29/04/2009

Kita Orang Yang Bertaqwa?

2 comments
Bismillahirahmanirrahim


Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.(3:133)



(Iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan, (3:134)


Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. (3:135)


Tiga ayat di atas sangat berguna kepada kita semua. Di mana Allah telah memberikan ciri-ciri orang yang bertakwa yang dijanjikan syurga kepada mereka kelak.

Ciri-ciri orang yang bertakwa
  • Berinfak baik di kala lapang atau sempit
  • Orang yang menahan marah
  • Orang yang memaafkan orang lain
  • Orang yang apabila melakukan salah, segera bertaubat

Kita semua harus meneliti diri kita sendiri. Ada tak ciri-ciri yang disebutkan di dalam ayat ini? Ramai orang suka bersedekah. Tapi malangnya bersedekah ketika mempunyai lebihan pendapatan. Malah lebih teruk lagi, siap minta duit baki ketika bersedekah.

Ramai orang sukar menahan marah. Pantang salah sikit, kejantanan terus ditunjuk. Nak tunjuk macho agaknya. Teringat saya pada sebuah hadith Nabi Muhammad s.a.w yang lebih kurang maksudnya (lupa sikit) , "Orang yang berani adalah orang apabila marah, ia menahan marahnya".

Dan ramai juga yang tidak boleh memaafkan orang lain. Biasanya, selagi orang yang buat salah tidak memohon maaf, selagi itulah kita tidak memaafkannya.

"Eh, dia yang buat salah. Apsal aku pulak yang kene mintak maaf?" keluh seorang rakan.

"Apa salahnya kau maafkan dia. Tak rugi apa-apa pun. Ko jugak untung", balas teman lain.

Sering kali kita lupa hendak bertaubat kepada Allah swt. Sering kali kita lupa bahawa hidup ini sangat singkat. Sering kali kita sangkakan kehidupan di dunia ini segalanya. Sering kali kita berkata, "Hidup sekali je, enjoy la beb". Sering kali kita lupa bahawa bila-bila masa sahaja mati boleh menjemput kita. Sering kali kita lupa. Sering kali.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


All The Best Bucik!

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


Dan janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman. (3:139)

Mungkin semua tertanya-tanya apakah itu bucik? Bucik itu ialah panggilan nama kepada adik perempuan saya yang kini menuntut di Kolej Mara Banting (KMB). Semoga beliau dapat menghadapi peperiksaan dengan cemerlang dan berjaya ke university idaman beliau. (Kent? What the..)

Kepada Bucik,

Hari-hari makang nasi,
Makang dengang Pok Muse,
Mu kang bijok bistari,
Mesti buleh buak punye.

Ibu suke wak pengat,
Balqis suke cakak jepong,
Janganglah takut sangat,
IB? bukang payoh mane pong.

Basuh kete dengang aboh,
Kete camry dengang unser,
Pohonlah pertolongang dengang Allah,
Usaha,doa, tawakkal, insyaAllah berjaye.

p/s: sile bace dengang loghat ganung pekat

Sekian sahaja pantun angah kepadamu bucik. Sila renungi ayat Al-Quran di atas. Harap membantu. =)


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".






26/04/2009

Jom Kahwin. Nak?

10 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Eh, aku rase tahun ni aku nak kahwin la," kata seorang teman.

"Aku pun nak kahwin gak, tapi taktau lagi bile. Tapi nak secepat mungkin la," balas kawannya.

"Eh, aku pun nak kahwin jugak. Tapi takde calon la," sampuk teman yang lain.

"Ko nak tau tak? Aku sebenarnya dah kahwin," kata teman yang lain tersipu-sipu malu.

"Betul ke?," balas semua dengan kehairanan.

Pada zaman sekarang, kahwin awal bukan lagi perkara luar biasa. Kini, ia sudah menjadi trend bagi muda-mudi. Kahwin ketika belajar menjadi pilihan ramai bagi pelajar sekarang. Lebih-lebih lagi bagi pelajar luar negara.Siapa yang taknak kahwin kan? Saya pun kalau boleh nak je kahwin sekarang.


Tapi, post ini bukanlah ingin mengajak kita semua untuk berkahwin dengan manusia. Namun, ingin mengajak kita semua 'berkahwin' dengan sesuatu yang lain iaitu DAKWAH! Ya, DAKWAH. Pertama kali saya dengar kedengaran seperti kelakar. Patutkah 'berkahwin' dengannya? Anda rasa bagaimana?

Pengertian Dakwah.


  • Dakwah di jalan Allah ialah tugas para rasul yang telah dipilih oleh Allah untuk memikul risalahnya untuk disampaikan kepada manusia. Ia adalah semulia tugas dan sepenting-penting amal, ini kerana para rasul adalah semulia-mulia makhluk Allah yang paling dikasihi (Usul Dakwah: Dr Karim Zaidan).
Tujuan Dakwah.
  • Menta’siskan (mengasaskan) masyarakat Islam seperti yang telah dilakukan para rasul
  • Mengislah masyarakat Islam yang ada penyelewengan dan kemungkaran
  • Berterusan memastikan masyarakat yang telah berdiri atas kebenaran untuk menjaga keejahteraannya
Tuntutan Syarak.

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(9:71)

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.(3:104)


Perlukah kita 'berkahwin' dengannya? Kan kita dah ustaz, ustazah dan ramai lagi yang lebih alim dan wara'. Biar mereka sahajalah yang lakukan dakwah. Kenapa kita nak sibuk-sibuk? Kita buat kerja kita sudahlah. Ini adalah persepsi saya suatu ketika dahulu.

Namun, Alhamdulillah, persepsi ini sudah dibetulkan oleh rakan-rakan. Seorang teman pernah menyatakan kepada saya pada suatu hari.


"
Dakwah Wajib untuk semua umat Islam. Samada berpendapat ianya fardhu ain atau fardhu kifayah. (fardhu kifayah bermaksud apabila sesuatu urusan itu berjaya dilakukan oleh satu golongan maka semua golongan terlepas dari dosa. Contoh apabila ada dua orang yang bersolat jemaah, maka masyarakat di kawasan itu terlepas daripada dosa meninggalkan solat berjemaah. Begitu juga dalam urusan jenazah. Jika seorang sahaja sudah mampu untuk menguruskan satu jenazah maka masyarakat yag lainnya terlepas daripada tanggungjawab tersebut. Maka dimaksudkan fardhu kifayah itu bukanlah sekadar ada yang buat. Tetapi bermaksud apabila urusan tersebut berjaya diselesaikan. Jadi selagi mana Islam tidak sampai kepada seluruh umat manusia dan selagi mana khalifah tidak ditegakkan semula, maka seluruh umat islam memikul kewajipan berdakwah!" , katanya dengan tegas.


"Owh, macam tu ke?, " kata saya.


Jadi, kesimpulannya marilah kita 'berkahwin' dengan DAKWAH. Ada orang allergic dengar perkataan dakwah ini. Tapi kita harus ingat, kalau kita tidak melakukannya, kita akan disoal balik. Apa jawapan kita nanti? Nak ke kita ditarik sekali ke dalam neraka jahanam? Naudzubillah.




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


25/04/2009

Mari Menutup Aurat Dengan Sempurna

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Seperti mana yang kita tahu, Islam menyuruh kita semua menutup aurat. Baik lelaki mahupun perempuan. Tetapi, seringkali perintah ini dipandang enteng. Begitu juga dengan saya. Ketika di sekolah, saya fikir jikalau tidak menutup aurat ini bukanlah satu kesalahan yang besar. Malah dosa tidak menutup aurat itu akan terhapus selepas saya bersolat. Huh. Ceteknya ilmu ketika itu.

Alhamdulillah, sekarang sudah tahu kewajipan tersebut. Semuanya bermula ketika menjejakkan kaki ke bumi Kolej Yayasan UEM.(KYUEM) Pada malam pertama saya di kolej, saya telah ditegur oleh bekas chaletmate saya, iaitu saudara Syauqi. Terima kasih Syauqi!

Syauqi yang kini di York University


"Eh, ko tak tutup aurat?," katanya sambil memukul lutut saya dengan sebuah gayung.

Malam itu membuatkan saya terfikir-fikir. Bolehkah kita tidak menutup aurat dikalangan sesama lelaki? Jawapannya tidak.

Dan saya masih lagi teringat ketika saya hendak bermain bola pada waktu petang. Kelihatan hanya sedikit yang memakai seluar pendek. Lantas, saya berasa malu untuk memakai seluar pendek dan memakai seluar panjang. Mungkin pada mulanya saya hanya menutup aurat kerana malu, namun lama kelamaan perasaaan ingin menjaga aurat ini timbul dengan sendirinya.

Saya juga pernah ditegur oleh seorang kawan kerana memakai seluar pendek ketika bermain ragbi. Saya berasa begitu bersyukur kerana memasuki KYUEM walaupun pada mulanya saya fikir KYUEM adalah kolej yang tidak mempunyai 'biah solehah' (persekitaran yang baik).

Namun dalam kita semua menutup aurat, adakah ianya sempurna? Ramai muslimat yang memakai tudung. Tapi adakah pemakaian tudung itu hanya fesyen semata-mata ataupun memang ingin melaksanakan perintah Allah swt? Kalau ingin melaksanakan perintah Allah swt, kita bukan sahaja perlu memakai tudung, tapi perlulah juga memakai tudung yang sesuai, pakaian yang sesuai dan sebagainya.

Kenapa pakai tudung, tapi tudung yang singkat? Kenapa pakai baju dan seluar, tetapi ketat? Seronokkah kamu ditenung oleh lelaki-lelaki yang penuh dengan nafsu? Seronokkah kamu menunjukkan bentuk tubuh badan kamu yang sangat menggiurkan itu? Tak malu ke?

Pakai tudung, kenalah pakai tudung yang menutup dada sekali. Ditambah pula pakaian yang longgar supaya tidak ternampak susuk tubuh itu dan sebagainya. Barulah betul pemakaian dari segi Islam. Sudah terjaga auratnya, kenalah pula menjaga akhlaknya.


Jadi, sama-samalah kita melaksanakan perintah Allah swt ini. Baik lelaki mahupun perempuan. Nak syurga kan? So, kenapa ditunggu lagi? Jom tutup aurat sesempurnanya!


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

24/04/2009

Aku Dan Kalian

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim


AKU DAN KALIAN


Dimanakah cinta kalian

Di kala aku memerlukan


Malam hari kalian ke masjid

Sedang di jalanan aku merempit


Kalian sibuk bertilawah taranum Al-Quran

Sedang aku dibiarkan tanpa panduan Al-Quran


Malam hari kalian bertahajud menyembah tuhan

Sedang aku bersama rakan berpeleseran


Heboh kalian bercerita bab kemungkaran

Sedang aku riang ria dibiarkan mencuri sakan


Bersusah payah kalian mencari redha tuhan

Hinggakan aku dipandang hina tanpa kasihan


Perempuan motor dan rokok menjadi teman

Kerana kalian terlalu agung untuk diteman


Ana enta kalian berkasih sayang

Sedang aku berabang sayang


Syurga menjadi matlamat kalian

Hingga aku ke neraka kalian lupakan


Cinta kepada tuhan kalian kejarkan

Hingga tiada cinta kepada sahabat kalian


Adakah cinta dan syurga Allah hanya milik kalian

Sedang aku dibiarkan tanpa tahu kewujudan?


Adakah hidup ini hanya kalian dan tuhan

Tanpa ada hubungan dengan persekitaran?


Siang malam kalian berusrah meningkatkan iman

Sedang aku berpesta siang malam laki perempuan


Adakah keindahan usrah hanya untuk kalian

Sedang aku dibiarkan maharajalela di jalanan?


Kalian begitu selesa

Sedang aku sengsara


Andai aku ke neraka dan syurga milik kalian

Akan ku ungkit agar aku bertemankan kalian!




*Sumber dari http://almuhandisi.wordpress.com



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

23/04/2009

Exam?

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Weh, exam dah dekat la. Jom la kite study. Aku takut r. Nanti fail cane? Arghhh, " keluh seorang pelajar.

" Aku pung nok study sungguh ar. Dapak rezak dok molek, mapuh aku, " balas rakannya yang berasal dari Terengganu.


Perbualan ini biasa kedengaran di kala musim peperiksaan menjelang. Tidak kira di mana-mana. Asalkan peperiksaan menjelang, dialog tersebut mesti terngiang-ngiang di telinga. Pelajar yang malas pun mesti akan cuba mengulangkaji pelajaran. Apatah lagi pelajar yang kiasu.


Namun, di sebalik kesedaran kita tentang menjelangnya peperiksaan itu, sedarkah kita akan peperiksaan yang lebih penting dari segala-galanya? Itulah PEPERIKSAAN AKHIRAT!

Kita diberi masa untuk bersedia sebelum memasuki dewan peperiksaan. Kita diberi masa untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Kita dibenarkan membawa kalkulator untuk membantu menjawab soalan. Dan banyak lagi.

Tapi, PEPERIKSAAN AKHIRAT yang teramat penting ini selalunya diabaikan manusia. Termasuk diri saya sendiri. Amalan-amalan di dunia inilah yang akan dijadikan bekalan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

" Nanti tua-tua kita pergi la masjid tu. Muda-muda sekarang enjoy la beb, " kata seorang teman.

" Eh, ada pulak camtu. Ko pasti ke ko hidup lagi masa tu?, balas rakannya.

Ya. Ramai dari kita tersilap. Sering terfikir bahawa kita akan hidup sampai ke tua. Padahal kematian itu pasti dan boleh sahaja menjemput kita pada bila-bila masa. Hari ini? Esok? Lusa? Tulat? Sebutkan saja.

Jadi, sudahkah kita menyediakan bekalan kita? Banyakkah? Cukupkah? Terjaminkah? Ikhlaskah? Banyak lagi persoalan yang timbul.

Jom sama-sama bersedia dari sekarang. Banyakkan amalan-amalan kita. Hindarkan dari melakukan maksiat, dosa dan sebagainya. Kita mesti nak skor dalam peperiksaan nanti kan? Kalau tiada persediaan, bagaimana kita nak skor? Fail exam di dunia kecewanya sebentar. Fail exam di akhirat, alamatnya nerakalah menanti. Naudzubillah.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

22/04/2009

Selamat Hari Lahir

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Tanggal 22 April 1994, lahirlah seorang putera yang ketiga dan anak yang kelima di dalam keluarga Raja Arif dan Rosany@Niky. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Terengganu dan diberi nama Raja Muhammad Aiman.

Mempunyai kelebihan dalam sukan bola sepak dan lompat tinggi. Sama seperti saya. Mempunyai awek yang ramai. (Betul ke? Gura je mang)

Selamat hari lahir wahai adikku. Umurmu sudah menjangkau 15 tahun. PMR pun akan menjelma tidak lama lagi. Sila jaga solat dan aurat. Dah dewasa kan? Kata nak masuk syurga. Jadi kenalah ikut perintah dan jauhi larangan agama.

aiman dengan abangnya

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

21/04/2009

Tundukkan Pandangan

4 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Dari mata, turun ke hati. Selepas itu, nafsu mengawal diri. Imanlah yang menentukan segala-galanya. Tinggi iman seseorang itu, berjayalah dia melawan godaan syaitan. Rendahnya imannya, hanyutlah dia bersama-sama syaitan.

"Tundukkan pandangan kau, Aslam," kata Hilmi kepada saya pada suatu hari.

Hilmi Bakal CEO TNB. InsyaAllah.

Seperti mana kita tahu, bumi UK kini mengalami musim bunga. Suhunya agak tinggi. Di Soton, hampir mencecah 17 Celcius. Panas! Mungkin itu kata mat salleh dan minah salleh di sini.

Burung pun takut tengok diorang

Sungguh tinggi dugaan yang perlu dihadapi. Kiri, kanan, depan dan belakang ada sahaja perangkap-perangkap syaitan yang menunggu mangsanya.

Islam menyuruh kita menundukkan pandangan. Rupa-rupanya banyak kelebihannya. Boleh elak najis, paku dan sebagainya.

Jadi, sama-samalah kita mengamalkannya. Bukannya susah pun. Semudah ABC!

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

20/04/2009

Islah Nafsak, Wad'u Ghairak

8 comments
Bismillahirrahmanirrahim


"Aku malas la nak berblog ni. Tiada faedah pun, " kata saya kepada seorang sahabat
suatu masa dahulu.

Kini, semuanya berubah. Saya mula berfikir semula kata-kata itu yang selalu keluar ketika ditanya kenapa tidak berblogging.

Islah nafsak, wad'u ghairak. Apakah maksudnya? Saya kehairanan ketika pertama kali mendengarnya.

"Maksudnya perbaikilah diri dan seru", kata seorang teman kepada saya.

"Seru? Nak seru cane? Diri sendiri pun tak berapa betul, nak seru orang pulak," saya mula berfikir sendirian.

Itulah jawapan biasa yang kita akan dengar sekiranya ditanya mengenai tuntutan dakwah. Begitu juga dengan saya. Mempunyai pemikiran bahawa tuntutan dakwah ini hanyalah digalas oleh ustaz,ustazah, dan sesiapa sahaja yang berada di dalam bidang agama. Alhamdulillah, setelah menjejak kaki di bumi UK ini, barulah saya tersedar bahawa selama ini saya mempunyai pemikiran yang salah.

Saya rasa kebanyakan dari kita pernah mendengar Hadith Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi "sampaikanlah walaupun sepotong ayat". Jadi, semuanya terpulang kepada diri sendiri. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Takkanlah satu habuk pun kita tidak tahu?

"Aku tak banyak ilmu. Nanti-nantilah," kata seorang teman.

Sampai bila kita nak beralasan? Sampai tua? Sampai dah ada cucu? Nak tunggu malaikat maut datang baru nak sedar? Bangunlah rakan-rakan. Sampaikanlah ilmu yang anda semua ada kepada sesiapa. Banyak caranya. Salah satunya berblogging. Sebab inilah saya mengambil keputusan untuk berblogging. Sekurang-kurangya ada juga usaha walaupun sedikit. Yang penting berbalik kepada niat kita semua. Harapnya hanya kepada Allah swt semata-mata.




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".