16/05/2009

Bersabarlah

Bismillahirrahmanirrahim

Kebanyakkan dari kita semua mungkin tengah sibuk untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan masing-masing. Kerana kita semua mahukan result yang bagus. Result yang bagus membolehkan kita peluang yang cerah dalam kerjaya pada masa akan datang. Seterusnya, rumah yang bagus, kereta yang bagus dan sebagainya yang bagus. InsyaAllah.

Namun, di kala kita sibuk menyiapkan diri, berjam-jam lamanya menghadap buku, menghadap lecture notes, past papers dan sebagainya kita seakan-akan terlupa sesuatu. Kita sibuk menjaga hubungan kita dengan study. Sibuk menjaga hubungan kita dengan buku, lecturer dan sebagainya. Tapi, kenapa kita tidak sibuk menjaga hubungan kita dengan Allah swt?

Lupakah kita bahawa seteruk-teruk mana pun kita usahakan, keputusan semuanya ditentukan oleh Allah? Lupakah kita bahawa Allah yang kurniakan semua itu? Kenapa pergantungan kita kepada Allah sangat lemah? Sepatutnya kita harus meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah. Tetapi kenapa sebaliknya?

Ingatlah wahai diri dan rakan-rakan. Dikala kita sibuk mengulangkaji, kita juga harus meningkatkan lagi amalan-amalan kita supaya hubungan kita dengan Allah bertambah baik. Saya yakin. Kita semua mesti mengalami tekanan, stress dan sebagainya ketika saat-saat kritikal ini.

Namun janganlah kita meleraikan segala masalah itu dengan perbuatan yang sia-sia. Tambahkan solat sunat, zikir, bacaan Al-Quran, sedekah dan sebagainya. Nescaya Allah akan membantu kita semua. Percayalah!

Kita juga harus bertawakkal dengan apa yang telah kita lakukan. Semuanya telah ditentukan. Allah tidak pandang kepada result kita. Namun, Allah pandang kepada usaha kita. Itu yang penting. Jadi, sama-samalah kita bersabar dalam menghadapi exam kita. Janganlah kita sibuk menyediakan rumah dan kereta di dunia ini sehinggakan terlupa untuk menyediakan 'rumah' dan 'kereta' di akhirat kelak.





"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


0 comments: