19/05/2009

Berusaha!

7 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Sedar tak sedar, peperiksaan saya akan menjelma tidak lama lagi. Campur hari ini, cukup lagi seminggu sebelum 'mereka' datang. Jadi, saya bercadang tidak akan mengupdate blog saya ini buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada persediaan exam. Ini jadual exam saya dan beberapa rakan yang lain.

Electric Systems
(26/May)

Fluid Mechanics
(27/May)

Mechanics
(1/June)

Mathematics
(2/June)

Computing and Modelling
(3/June)

Baru satu subjek sahaja yang sedang direvise. Masih ada 4 subjek lagi. Kepada semua, selamat menghadapi exam anda semua. Semoga dipermudahkanNya. All the best.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

18/05/2009

Jangan kita menyesal kelak!

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah kita semua masih diberi 2 nikmat yang terbesar iaitu iman dan islam. Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semua tidak terhitung jumlahnya. Kalau dalam istilah Matematik, ''infiniti". Namun jangan kita lupa dengan setiap nikmat-nikmat tersebut ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Manusia memang suka bebas. Manusia tidak mahu dikongkong oleh ibu bapa, guru dan sesiapa sahaja. Manusia ingin hidup mengikut telunjuk mereka sendiri. Manusia sering merasakan merekalah tuan empunya segala nikmat yang dikurniakan. Manusia tidak mahu menurut perintah.

Itu fitrahnya.

Namun, suka saya mengambil analogi yang selalu disebut oleh saudara Anas. Katanya, semua nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita, hanyalah pinjaman semata-mata. Kita hanyalah ibarat penjaga kepada nikmat-nikmat tersebut. Kita harus menjaga sebaik-baiknya akan nikmat tersebut. Bila-bila masa sahaja, Allah boleh menarik balik nikmat-nikmat itu.

Kita hanya ''pakguard" je, katanya lagi.

Saudara Anas. Kini di Uni of Manchester

Tapi, mengapa kita suka menganggap kesemua nikmat itu adalah milik kita? Disebabkan perasaan bongkak itu, kita terasa berat untuk menginfakkan "harta kita" itu di jalan Allah. Kita sering terasa rugi jika menginfakkan harta tersebut. Seolah-olah tiada pulangan. Tiada keuntungan. Modal dah dikeluarkan, tapi untung tidak datang menjelma.

Kita memang tamak!

Kelak di akhirat, kita akan disoal mengenai nikmat-nikmat tersebut. Ingat, bukan kita yang akan menjawab soalan-soalan itu. Namun, kaki, tangan, mulut, mata dan sebagainya yang akan menjawab bagi pihak kita. Kita tidak mampu berbuat apa-apa.

Jawapan-jawapan itu akan membawa kita sama ada ke syurga yang dinanti ataupun neraka yang dibenci.

Jangan kita menyesal jikalau kita dihumban ke neraka jahanam. Naudzubillah.

"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara,"

"hampir meledak kerana marah. Setiap kali ada sekumpulan (orang-orang kafir) dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka, "Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)?"

"Mereka menjawab, "Benar, sungguh seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakannya dan kami katakan,"Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar".

"Dan mereka berkata, "Sekiranya (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala."

"Maka mereka mengakui dosanya. Tetapi jauhlah (dari rahmat Allah) bagi penghuni neraka yang menyala-nyala."

Semuanya telah jelas dikatakan oleh Allah dalam surah Al-Mulk ayat 7-11. Percaya atau tidak, terpulang. Jangan disebabkan hidup kita di dunia yang sementara ini, akan membawa kita kepada kehidupan di dalam neraka jahanam yang menyala-nyala itu.

Jangan kita menyesal kelak!




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

17/05/2009

Mahukah aku peringatkan kau tentang suatu ganjaran?

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Mahukah aku peringatkan kau tentang suatu ganjaran wahai sahabat?

Sudah pasti engkau mahu.Semua manusia suka ganjaran.Itu adalah fitrah.

Tapi sebelum itu,biar aku ceritakan kepada kau tentang suatu kecelakaan.Jika engkau gentar dan kecut,tutuplah warkah ini.Kerana aku tidak ingin menggusarkan hatimu,kiranya engkau belum sanggup mendengarnya.

Setiap satu kelebihan yang ada pada diri kau,pasti kau dibebankan dengan suatu tanggungjawab.Ingatkah kau suatu masa dahulu engkau pelajar paling pintar dalam kelas?Lantas engkau dipilih menjadi ketua kelas.Engkau pelajar paling petah berbicara.Lantas rakan-rakan dan gurumu memaksamu berpidato dan berbahas.Engkau bijak berorganisasi.Lantas orang meminta mu menjadi kepala persatuan.Engkau lincah di padang.Lalu manusia meletakkan harapan kemenangan padamu.Engkau mendapati dirimu sibuk berbanding yang lain,semuanya kerana kelebihan-kelebihan mu itu.


Tapi sedarkah kau cahaya Islam yang berakar dalam kalbumu itu juga suatu kelebihan?Walaupun sekelumit cuma,ianya tetap suatu kelebihan!Engkau sepatutnya hairan,dan bingung,kerna engkau mempunyai suatu kelebihan,tetapi tiada punya tanggungjawab.Engkau tidak sibuk seperti manusia-manusia lain yang punya kelebihan.Malah,engkau begitu lapang menggoyangkan kakimu.Walhal bebanan ilmu di dadamu itu harus engkau curahkan pada insan-insan yang alpa,agar ianya tidak menjadi beban pabila engkau meniti titian sirot-al-mustaqim.


Hai sahabatku.Telitilah surah Al-A'raf ayat 163-165.Biar surah ini mengetuk dan menggegarkan hatimu.Biar tidur malam mu tidak nyenyak.Biar rehatmu sentiasa gusar.Aku lebih gembira kiranya engkau terasa demikian.

"Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik."

"Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".

"Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka)."


Engkau beritakan kepada aku sekarang berapa golongan yang engkau dapat lihat dalam surah ini.


Ada golongan fasik yang melanggar perintah Allah.Ada golongan berpengetahuan yang menasihati.Dan ada golongan yang tidak ambil peduli untuk menasihati golongan yang melakukan kemungkaran,padahal mereka berpengetahuan.


Sekarang kau lihat Ayat 165.Allah hanya menyebut tentang golongan yang menasihati yang diselamatkan.Dan Allah menyebut golongan fasik yang dibinasakan.Kalau kau ketemu akibat untuk golongan yang berpengetahuan tapi tidak menasihati,beritakanlah kepadaku,tentang apa yang Allah perbuat terhadap mereka.


Mereka tidak sama sekali disebut oleh Allah dalam kisah ini!Seolah-olah mereka disisihkan dan dilupakan oleh Allah.


Demikianlah Allah memberi pengajaran kepada manusia yang berfikir.Kau harus ingat,hidayah yang engkau peroleh itu,merupakan perutusan kasih Allah terhadapmu,suatu tanda bahawa Dia peduli tentangmu,dan mahukan kau selamat dunia akhirat.Tapi dia meletakkan syarat yang maha berat untuk kasihnya itu;kau harus menyampaikannya!Kau harus peduli tentang dunia kelilingmu!


Mahukah kau disisihkan Allah?Mahukah kau dilupakannya?Mahukah kau di akhirat kelak,engkau tidak langsung dipandangnya,sedangkan di dunia dulu engkau taat beribadah?Apakah yang lebih buruk daripada seorang hamba yang taat,yang disisihkan Allah?Padahal kepada Dialah tempat engkau kembali.


Memang sukar.Kau bimbang rakan-rakanmu meninggalkanmu,walhal kepada Allah lah tempat kau kembali.Kau bimbang kau dicerca,walhal cercaan Allah lebih dahsyat.Kau bimbang kau dipulau,walhal kau lupa kau takkan pernah keseorangan dengan adanya Allah.Kau terperangkap.Tiada jalan keluar lain melainkan engkau berjuang meredahnya.Tiada senang bagimu dengan adanya kelebihan Islam pada dirimu.Benarlah kata Rasul dunia ini seharusnya ibarat penjara bagi manusia beriman.

Kau dijerat oleh nikmat-nikmat itu.Tambahan pula,kau punya banyak potensi,maka lebih beratlah bebanmu untuk mengambil peduli.Engkau tak seharusnya mengeluh dengan bebanan-bebanan ini,kerana itu juga tanda kasih Allah terhadapmu.Dia memakbulkan doa mu 'ihdina as-sirat al-mustaqim,siratal lazi na an'am ta 'alaihim' sepanjang 17 hari sekali kau berdoa.Alangkah bertuahnya engkau kerana doa engkau dimakbulkan dan dipandang Allah?


Dunia ini memang memenatkan.Engkau berjuang sentiasa.Berjuang melawan kehendak diri,berjuang untuk menegakkan kalimah-Nya dalam diri manusia-manusia lain.Memang memenatkan.Namun kau mulia kerana perjuangan itu.Sunnatullah menjadikan kemuliaan itu hanya pada manusia yang berjuang.Kerana hidup ini ada perjuangan,atas sebab itulah juga derajat kita diangkat melebihi seluruh penghuni langit dan bumi!


Engkau terasa berat ya?


"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." At-Taubah:41


Demikianlah seruan Allah kepadamu.Sahutlah seruan ini hai orang pandai.


Engkau penat dengan perjuangan mu?

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)."

"Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -"

"Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,"

"Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita." Al-Insyiqaaq:6-9

Allah sendiri menyatakan dunia ini memenatkanmu.Maka jangan kau berasa lemah dalam setiap langkah kakimu,kerana Allah menjanjikan Jannah buatmu!


Sungguh,rehatmu hanyalah pabila engkau melangkahkan kaki ke syurga.Tiap peluh,tiap tohmahan yang engkau terima,tiap berontakan nafsu yang engkau kekang,tiap titis air mata kesakitan dan keperitan yang engkau titiskan,pasti menjadi saksi kesungguhanmu kelak!


Berjuanglah wahai sahabat,dan teruslah thabat.
(pesanan untuk diri yang lemah ini)



sumber dari www.ahmadkhalis.blogspot.com


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

16/05/2009

Bersabarlah

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Kebanyakkan dari kita semua mungkin tengah sibuk untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan masing-masing. Kerana kita semua mahukan result yang bagus. Result yang bagus membolehkan kita peluang yang cerah dalam kerjaya pada masa akan datang. Seterusnya, rumah yang bagus, kereta yang bagus dan sebagainya yang bagus. InsyaAllah.

Namun, di kala kita sibuk menyiapkan diri, berjam-jam lamanya menghadap buku, menghadap lecture notes, past papers dan sebagainya kita seakan-akan terlupa sesuatu. Kita sibuk menjaga hubungan kita dengan study. Sibuk menjaga hubungan kita dengan buku, lecturer dan sebagainya. Tapi, kenapa kita tidak sibuk menjaga hubungan kita dengan Allah swt?

Lupakah kita bahawa seteruk-teruk mana pun kita usahakan, keputusan semuanya ditentukan oleh Allah? Lupakah kita bahawa Allah yang kurniakan semua itu? Kenapa pergantungan kita kepada Allah sangat lemah? Sepatutnya kita harus meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah. Tetapi kenapa sebaliknya?

Ingatlah wahai diri dan rakan-rakan. Dikala kita sibuk mengulangkaji, kita juga harus meningkatkan lagi amalan-amalan kita supaya hubungan kita dengan Allah bertambah baik. Saya yakin. Kita semua mesti mengalami tekanan, stress dan sebagainya ketika saat-saat kritikal ini.

Namun janganlah kita meleraikan segala masalah itu dengan perbuatan yang sia-sia. Tambahkan solat sunat, zikir, bacaan Al-Quran, sedekah dan sebagainya. Nescaya Allah akan membantu kita semua. Percayalah!

Kita juga harus bertawakkal dengan apa yang telah kita lakukan. Semuanya telah ditentukan. Allah tidak pandang kepada result kita. Namun, Allah pandang kepada usaha kita. Itu yang penting. Jadi, sama-samalah kita bersabar dalam menghadapi exam kita. Janganlah kita sibuk menyediakan rumah dan kereta di dunia ini sehinggakan terlupa untuk menyediakan 'rumah' dan 'kereta' di akhirat kelak.





"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


14/05/2009

Kenapa?

14 comments
Align CentreBismillahirrahmanirrahim

Kenapa kita sanggup berjalan kaki untuk berdating,
Tapi kita tak sanggup untuk berjalan kaki ke masjid.

Kenapa kita sanggup keluarkan duit untuk belanja awek,
Tapi kita tak sanggup berinfak di jalan Allah.

Kenapa kita selalu on time apabila ada date dengan awek,
Tapi kita tak penah on time apabila solat.

Kenapa kita sanggup tak tidur semata-mata ingin menemani awek,
Tapi kita tak sanggup tak tidur untuk bermunajat kepada Allah.

Kenapa kita sanggup bangun pada malam hari untuk call awek kita,
Tapi kita tak sanggup bangun tidur untuk berqiammullail.

Kenapa kita selalu mengingati tarikh birthday awek kita,
Tapi kita tak pernah nak ingat tarikh-tarikh penting dalam sejarah Islam.

Kenapa kita sanggup berubah demi awek,
Tapi kita tak pernah nak ubah diri mengikut ajaran Islam.

Kenapa kita suka hobi awek kita,
Tapi kita tak pernah suka dan amalkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Kenapa kita sanggup baca hasil tulisan awek kita,
Tapi nak baca Al-Quran pun 3 minggu sekali.

Kenapa kita sanggup pegang tangan awek kita yang mana kita tahu perbuatan itu berdosa,
Tapi kita tak sanggup pegang anjing atau babi yang mana kita hanya perlu samak sahaja.

Kenapa kita sanggup buat dosa dengan bercouple,
Tetapi kita tak sanggup nakkan pahala dengan meninggalkan perbuatan itu.

Kenapa dengan kita ni sebenarnya?

Kenapa?




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

11/05/2009

Mari hayati

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim


Nur malam - saujana



Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Alloh yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat






















"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

10/05/2009

Rumahku, Syurgaku

6 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini ialah hari ibu. Hampir-hampir saya terlupa. Maklumlah, saya ni memang jenis tak ingat tarikh. Ingat tarikh birthday diri sendiri sahaja. Nasib baik ada kawan mengingatkan hari ini hari ibu. Jadi, saya nak mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya. Iaitu Rosany @ Niky bt Abdullah yang lahir pada 1 Februari 1963 di Besut, Terengganu. Ramai orang ingat ibu saya orang Cina masuk Islam. Tapi tidak. Niky itu adalah panggilan sahaja. Namun, ibu saya memang keturunan Cina.

Ibu dan abah

Ibu kepada 9 orang anak ini memang seorang yang sangat tabah. Bayangkanla. 9 orang anak. Bukannya 1. 5 lelaki, 4 perempuan. Masing-masing dengan kerenah tersendiri. Kalau saya sendiri pun pening dan akan putus asa untuk mendidik. Tapi ibu saya rilek je. Kalau ada anak 15 pon, saya rasa tak menimbulkan sebarang masalah untuk beliau. Jadi saya pun ingin mempunyai tekad untuk mempunyai anak seramai mungkin. =)

Sebahagian dari keluarga saya. Along tiada dalam gambar.

Along

Ibu saya seorang guru di Sek Men Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Sekolah lama kepada Shahridwan(ayh peng), Izzu, Pidah dan Fatin. Di sekolah beliau dipanggil Cikgu Niky. Menurut mereka, ibu saya ini seorang guru yang sangat baik di sekolah. Tak pernah pun marah anak muridnya. Tapi di rumah, kami semua pernah je kena marah. Hehe. Nampak sangat anak-anaknya sangat nakal.

Jadi, sempena hari ibu ini, saya nak mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya. Bukanlah bermakna hari ibu sahaja kita perlu mengingati ibu kita. Tapi dah ada hari ibu ini, kita kenalah membuat sesuatu kan? InsyaAllah angah akan berusaha menjadi anak yang soleh. Semoga kita sekeluarga dirahmati Allah swt. Rumahku, syurgaku. =)


p/s: Saya memang tengah homesick..=(



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


09/05/2009

Double-Standard?

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Seperti yang kita maklum, kebanyakkan pelajar di UK sekarang masing-masing sibuk untuk menghadapi exam final yang akan menjelang tidak lama lagi. Malah, sudah ada pelajar-pelajar di beberapa universiti sedang menghadapi exam. Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar KYUEM,KMB,KTJ dan sebagainya yang akan menghadapi peperiksaan A-level dan IB tidak lama lagi. All the best kepada semua.


Namun, pernahkah kita terfikir bahawa kita sebenarnya mengdouble-standardkan exam tersebut?. Cuba kita lihat, secara logiknya, kebanyakkan daripada kita pernah 'stay up' sehinggakan tidak tidur untuk menelaah pelajaran. Saya pasti, tidak ada seorang pun yang tidak pernah 'stay up' untuk study. Saya juga tidak terlepas daripada melakukan perkara sedemikian. Lebih-lebih lagi apabila exam sudah dekat.


Sekarang, cuba kita fikir yang sebaliknya pula. Pernahkah kita 'stay up' demi menjaga hubungan kita dengan Allah swt. Tuhan yang mencipta kita. Tuhan yang memberi kita 'an infinity rezeki'. Tuhan yang menentukan segala-galanya tentang kita. Pernahkah kita bangun untuk berqiammullail hanya semata-mata kerana Allah swt? Pernah tak? Astaghfirullah. Kita sebenarnya memang hamba yang sangat hina. Lebih-lebih lagi diri saya sendiri.

Persoalannya mengapa kita sanggup 'stay up' untuk study namun kita tidak sanggup 'stay up' untuk Allah swt? Jawapannya mudah. Sebabnya kita nampak apa impak yang akan melanda diri kita sekiranya kita tidak study. Kita takut scholarship kita ditarik. Kita takut kita terpaksa berhenti belajar. Kita takut nanti kita akan hidup miskin. Kita takut macam-macam lagi. Sebab kita nampak impak tersebut.

Namun, jikalau kita tidak 'stay up' kerana Allah swt, kita tidak nampak apa-apa impak. Justeru, perasaan takut itu tidak wujud. Kita tidak takut jikalau Allah tarik nikmat kita. Kita tidak takut jikalau Allah matikan kita. Kita tidak takut jikalau Allah tunjukkan aib kita. Kita tidak takut macam-macam lagi. Sebabnya kita tidak nampak impak tersebut.


Jadi, terpulanglah kepada diri masing-masing. Bercakap memang senang. Nak buatnya memang susah. Termasuklah diri saya. Sebab itulah kita kena bermujahadah. Kita harus ingat. Allah akan memberi kesenangan kepada orang-orang yang bertaqwa. Kita taknak rebut ke? Sama-sama kita fikirkan.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

08/05/2009

Di Setiap Kesusahan Ada Kesenangan

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Pada 8 May 2009, iaitu hari ini, para pelajar engineering Uni of Southampton diminta untuk menghantar assignment MATLAB mereka. Assigment tersebut telah diberi sebelum cuti easter lagi bersamaan 6 minggu sebelum tarikh penghantaran.

Namun, disebabkan terlalu leka dan lalai dengan cuti easter, kebanyakan dari mereka menangguh kerja tersebut hingga saat-saat akhir. Begitulah juga dengan kami semua iaitu saya, Hisham, Idris dan Apeng. Menangguh kerja sehinggakan menyedari hanya tinggal satu hari lagi masa yang tinggal.

Lalu, kami semua berpakat untuk stay di universiti sehingga larut malam demi menyiapkan kerja tersebut. Kami bermula pada 6 May iaitu hari Rabu. Namun disebabkan terlalu mengantuk, kami pulang ke hall pada pukul 12.30 malam.

Usaha kami diteruskan pada hari seterusnya iaitu hari Khamis. Nak taknak, kami perlu stay di universiti sampai siap kerja berkenaan. Hasilnya, kami pulang ke hall selepas menunaikan solat subuh di surau university.

Point yang hendak diutarakan bukanlah berkenaan assignment MATLAB. Namun ada point lain yang menarik perhatian saya. Ketika kami semua bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja berkenaan, ketika kami semua terasa sangat tertekan, ketika kami semua hampir-hampir berputus asa, ketika kami semua sudah malas nak buat kerana susah, lalu terdengar satu kata-kata yang amat menginsafkan kami semua.

"Di setiap kesusahan itu ada kesenangan"

Itu kata-kata yang kedengaran oleh kami semua. Saudara Hilmi telah berjaya menyedarkan kami semua akan di setiap kesusahan itu, pasti datangnya kesenangan. Lantas, kami segera berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan kerja tersebut. Terima kasih Hilmi!!

Apeng dan Kid bertungkus-lumus

Hisham dan Helmi

Lab penuh jugak walaupun lewat malam
Mari pulang!!


Jadi, kesimpulannya bukanlah saya ingin mengajak anda semua menceburi MATLAB. Malah bukanlah ingin mengajak kita semua buat kerja last minit. Tapi apa yang saya ingin katakan ialah seperti ayat saudara Hilmi iaitu "Di setiap kesusahan, ada kesenangan". Sama-samalah kita berusaha!!


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


06/05/2009

Manusia 'Luar Biasa'

2 comments
Bismillahirahmanirrahim

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."

“Eh naim, ko rasa aku ni baik ke jahat?” tanya Abim.

“Eh, xla. Aku rasa ko ni ok je. Sembahyang cukup, pose penuh, baik pulak tu.” jawab Naim.

“Tapi aku rasa Mahdi tu lg baik la.” ujar Abim.

“Urm, Mahdi tu memangla baik tapi dia tu ekstrim sangatlah. Gi ikut usrahla, cakap2 pasal dakwah la.Aku rasa orang mcm kita ni dah kira okla. Kita x mencuri, x berzina , asalkan kita jadi org baik, sudeyh.” kata Naim.

“Aah, betul juga cakap ko ni Naim.” sambung Abim.

Begitulah perbualan dua orang sahabat baik yang jelas menunjukkan cara pemikiran masyarakat Islam sekarang. Mereka beranggapan bahwa dengan menjadi baik sahaja sudah memadai bagi hidup seorang muslim. Dan mereka yang menjalankan tugas untuk menyebarkan risalah agama dipandang ‘pelik’ dan mengatakan mereka adalah ekstremis.

Berdasarkan hadis di atas, saya teruja untuk mengingatkan diri saya dan sahabat sekalian agar jangan sesekali berasa takut untuk menjadi ‘extraordinary’ atau ‘luar biasa’ kerana pada akhir zaman kita akan dipandang asing oleh orang kebanyakan sepertimana ketika pada zaman Rasulullah S.A.W.

Jadi, tanggungjawab kita adalah untuk menyedarkan mereka di luar sana yang masih tidak tahu tentang tugas mereka sebagai khalifah di muka bumi. Biar kita fahamkan mereka maksud ‘luar biasa’ yang mereka ungkapkan. Biar mereka mengerti siapa itu muslim? Mereka tidak tahu mengenai ‘Syahadatul Haq’ dan kita wajib memberitahu mereka . Supaya di akhirat kelak, tiada alasan untuk mereka dengan mengatakan kita tidak menyampaikan khabar ini pada mereka.

Wahai pemuda-pemuda Islam, ayuh,bangkitlah dari lena yang panjang, marilah kita kibarkan panji Islam dan sebarkan risalah agama Allah ini sehingga ke teras bumi. Allahhu Akbar!!!!!!!!!!!!!Sekian..



Sumber dari http://www.mycen.org/.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

05/05/2009

Apa Sumbangan Kita?

7 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini usrah berjalan seperti biasa. Usrah dimulakan dengan menonton dua video yang sangat menarik. Video pertama mengenai hidayah Allah dan video kedua mengenai Imam Asy- Syahid Hassan Al-Banna. Memang bermanfaat untuk ditonton.

Selepas itu, saudara Najib membuka perbincangan tentang Imam Asy- Syahid Hassan Al-Banna. Satu fakta yang sangat menakjubkan ialah, beliau ialah pengasas jemaah Ikhwanul Muslimin. Ketika beliau menubuhkan jemaah tersebut adalah ketika berusia 22 tahun!

Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna


Persoalan timbul di kalangan ahli-ahli usrah mengenai sumbangan diri masing-masing. Apakah yang akan dilaksanakan untuk menolong agama Islam? Masing-masing diam membisu. Terasa diri ini sangat tidak membantu apa-apa untuk agama Islam.

Jadi, tanyalah diri kita sendiri. Imam Asy- Syahid Hassan Al-Banna telah berjaya menubuhkan jemaah Ikhwanul Muslimin ketika berusia 22 tahun. Kini saya sudah 20 tahun. Namun, apa yang saya telah lakukan untuk agama Islam? Tanyalah diri kita semua. Apa sumbangan kita untuk agama Islam.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

04/05/2009

Jom Berubah

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Aku rasa aku nak dekat dengan Allah la," kata seorang teman.

"Bagusla kalau macam tu," balas rakannya.

"Aku rasa dah semakin jauh sangat dengan Allah," hurai temannya tadi.

"InsyaAllah kau boleh punya. Masih belum terlambat lagi," kata rakannya.

Alhamdulillah. Kita masih dikurniakan nikmat iman dan islam sehingga sekarang. Masih teringat kata-kata seorang rakan sewaktu di kolej dahulu. Nikmat ini datang dengan tanggungjawab. Semakin besar nikmat yang diperolehi, semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul.

Perbualan di atas sering kita dengar. Apabila seseorang itu, yang semakin jauh dengan Allah, ia akan mula menyedari kekosongan di dalam jiwa. Ia akan mula mencari apakah yang mampu mengisi kekosongan jiwa tersebut. Itu adalah fitrah manusia. Sejauh mana ia lari pada Allah, kelak ia akan menyedari kesilapan itu dan cuba kembali ke pangkal jalan.

Setelah itu, dia akan mula berubah untuk menjadi diri yang baru. Yang sedar akan perintah Allah. Yang sedar akan larangan Allah. Yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai mukmin yang sejati dan sebagainya. Dia akan cuba bersungguh-sungguh untuk berubah.

Namun, ketika dia hendak berubah, tiba-tiba datang dugaan dan cabaran dari sesiapa yang tidak suka melihat akan perubahan dirinya itu. Sudah tentu cubaan yang pertama datangnya dari syaitan. Tetapi, terdapat juga rintangan-rintangan dari pihak keluarga, rakan-rakan dan sebagainya. Mampukah ia melepasi rintangan-rintangan tersebut?

Oleh sebab itulah kita kena selalu berdampingan dengan rakan-rakan yang dapat membantu kita untuk berubah. Naqib atau naqibah usrah sentiasa ada di sisi untuk membantu kita. Kita tidak boleh patah semangat hanya kerana kawan-kawan kita yang dulu sudah meninggalkan kita. Janganlah kita mudah hilang semangat. Itulah ujian yang perlu kita hadapi.

Iman itu menaik dan menurun. Ketika ia sedang naik, Alhamdulillah. Kita kena jaga iman tersebut. Namun, manusia ini sering lalai. Iman mula menurun. Ketika itulah, hendak saja dia melakukan perkara-perkara yang langsung tidak mendatangkan manfaat. Malah mungkin saja melalukan perkara-perkara maksiat. Sebab itulah kita ada group usrah masing-masing. Bertujuan agar iman itu sentiasa ditopup agar tidak berada di paras bahaya. InsyaAllah.

Justeru, ingin saya menasihati diri saya sendiri dan juga rakan-rakan yang lain. Andai kata anda ingin berubah, lakukan sahaja. Tekadkan azam. Usah dengar hasutan sesiapa sahaja. Itu ujian yang perlu dihadapi. Namun yang penting, betulkan niat kita hanya semata-mata kerana Allah. Andai kata kita ingin berubah kerana seseorang, kerana sesuatu, ingatlah perubahan itu mungkin tidak kekal lama.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

02/05/2009

Kuatkah Anda?

4 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini telah berlangsungnya Mini Asian Games yang dianjurkan oleh Malaysian Student Association. Pertandingan futsal telah selamat dijalankan. Dan pertandingan bola jaring dan bola keranjang akan berlangsung esok, InsyaAllah.

Kali ini, saya dan beberapa pelajar undergrads yang lain telah bermain untuk team postgrads dan bukan untuk team undergrads. Sungguh seronok rasanya bermain bersama-sama mereka. Tiada tekanan, tiada apa-apa. Yang ada ialah bersarapan pagi di rumah Pokdin dan seterusnya bermain futsal sambil bergelak ketawa.

Beberapa gambar sepanjang pertandingan

Bekerjasama


committee menjalankan tugas


Abg Ruslim memberi kata-kata semangat

Berbincang taktik kekalahan.Hehe

Bermain

Abg Abu menunjukkan skil

Najib menggelecek

Abg Ruslim dan Hisham kepenatan

Mari minum air

Nak air..kata Izzah

Apsal kita asyik kalah je?..Kata Akram..=p

Kid dan Judin bermesra-mesraan

Jom jadi burung



Alhamdulillah, kejohanan berlangsung dengan agak baik walaupun terdapat sedikit masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Tahniah buat committee kejohanan.

Namun, saya sedikit terkilan dengan insiden pergaduhan yang telah berlaku. Membabitkan team dari student Malaysia dan juga Vietnam. Agak kasar permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua team.

Persoalannya di sini, mengapa boleh berlaku insiden pergaduhan? Terasa seperti bermain liga-liga di kampung pula. Semua nak tunjuk hero. Semua nak tunjuk berani. Semua nak tunjuk macho. Semua nak tunjuk lagak. Semua nak naik penumbuk. Semua nak naik terajang.

Semuanya berpunca dari satu. Iaitu gagal menahan perasaan marah yang membuak-buak. Kita sering bertindak di luar kawalan apabila keadaan emosi tidak stabil. Habis ditumbuk sesiapa sahaja yang dia geram. Kalau mati orang tu macam mana?

Ingatlah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan perasaan marahnya".

Jadi, marilah kita sama-sama mengubah sikap 'jaguh kampung' kita itu. Tiada faedahnya. Kita juga yang sakit. Tak macho pun kita bergaduh ni. Tak hero pun kita bergaduh ni. Dan yang paling utama, tak berani pun kita ni jikalau sifat marah itu tidak dapat dikawal.




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

01/05/2009

Kisah Katak dan Kawan-Kawannya

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


frog1


Pada suatu hari, segerombolan katak-katak kecil telah berlumba untuk melompat sejauh mungkin...

kataklari


Tujuannya adalah untuk mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi..

menara
Penonton berkumpul mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan sorakan kepada para peserta..


katakcute2

Perlumbaan bermula..

larikatak


Tetapi secara jujurnya......
Tidak ada satu pun penonton yg benar2 percaya katak2 kecil itu akan berjaya sampai ke puncak menara..


Terdengar suara mereka:
“Oh, jalannya terlalu sukar!!
Mereka pula terlalu kecil. Mereka pasti TIDAK AKAN sampai ke puncak.”


atau:
“TIDAK MUNGKIN AKAN ada peluang pun untuk berjaya..Menaranya terlalu tinggi…!!


Kelihatan ada katak2 kecil yang telah terpengaruh dengan kata2 penonton mulai mengalah..satu persatu.....
…... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara itu dengan perlahan- lahan...

kataksikit


Penonton terus bersorak

“Ini pastinya bertambah sukar!!! Tidak ada sesiapa pun akan berjaya!”

senyumkatak

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah....
…..Tapi ada SATU yang cuba meneruskan lompatannya yang semakin tinggi..dan semakin tinggi…
Dia akan teruskan!!


katakseko

Akhirnya yang lain telah mengalah untuk menaiki menara itu. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

puterakatak


Peserta itu bertanya bagaimana katak itu berjaya menemukan kekuatan untuk mencapai matlamatnya..?


Dan ternyata…

Katak yang menjadi pemenang itu....

....rupa2nya PEKAK!!!kataklagi


Kesimpulannya, bukanlah bermaksud kita perlu menjadi pekak untuk berjaya, apatah lagi dengan perlunya menjadi seekor katak!

Tetapi,kata2 bijak daripada cerita ini:

katakbaca

Janganlah mendengar pendapat orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis…..

...…kerana mereka hanya MENCURI sebahagian besar mimpi2 kita dan menjauhkan kita darinya!

Selalulah fikirkan kata2 positif yang ada..

Kerana segala sesuatu yang kita dengar dan baca boleh mempengaruhi perilaku kita.

Kerana itu:

Tetaplah selalu….

good

JADI POSITIF!

katakxtau

Dan yang terpenting:

katakajar

PEKAKkan telinga pada mereka yang tidak yakin kita mampu mencapai cita-cita!



Selalulah fikir:

Saya boleh!!


Daripada memikirkan:

Tidak mungkin saya tidak boleh!


Sumber daripada Hisham


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".