10/05/2009

Rumahku, Syurgaku

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini ialah hari ibu. Hampir-hampir saya terlupa. Maklumlah, saya ni memang jenis tak ingat tarikh. Ingat tarikh birthday diri sendiri sahaja. Nasib baik ada kawan mengingatkan hari ini hari ibu. Jadi, saya nak mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya. Iaitu Rosany @ Niky bt Abdullah yang lahir pada 1 Februari 1963 di Besut, Terengganu. Ramai orang ingat ibu saya orang Cina masuk Islam. Tapi tidak. Niky itu adalah panggilan sahaja. Namun, ibu saya memang keturunan Cina.

Ibu dan abah

Ibu kepada 9 orang anak ini memang seorang yang sangat tabah. Bayangkanla. 9 orang anak. Bukannya 1. 5 lelaki, 4 perempuan. Masing-masing dengan kerenah tersendiri. Kalau saya sendiri pun pening dan akan putus asa untuk mendidik. Tapi ibu saya rilek je. Kalau ada anak 15 pon, saya rasa tak menimbulkan sebarang masalah untuk beliau. Jadi saya pun ingin mempunyai tekad untuk mempunyai anak seramai mungkin. =)

Sebahagian dari keluarga saya. Along tiada dalam gambar.

Along

Ibu saya seorang guru di Sek Men Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Sekolah lama kepada Shahridwan(ayh peng), Izzu, Pidah dan Fatin. Di sekolah beliau dipanggil Cikgu Niky. Menurut mereka, ibu saya ini seorang guru yang sangat baik di sekolah. Tak pernah pun marah anak muridnya. Tapi di rumah, kami semua pernah je kena marah. Hehe. Nampak sangat anak-anaknya sangat nakal.

Jadi, sempena hari ibu ini, saya nak mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya. Bukanlah bermakna hari ibu sahaja kita perlu mengingati ibu kita. Tapi dah ada hari ibu ini, kita kenalah membuat sesuatu kan? InsyaAllah angah akan berusaha menjadi anak yang soleh. Semoga kita sekeluarga dirahmati Allah swt. Rumahku, syurgaku. =)


p/s: Saya memang tengah homesick..=(



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


6 comments:

hanamichi said...

salam,
wargh di musim exam ni..
smakin rancak menulis blog..
tahniah aslam..istiqamah yer..
hehe

Iqtidar said...

Salam,
Moga hasrat kau untuk mempunyai anak seramai mungkin dimakbulkan...

cikcekodok said...

homesick gak..
musim2 exam nih slalu cmgitu~

niesa.imana said...

salam wbt..

huhu.. ko ada 9 orang adik-beradik gak rupanyer.. insyaAllah, moga ko dapat anak double daripada tu.. 9 pasang kembar.. ameen.. +)

niky said...

tahniah anak ibu. Nampak gaya memang sah bakal mewarisi tugas/peranan ibu dan abah pada satu ketika dahulu.
Satu pesanan...seimbangkan masa asasi anda sebagai penuntut ilmu..

ibu abah

Aslam said...

InsyaAllah ibu abah..=)