilihnya menjadi raja kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan fizikal. Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki dan Allah Mahaluas, MahaMengetahui"
, jawab nabi mereka.


Ketika Talut membawa bala tenteranya untuk menentang tentera Jalut, dia berkata,
"Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum airnya, dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali menciduk seciduk dengan tangan".

Namun, apakan daya. Nafsu mereka mengatasi segalanya. Ramai dari tentera Talut ingkar arahan tersebut. Gugurlah mereka dari menyertai tentera Talut. Hanya sebilangan kecil dari mereka yang menurut perintah ketua mereka itu.

Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan. Semasa Talut dan orang-orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka berkata,


"Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya".

Namun, bagi mereka yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah pula berkata,


"Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar".

Maka, semakin berkuranglah tentera Talut yang terus berjuang. Mereka berjaya melepasi ujian-ujian Allah. Mereka sangat kuat dan bersemangat. Mereka tidak seperti orang-orang yang luntur iman mereka, yang telah tertapis keluar sebelum sempat berhadapan dengan bala tentera Jalut.


Dan ketika mereka maju melawan Jalut dan tenteranya, mereka berdoa,

"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".

Maka dengan izin Allah, mereka berjaya menewaskan Jalut dan bala tenteranya. Walaupun dengan bilangan yang kecil, namun dengan iman yang kuat, semangat yang tidak pernah luntur dan yakinnya akan pertolongan Allah mereka berjaya memenangi peperangan itu.


Begitulah juga dengan kita. Segala ujian-ujian yang datang dalam hidup kita, adalah datang dari Allah untuk menguji kekuatan kita, untuk membentuk diri kita, untuk melatih kita dan untuk menjadikan kita individu muslim yang benar-benar mantap.


Seperti analogi monyet yang diceritakan oleh Ustaz Rahmat di dalam Filem Sang Murabbi,


"Jika angin bertiup kuat, mereka(monyet) akan berpaut dengan kuat pada dahan itu. Namun, jika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, mereka akan dibuai dan terlena. Akhirnya, jatuh ke tanah!"


Sama-samalah kita mengambil iktibar dari kisah ini. Di kesempatan ini juga, ingin saya mengucapkan takziah kepada saudari Wan Syazzawani atas pemergian ayahanda beliau. Semoga ujian ini menguatkan lagi peribadimu dalam menjadi Serikandi Islam.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

25/06/2009

Alhamdulillah

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah,
Syukur ke hadrat ilahi,
Kerana dengan limpah dan kurniaNya,
Kita masih dikurniakan nikmat ISLAM dan IMAN.

Tidak update blog,
Selama seminggu sudah,
Kemana diriku menghilang,
Ke SUMMER CAMP 2009 hendaknya.

Bertempat di Peak District,
Selama 5 hari berlangsung,
Seramai 80 peserta,
Berkumpul untuk meneruskan proses tarbiyah.

Dari pelusuk UK kami berkumpul,
Dari selatan ke utara,
Dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia,
Atas ikatan aqidah semata-mata.

Abg Zaid sebagai mas'ul,
Dibantu pula oleh Kem Komandan Jauhari,
Meneladani sirah maghazi menjadi tema,
Untuk kami hayati perjuangan Nabi dan sahabat.

Sejuk menjadi cabaran,
Agas-agas menjadi 'rakan baik',
'Deraan' dari Kem Komandan menjadi igauan,
Semuanya di tempuh sebagai proses tarbiyah.

Alhamdulillah,
Semoga ukhuwah yang terjalin hanyalah kerana Allah,
Semoga kita dapat mengambil pengajaran,
Dalam meneladani sirah maghazi.

Takbir!! Allahuakbar!!


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

19/06/2009

Apa itu PMS?

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


Sekian sahaja untuk promosi pertama.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

18/06/2009

Selamat Pengantin Baru

25 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Syukur ke atas Allah atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita semua. Semoga dengan nikmat-nikmat itu dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah. InsyaAllah. Dan jangan kita lupa, setiap nikmat itu datang bersama tanggungjawabnya.

Cuti musim panas sudah menjelma. Bagi kebanyakan pelajar-pelajar di UK ini, kesempatan ini diambil sepenuhnya dengan pulang ke tanah air untuk melepaskan rindu kepada keluarga, saudara mara, guru-guru, rakan-rakan dan juga makanan. Sudah tidak sabar rasanya untuk pulang ke Malaysia.

Namun, di sebalik perkara-perkara di atas, tidak terlupa juga akan perkara yang lain. Sesetengah dari mereka pulang untuk melangsungkan perkahwinan. Kahwin awal sudah tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar di luar negara secara keseluruhannya. Namun, tidaklah bermakna saya pun akan berkahwin pada cuti musim panas kali ini. Hehe. Belum tiba masanya lagi. Tahun depan mungkin? Tunggu dan lihat sajalah.

Saya pasti semua orang dari kita hendak berkahwin. Dan saya juga pasti semua orang dari kita inginkan pasangan yang baik. Kalau yang perempuan inginkan calon suami yang beriman, baik, soleh dan sebagainya. Bagi lelaki pula inginkan calon isteri yang solehah, sopan santun, lemah lembut dan juga sebagainya. Namun sedarkah kita, bahawa dalam Al-Quran ada menyebut mengenai pasangan suami isteri ini.

Tak percaya? Jom kita lihat terjemahan Surah An-Nur ayat 26

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji pula, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"

Haa. Jelas kan? Semua orang boleh faham dengan sekali baca sahaja. Allah sudah menggariskan dalam ayat di atas. Seperti yang saya katakan tadi, semua orang inginkan pasangan-pasangan yang baik.

Jadi, apa perlu buat?

Rasanya semua orang tahu kot. Nak dapat pasangan yang baik, kita pun mestilah baik.

Baik macam mana?

Dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Habis jadi baik semata-mata sebab nak kahwin?

Rujuk balik Hadith 1 dalam kitab Hadith 40

"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Jelas kan?

Jadi, terpulanglah kepada kita untuk ikut ataupun tidak. Yang menyesal nanti kita, bukan orang lain. Hidup kalau berpandukan Al-Quran dan Hadith sangat-sangatlah sempurna. Tinggal lagi kita je nak ikut ataupun tidak.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sesiapa sahaja yang akan melangsungkan perkahwinan semasa cuti musim panas ini. Semoga perkahwinan kamu semua diberkati dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Selamat mengemudi bahtera pelayaran rumahtangga!



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

17/06/2009

Apa itu TARBIYAH?

11 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Syukur ke hadratNya kerana saya masih lagi diberi kekuatan dan keizinan untuk menulis post yang seterusnya. Semoga kita semua berada dalam kemanisan iman hendaknya. InsyaAllah.

TARBIYAH. Perkataan yang saya dengar buat pertama kalinya semasa berada di UK. Entah kenapa saya tidak pernah mendengar perkataan ini semasa berada di Malaysia. Kalau nak dikira, berada di Malaysia hampir 20 tahun, tetapi berada di UK baru nak mencecah setahun. Aish, sungguh hairan. Islam di Malaysia tak hebat ke berbanding UK? Fikir-fikirlah sendiri.


"Apa maksud TARBIYAH?," tanya kita.

“Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”.

(Dalam buku Manhaj Tarbiyah ‘indal Ikhwanul Muslimin)


Mungkin kita semua sukar untuk memahami mengikut definisi di atas. Begitu juga dengan saya. Biasalah, orang baru nak berjinak-jinak mestilah payah nak faham dengan sekali baca kan? Ok, kita baca pula definisi tarbiyah yang lain.


"Apa maksud TARBIYAH?", tanya kita lagi terpinga-pinga.

Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shalih, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan.


Tarbiyah berasal dari bahasa Arab yang berarti pendidikan, sedangkan orang yang mendidik dinamakan Murobbi.


Haa. Semakin jelas di situ nampaknya. Namun, kadang-kadang kita masih keliru. Amende la TARBIYAH ni kan.


"Apa maksud TARBIYAH?", terpinga-pinga kita bertanya lagi.
Makna tarbiyah adalah sebagai berikut:

1. Proses pengembangan dan bimbingan, meliputi jasad, akal, dan jiwa, yang dilakukan secara berkelanjutan, dengan tujuan akhir si anak didik tumbuh dewasa dan hidup mandiri di tengah masyarakat.

2. Kegiatan yg disertai dengan penuh kasih sayang, kelembutan hati, perhatian, bijak, dan menyenangkan (tidak membosankan).

3. Menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat ALLAH SWT.

4. Proses yg dilakukan dengan pengaturan yg bijak dan dilaksanakan secara bertahap dari yg mudah kepada yg sulit.

5. Mendidik anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan metode yg mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

6. Kegiatan yg mencakup pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan, penyempurnaan, dan perasaan memiliki terhadap anak.


Wah, sudah jelas agaknya makna TARBIYAH dalam otak kita. Tetapi, kadang-kadang susah untuk lekat di otak kita melainkan dengan diberikan satu analogi. Ya, analogi. Apa agaknya anologi yang sesuai untuk menerangkan maksud TARBIYAH?


"Apa analogi yang menerangkan maksud TARBIYAH?," tanya kita lagi dengan penuh semangat.


ANALOGI PROSES MEMBUAT BATU

Andai kata kita ingin membuat batu yang kuat untuk membina rumah atau bangunan yang kukuh. Ia perlulah melalui beberapa proses.

Antaranya;


1. Sebatian yang diperlukan mestilah menepati nisbahnya.


2. Sebatian itu akan dipanaskan dalam kebuk pembakaran di bawah suhu yang amat tinggi.


3. Tekanan yang dikenakan ke atas kebuk pembakaran juga agak tinggi.


Hasilnya ialah;

1. Batu yang dibuat dengan betul kadar nisbahnya, tahan suhu tingginya dan tahan tekanan tingginya akan menghasilkan batu yang kuat seperti yang diingini.


2. Batu yang dibuat dengan salah kadar nisbahnya, tidak tahan suhu tingginya dan tidak tahan tekanan tingginya akan hancur gagal menjadi batu yang seperti diingini.


Analisis Analogi.


Analogi ini amat mudah untuk dipahami oleh kita semua. Batu yang kuat adalah contoh kepada diri kita. Suhu dan tekanan yang tinggi adalah cabaran untuk kita hadapi dalam menjadi INDIVIDU MUSLIM yang sebenar-benarnya.


Jadi, maksud TARBIYAH adalah proses dalam pembentukan diri kita semua. Tidak semua dari kita akan berjaya melalui proses-proses yang perlu dihadapi. Adanya tertinggal, ada yang terlucut dan ada yang mengalah. Namun, ada juga yang sanggup dan bersabar dalam menghadapi proses-proses itu.

Jadi, harapannya kita semua jelas dengan maksud TARBIYAH ini dahulu sebelum kita pergi dengan lebih lanjut.




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


14/06/2009

Idea Kebebasan Dari Hidup Bertuhan

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Manusia inginkan kebebasan,

Bebas dari ibu bapa,

Bebas dari guru,
Bebas dari warden,
Bebas dari ustaz,
Bebas dari segalanya,
Malah mahu bebas dari Allah!!

Tapi sedarkah kita,

Sehebat mana pun kita,
Setinggi mana pun darjat kita,
Kita tetap hamba kepada Allah swt.

Bebas,

Perkataan yang agak sinonim dengan manusia,

Mereka lalai,

Solat ditinggalkan,

Puasa tidak pernah cukup,
Zakat buat-buat lupa,
Haji jauh sekali,

Mengapa?

Kerana idea manusia yang ingin kebebasan dari hidup bertuhan!!


Pergaulan bebas laki dan perempuan,
Sumbang mahram,
Arak diteguk tanpa segan silu,
Maksiat merata-rata,
Berzina,
Dapat anak terus dibuang,

Tak ubah seperti zaman jahilliyyah dulu!!


Jadi apa penyelesaiannya?

Hantar skuad pencegah maksiat?
Hantar skuad pencegah minum arak?
Hantar skuad pencegah orang tinggal solat?
Hantar skuad pencegah orang ponteng puasa?
Hanta skuad pencegah orang tak bayar zakat?

Boleh,
Tapi hasilnya sekejap,

Orang yang nak buat maksiat lari ke tempat lain,
Orang yang nak minum arak minum di tempat lain,
Orang nak tinggal solat akan tinggalkan juga lepas tu,
Orang nak ponteng puasa ponteng jua keesokkan hari,
Mereka hanya lari sebentar,

Tapi di hati mereka masih ingin melakukannya!!


Kita nak selesaikan penyakit,
Kena cari penawar penyakit tersebut,

Bukan hanya selesaikan symptom-symptom penyakit itu,
Symptom-symptom tu bolehla hilang sekejap,
Tapi penyakit semakin melarat.


Apa faedahnya?
Makin teruk adala!


Manusia ada idea kebebasan,
Idea kebebasan dari hidup bertuhan,
Ingin hidup berlandaskan hawa nafsu mereka.

Manusia fikir mereka hebat,
Sebab itulah idea ini boleh lahir dalam hati mereka.

Manusia fikir mereka tinggi,

Sebab itulah idea ini boleh lahir dalam hati mereka.

Manusia fikir mereka berkuasa,
Sebab itulah idea ini boleh lahir dalam hati mereka.

Sedarlah wahai manusia,

Sehebat mana pun kita,
Kita tidak akan bebas,
Buanglah idea kebebasan dalam hati mu itu,

IDEA KEBEBASAN DARI HIDUP BERTUHAN!!



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

13/06/2009

Ibuku pun ada blog

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Agak lama rasanya saya tidak mengupdate sebarang post. Agak sibuk kebelakangan ini. Baru sahaja habis berjaulah di Ireland selama seminggu. Terima kasih warga Belfast, Dublin dan Galway kerana sudi melayan kami semua.

Setelah pulang dari Ireland, agak lama tidak menelefon keluarga di kampung. Lantas, saya mengambil hp burukku lalu mendail teletop dan seterusnya mendail nombor abah. Agak lama berbual dengan mereka semua. Rindu sungguh.



Namun, sebelum perbualan dihentikan, satu dialog yang agak mengejutkan saya berlaku.

"Angoh, ibu pong ada blog gok. Ingak angoh je ke ada blog," kata along kepada saya dalam loghat ganunye yang kurang pekat.

"Eleh, nawok la mung," balas saya.

"Dok caye sudoh. Mung tengok la url ye kat facebook ibu," katanya lagi.

"Owh. Ok," sambung saya sambil mengangguk kepala.

Lantas, saya membuka facebook untuk mencari url blog ibu saya. Dan terjumpalah blognya. Hehe. Sungguh seronok rasanya melihat ibu sendiri mempunyai blog. Blog beliau lebih mengenai kehidupan seorang ibu, isteri dan guru. Alhamdulillah sungguh menarik.

Kepada ibu, semoga thabat dalam berblogging. Teruskan niat murni ibu. Kami sentiasa menyokong ibu!!

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

ps : Kepada abah, along, alang, aiman, irfan, ifah, imran dan balqis, bila nak ada blog sendiri pulak?..=p

03/06/2009

Exam sudah habis?

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Exam sudah habis,
Bersyukurlah,
Alhamdulillah

Exam sudah habis,
Bertawakkallah kepada Allah,
Redha dan berserahlah

Tapi,

Exam sudah habis,
Solat jemaah di surau ditinggalkan,
Kita cari Allah semasa susah je ke?

Exam sudah habis,
Solat sunat terus tak buat,
Kita lupa Allah semasa senang, kan?

Exam sudah habis,
So, tak perlu lagi stay up,
Betul ke? Taknak stay up kerana Allah?

Exam sudah habis,
Boleh marathon tengok movie,
Boleh marathon main game,
Boleh marathon tidur,
Boleh marathon berchatting,
Boleh marathon facebooking,
Boleh marathon bermacam-macam lagi.

Betul ke?
Tepat ke?
Yakin je
Pernah dengar satu firman Allah swt tak?

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) (94:7)

Tak percaye?
Taknak ikut?
Jangan menyesal kat akhirat nanti!!




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".