05/05/2009

Apa Sumbangan Kita?

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini usrah berjalan seperti biasa. Usrah dimulakan dengan menonton dua video yang sangat menarik. Video pertama mengenai hidayah Allah dan video kedua mengenai Imam Asy- Syahid Hassan Al-Banna. Memang bermanfaat untuk ditonton.

Selepas itu, saudara Najib membuka perbincangan tentang Imam Asy- Syahid Hassan Al-Banna. Satu fakta yang sangat menakjubkan ialah, beliau ialah pengasas jemaah Ikhwanul Muslimin. Ketika beliau menubuhkan jemaah tersebut adalah ketika berusia 22 tahun!

Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna


Persoalan timbul di kalangan ahli-ahli usrah mengenai sumbangan diri masing-masing. Apakah yang akan dilaksanakan untuk menolong agama Islam? Masing-masing diam membisu. Terasa diri ini sangat tidak membantu apa-apa untuk agama Islam.

Jadi, tanyalah diri kita sendiri. Imam Asy- Syahid Hassan Al-Banna telah berjaya menubuhkan jemaah Ikhwanul Muslimin ketika berusia 22 tahun. Kini saya sudah 20 tahun. Namun, apa yang saya telah lakukan untuk agama Islam? Tanyalah diri kita semua. Apa sumbangan kita untuk agama Islam.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

7 comments:

kid said...

Hilmi membina masjid! :D

Syahmi said...

jom sapot hilmi. aku nk tgk masjid die name ape. hehe. anyway aslam, smoga ko berjaya capai ape yg ko ckp dlm usrah tad. if anything, same2 kita leh tlg handle kan. hehe :D

Aslam said...

haha..mesti name die r tu..
aik, isi aku ngan ko same je..haha..
jom same2 kte handle..

abang P dari Manchester said...

aslam, ape mission ko yg ko cakap dalam usrah? share aa ngan aku, orang manchester nak gak bersemangat macam ko

limkitsiang said...

askum... sekadar berkongsi di blog orang

jgn risau...
ada je sumbangan kita pada Islam yg kita tak nampak...walaupun sumbangan tu kecik je...

sbg contoh, kau pegi masjid solat jemaah pun sumbangan pada Islam jugak... org kafir tengok ko pegi masjid...mana tahu terdetik hati dia nak terima islam...kita tak tahu

jadik istiqamah saja dalam beramal... DAN menulis blog...hehehe

p/s: tapi klau nak bagi sumbangan dengan output yang lebih besar, kena dakwah face to face r dengan orang kuffar

Anonymous said...

Apa yang kita fhm dngn sumbangan pada Islam???

Menjadikan Islam masyhur di serata dunia?

Bina infrastruktur untuk umat Islam?

Or cmne?

Kenapa perlu menyumbang?
Bagaimana mahu menyumbang?

bukanustazah said...

Aku cuba utk jawab, harap2 terjawab:

Apa yang kita fhm dngn sumbangan pada Islam??
-kemenangan teragung dalam islam apabila kita dapat bawa orang kafir masuk islam secara berbondong-bondong. Ini hanya berlaku selepas kita sendiri betulkan umat kita. Caranya? Dakwah... btul x aslam?

Menjadikan Islam masyhur di serata dunia?
-Masyhur itu sudah masyhur. Semua orang tahu Islam itu macamana.Tapi masyhur itu sekadar tahu. Orang kafir masih belum berupaya untuk masuk islam.

Bina infrastruktur untuk umat Islam?
-Itu sudah semestinya. Ini salah satu usaha dakwah sesama muslim. Lain2, banyak. Fikirlah sendiri. Aku bagi satu contoh. Lepas kita dah bina infrastruktur(masjid contohnya), kita ajak pulak orang memakmurkan dia.

Or cmne?
-camtu r...haha

Kenapa perlu menyumbang?
-kita hidup di zaman di mana dah takde nabi lagi yang diutus untuk menyambung kerja2 dakwah. Ini ialah tugas umat Islam.

Bagaimana mahu menyumbang?
-dah dijawab


wallahualam...tanya ustaz untuk jawapan lebih panjang dan intelek.