20/04/2009

Islah Nafsak, Wad'u Ghairak

Bismillahirrahmanirrahim


"Aku malas la nak berblog ni. Tiada faedah pun, " kata saya kepada seorang sahabat
suatu masa dahulu.

Kini, semuanya berubah. Saya mula berfikir semula kata-kata itu yang selalu keluar ketika ditanya kenapa tidak berblogging.

Islah nafsak, wad'u ghairak. Apakah maksudnya? Saya kehairanan ketika pertama kali mendengarnya.

"Maksudnya perbaikilah diri dan seru", kata seorang teman kepada saya.

"Seru? Nak seru cane? Diri sendiri pun tak berapa betul, nak seru orang pulak," saya mula berfikir sendirian.

Itulah jawapan biasa yang kita akan dengar sekiranya ditanya mengenai tuntutan dakwah. Begitu juga dengan saya. Mempunyai pemikiran bahawa tuntutan dakwah ini hanyalah digalas oleh ustaz,ustazah, dan sesiapa sahaja yang berada di dalam bidang agama. Alhamdulillah, setelah menjejak kaki di bumi UK ini, barulah saya tersedar bahawa selama ini saya mempunyai pemikiran yang salah.

Saya rasa kebanyakan dari kita pernah mendengar Hadith Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi "sampaikanlah walaupun sepotong ayat". Jadi, semuanya terpulang kepada diri sendiri. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Takkanlah satu habuk pun kita tidak tahu?

"Aku tak banyak ilmu. Nanti-nantilah," kata seorang teman.

Sampai bila kita nak beralasan? Sampai tua? Sampai dah ada cucu? Nak tunggu malaikat maut datang baru nak sedar? Bangunlah rakan-rakan. Sampaikanlah ilmu yang anda semua ada kepada sesiapa. Banyak caranya. Salah satunya berblogging. Sebab inilah saya mengambil keputusan untuk berblogging. Sekurang-kurangya ada juga usaha walaupun sedikit. Yang penting berbalik kepada niat kita semua. Harapnya hanya kepada Allah swt semata-mata.




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


8 comments:

Anonymous said...

Salam

Orang pertama mengomen blog ko ni.hehe..

Moga thabat dalam berdakwah melalui blog

Wassalam

kid said...

salam.
tulis bende menarik sket.
jangan bosan sangat.
haha~

Aslam said...

baiklah flatmateku sekalian..=p

namida said...

wah, blog baru...
moga istiqamah...

Syahmi said...

gua sapot lu beb. teruskan usaha!

afiqK said...

wah2, Ir chenta dah ade blog..
smga berterusan dalam memberi bro..
aku support ko 1000%..
jangan tulis benda2 lagha naa..=)

SaFa dAn piSanGnYA said...

SALAM...
ﻳﺴﺮﻭﺍ ﻭﻻ ﺗﻌﺴﺮﻭﺍ!
ﺑﺸﺮﻭﺍ ﻭﻻ ﺗﻨﻔﺮﻭﺍ!
[permudahkan dan jangan rumitkankan !!!]
[sampaikan dan jangan sembunyikan !!!]

salam dakwah=)

niesa.imana said...

salam wbt..

ahlan wa sahlan ke dalam dunia blog ni.. +)

'perbaikilah dirimu dan serulah orang lain ke arah kebaikan'.. menarik2.. cegahlah orang lain daripada kemungkaran lak, cmner?

moga istiqamah, dan teruskan usaha dakwah.. +)