25/04/2009

Mari Menutup Aurat Dengan Sempurna

Bismillahirrahmanirrahim

Seperti mana yang kita tahu, Islam menyuruh kita semua menutup aurat. Baik lelaki mahupun perempuan. Tetapi, seringkali perintah ini dipandang enteng. Begitu juga dengan saya. Ketika di sekolah, saya fikir jikalau tidak menutup aurat ini bukanlah satu kesalahan yang besar. Malah dosa tidak menutup aurat itu akan terhapus selepas saya bersolat. Huh. Ceteknya ilmu ketika itu.

Alhamdulillah, sekarang sudah tahu kewajipan tersebut. Semuanya bermula ketika menjejakkan kaki ke bumi Kolej Yayasan UEM.(KYUEM) Pada malam pertama saya di kolej, saya telah ditegur oleh bekas chaletmate saya, iaitu saudara Syauqi. Terima kasih Syauqi!

Syauqi yang kini di York University


"Eh, ko tak tutup aurat?," katanya sambil memukul lutut saya dengan sebuah gayung.

Malam itu membuatkan saya terfikir-fikir. Bolehkah kita tidak menutup aurat dikalangan sesama lelaki? Jawapannya tidak.

Dan saya masih lagi teringat ketika saya hendak bermain bola pada waktu petang. Kelihatan hanya sedikit yang memakai seluar pendek. Lantas, saya berasa malu untuk memakai seluar pendek dan memakai seluar panjang. Mungkin pada mulanya saya hanya menutup aurat kerana malu, namun lama kelamaan perasaaan ingin menjaga aurat ini timbul dengan sendirinya.

Saya juga pernah ditegur oleh seorang kawan kerana memakai seluar pendek ketika bermain ragbi. Saya berasa begitu bersyukur kerana memasuki KYUEM walaupun pada mulanya saya fikir KYUEM adalah kolej yang tidak mempunyai 'biah solehah' (persekitaran yang baik).

Namun dalam kita semua menutup aurat, adakah ianya sempurna? Ramai muslimat yang memakai tudung. Tapi adakah pemakaian tudung itu hanya fesyen semata-mata ataupun memang ingin melaksanakan perintah Allah swt? Kalau ingin melaksanakan perintah Allah swt, kita bukan sahaja perlu memakai tudung, tapi perlulah juga memakai tudung yang sesuai, pakaian yang sesuai dan sebagainya.

Kenapa pakai tudung, tapi tudung yang singkat? Kenapa pakai baju dan seluar, tetapi ketat? Seronokkah kamu ditenung oleh lelaki-lelaki yang penuh dengan nafsu? Seronokkah kamu menunjukkan bentuk tubuh badan kamu yang sangat menggiurkan itu? Tak malu ke?

Pakai tudung, kenalah pakai tudung yang menutup dada sekali. Ditambah pula pakaian yang longgar supaya tidak ternampak susuk tubuh itu dan sebagainya. Barulah betul pemakaian dari segi Islam. Sudah terjaga auratnya, kenalah pula menjaga akhlaknya.


Jadi, sama-samalah kita melaksanakan perintah Allah swt ini. Baik lelaki mahupun perempuan. Nak syurga kan? So, kenapa ditunggu lagi? Jom tutup aurat sesempurnanya!


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

3 comments:

nasa said...

salam ziarah..selamat berblog..

mungkin boleh tulis dgn lebih berhemah dan berhikmah tentang sesuatu isu..tulisan yg berhikmah insyaAllah dpt menyentuh hati2 insan lain..

btw,aurat memang penting untuk kita jaga..tapi itu bukanlah perkara utama..apa yg lebih penting,hati kita..bila hati dah terdidik,aqidah dah sejahtera, keinginan menjaga aurat akan datang sndiri..

bagaimana ingin mengetuk hati manusia??? fikir2 kan..

wallahu'alam..

Aslam said...

terima kasih

Anonymous said...

sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa.

dngn adanya pakaian taqwa, pakaian lahiriah akan terjaga. X de orng yang kata iman aku mantap walhal pakai short nampak bulu peha! =S Akhlak adalah iman yang dizahirkan!

So mana yang nak kena betulkan dulu? Hijab di kepala atau hijab di hati?

hehe..jawab sendiri arrr..=P

Tanye naqib mung!