18/05/2009

Jangan kita menyesal kelak!

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah kita semua masih diberi 2 nikmat yang terbesar iaitu iman dan islam. Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua tidak terhitung jumlahnya. Kalau dalam istilah Matematik, ''infiniti". Namun jangan kita lupa dengan setiap nikmat-nikmat tersebut ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Manusia memang suka bebas. Manusia tidak mahu dikongkong oleh ibu bapa, guru dan sesiapa sahaja. Manusia ingin hidup mengikut telunjuk mereka sendiri. Manusia sering merasakan merekalah tuan empunya segala nikmat yang dikurniakan. Manusia tidak mahu menurut perintah.

Itu fitrahnya.

Namun, suka saya mengambil analogi yang selalu disebut oleh saudara Anas. Katanya, semua nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita, hanyalah pinjaman semata-mata. Kita hanyalah ibarat penjaga kepada nikmat-nikmat tersebut. Kita harus menjaga sebaik-baiknya akan nikmat tersebut. Bila-bila masa sahaja, Allah boleh menarik balik nikmat-nikmat itu.

Kita hanya ''pakguard" je, katanya lagi.

Saudara Anas. Kini di Uni of Manchester

Tapi, mengapa kita suka menganggap kesemua nikmat itu adalah milik kita? Disebabkan perasaan bongkak itu, kita terasa berat untuk menginfakkan "harta kita" itu di jalan Allah. Kita sering terasa rugi jika menginfakkan harta tersebut. Seolah-olah tiada pulangan. Tiada keuntungan. Modal dah dikeluarkan, tapi untung tidak datang menjelma.

Kita memang tamak!

Kelak di akhirat, kita akan disoal mengenai nikmat-nikmat tersebut. Ingat, bukan kita yang akan menjawab soalan-soalan itu. Namun, kaki, tangan, mulut, mata dan sebagainya yang akan menjawab bagi pihak kita. Kita tidak mampu berbuat apa-apa.

Jawapan-jawapan itu akan membawa kita sama ada ke syurga yang dinanti ataupun neraka yang dibenci.

Jangan kita menyesal jikalau kita dihumban ke neraka jahanam. Naudzubillah.

"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara,"

"hampir meledak kerana marah. Setiap kali ada sekumpulan (orang-orang kafir) dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka, "Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)?"

"Mereka menjawab, "Benar, sungguh seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakannya dan kami katakan,"Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar".

"Dan mereka berkata, "Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala."

"Maka mereka mengakui dosanya. Tetapi jauhlah (dari rahmat Allah) bagi penghuni neraka yang menyala-nyala."

Semuanya telah jelas dikatakan oleh Allah dalam surah Al-Mulk ayat 7-11. Percaya atau tidak, terpulang. Jangan disebabkan hidup kita di dunia yang sementara ini, akan membawa kita kepada kehidupan di dalam neraka jahanam yang menyala-nyala itu.

Jangan kita menyesal kelak!




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

1 comments:

anaspauzi said...

salam aslam...


:-)


eh, ni macam gambar aku je....???
hehe, segan la camni..



waaah, btul2, innalillah(segalanya adalah dari Allah)


ok, selamat berstudy :-)