06/05/2009

Manusia 'Luar Biasa'

Bismillahirahmanirrahim

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."

“Eh naim, ko rasa aku ni baik ke jahat?” tanya Abim.

“Eh, xla. Aku rasa ko ni ok je. Sembahyang cukup, pose penuh, baik pulak tu.” jawab Naim.

“Tapi aku rasa Mahdi tu lg baik la.” ujar Abim.

“Urm, Mahdi tu memangla baik tapi dia tu ekstrim sangatlah. Gi ikut usrahla, cakap2 pasal dakwah la.Aku rasa orang mcm kita ni dah kira okla. Kita x mencuri, x berzina , asalkan kita jadi org baik, sudeyh.” kata Naim.

“Aah, betul juga cakap ko ni Naim.” sambung Abim.

Begitulah perbualan dua orang sahabat baik yang jelas menunjukkan cara pemikiran masyarakat Islam sekarang. Mereka beranggapan bahwa dengan menjadi baik sahaja sudah memadai bagi hidup seorang muslim. Dan mereka yang menjalankan tugas untuk menyebarkan risalah agama dipandang ‘pelik’ dan mengatakan mereka adalah ekstremis.

Berdasarkan hadis di atas, saya teruja untuk mengingatkan diri saya dan sahabat sekalian agar jangan sesekali berasa takut untuk menjadi ‘extraordinary’ atau ‘luar biasa’ kerana pada akhir zaman kita akan dipandang asing oleh orang kebanyakan sepertimana ketika pada zaman Rasulullah S.A.W.

Jadi, tanggungjawab kita adalah untuk menyedarkan mereka di luar sana yang masih tidak tahu tentang tugas mereka sebagai khalifah di muka bumi. Biar kita fahamkan mereka maksud ‘luar biasa’ yang mereka ungkapkan. Biar mereka mengerti siapa itu muslim? Mereka tidak tahu mengenai ‘Syahadatul Haq’ dan kita wajib memberitahu mereka . Supaya di akhirat kelak, tiada alasan untuk mereka dengan mengatakan kita tidak menyampaikan khabar ini pada mereka.

Wahai pemuda-pemuda Islam, ayuh,bangkitlah dari lena yang panjang, marilah kita kibarkan panji Islam dan sebarkan risalah agama Allah ini sehingga ke teras bumi. Allahhu Akbar!!!!!!!!!!!!!Sekian..



Sumber dari http://www.mycen.org/.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

2 comments:

akmalbaik said...

salam

tulisan yg sangat bagus, maka aku 'terpaksa' curi dan letakkan dalam blog aku.

pohon keredhaan.
(aku dah letak dah pun. hehe)

wassalam

da_imanz said...

heheh..
aslam,ni entry dr blog epi kan..
slmt brjuang di dunia blogging ini