29/04/2009

Kita Orang Yang Bertaqwa?

Bismillahirahmanirrahim


Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.(3:133)



(Iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan, (3:134)


Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. (3:135)


Tiga ayat di atas sangat berguna kepada kita semua. Di mana Allah telah memberikan ciri-ciri orang yang bertakwa yang dijanjikan syurga kepada mereka kelak.

Ciri-ciri orang yang bertakwa
  • Berinfak baik di kala lapang atau sempit
  • Orang yang menahan marah
  • Orang yang memaafkan orang lain
  • Orang yang apabila melakukan salah, segera bertaubat

Kita semua harus meneliti diri kita sendiri. Ada tak ciri-ciri yang disebutkan di dalam ayat ini? Ramai orang suka bersedekah. Tapi malangnya bersedekah ketika mempunyai lebihan pendapatan. Malah lebih teruk lagi, siap minta duit baki ketika bersedekah.

Ramai orang sukar menahan marah. Pantang salah sikit, kejantanan terus ditunjuk. Nak tunjuk macho agaknya. Teringat saya pada sebuah hadith Nabi Muhammad s.a.w yang lebih kurang maksudnya (lupa sikit) , "Orang yang berani adalah orang apabila marah, ia menahan marahnya".

Dan ramai juga yang tidak boleh memaafkan orang lain. Biasanya, selagi orang yang buat salah tidak memohon maaf, selagi itulah kita tidak memaafkannya.

"Eh, dia yang buat salah. Apsal aku pulak yang kene mintak maaf?" keluh seorang rakan.

"Apa salahnya kau maafkan dia. Tak rugi apa-apa pun. Ko jugak untung", balas teman lain.

Sering kali kita lupa hendak bertaubat kepada Allah swt. Sering kali kita lupa bahawa hidup ini sangat singkat. Sering kali kita sangkakan kehidupan di dunia ini segalanya. Sering kali kita berkata, "Hidup sekali je, enjoy la beb". Sering kali kita lupa bahawa bila-bila masa sahaja mati boleh menjemput kita. Sering kali kita lupa. Sering kali.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


2 comments:

Anonymous said...

Hello. My wife and I bought our house about 6 months ago. It was a foreclosure and we were able to get a great deal on it. We also took advantage of the 8K tax credit so that definitely helped. We did an extensive remodeling job and now I want to refinance to cut the term to a 20 or 15 year loan. Does anyone know any good sites for mortgage information? Thanks!

Mike

Anonymous said...

top [url=http://www.001casino.com/]free casino bonus[/url] check the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]free casino bonus[/url] manumitted no store perk at the chief [url=http://www.baywatchcasino.com/]bay attend casino
[/url].