18/12/2009

Jaulah Kembara di Tanah Gersang

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba. Jaulah yang sudah dirancang sejak sekian lamanya semakin tiba. Jaulah yang dianggotai seramai 17 orang akan memulakan perjalanan mereka esok pagi dan berakhir pada 27hb December. InsyaAllah.

Hari ini 1 Muharram 1431 Hijrah. Kalau kat Malaysia, seringkali RTM1 akan menyiarkan lagu Maal Hijrah pada hari ini. Dulu masa kecik-kecik, saya hafal lagu tu. Sekarang dah tak hafal lagi. Hafal chorus je kot.

Biasanya, awal tahun mesti ramai ada azam kan? Nak berubah. Nak buat kebaikan. Nak improve diri. Nak itu. Nak ini. Saya pun nak jugak.

Semalam dapat mesej skype dari abah. Katanya,

"Salam ..selamat berhijrah..hijrah ngaji dgn lebih bersungguh. Dr Yusuf alQaradhawi..tokoh maal hijrah Malaysia".

Itulah hijrah saya. Saya nak belajar dengan lebih bersungguh. Permulaan semester tahun dua ni memang agak lembap. Perlu kuatkan diri untuk ubah plan. Plan sempena maal hijrah.

Semoga kita sama-sama berhijrah dari hitam ke putih. Hijrah yang berterusan dan bukan hanya pada 1 Muharram. InsyaAllah.

Semoga jaulah kami semua diberkati dan mendapat rahmat Allah swt. Doakan kami selamat pergi dan pulang.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


11/12/2009

Perginya tak kembali

5 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Eh Aslam, jom solat jenazah ghaib", kata Fauzi kepada aku selepas solat Jumaat tadi.

"Siapa yang meninggal?, tanyaku kembali.

"Arif. Arif Kadir. Budak Notts. Dia dah habis dah. Kau kenal tak?, tanya Fauzi lagi.

"Haa? Arif? Tak kenal pun", jawabku.

Itu perbualan saya dengan Fauzi ketika selepas solat Jumaat hari ini. Disebabkan tidak kenal siapakah yang dimaksudkan oleh Fauzi itu, lantas saya mencari gambar Allahyarham. Akhirnya temui juga.

"Ya Allah, Arif ni rupanya", bisik hati kecilku.

Walaupun perkenalan saya dengan Allahyarham tidaklah terlalu lama, hanya beberapa hari ketika sama-sama menghadiri Summer Camp 09 yang lepas, namun rasanya seperti kami berkenalan sudah sekian lama.

Ketika Summer Camp

Berita kematian Allahyarham sangat menyedihkan. Baru beberapa jam selepas melangsungkan akad nikah, Allahyarham pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Walaupun sibuk dengan urusan pernikahan, Allahyarham masih lagi sempat menerima tugasan dakwah.

Mengetahui tentang perkara itu, membuatkan saya terdiam seribu bahasa.

Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


09/12/2009

Aku tak dak pun, Jeles ke? Dak aih

4 comments
"Pelik gila hang ni. Takdak GF?"

"Takkan takdak kot."

Aha, tak dak.


"Come on la. Semua orang ada kot. Kalau takdak lagu mana hang nak kawin? Lagu mana hang nak kenal bakal bini hang kalau tak couple?"

Takpa la.

"Hang ni nak jadi apa tak tau. Pelik aku tengok. Tak dak couple. Tak musim la. Tengok aku, 4 5 orang dah couple ngan aku setakat ni."

Hang bangga ka ada ramai?

"Ha tu dia la hang tak tau. Perasan dicintai ni. Seronok wo. Rindu-rinduan jadi kenang-kenangan. Lagi ramai lagi seronok. Malam2 layan awek. Rasa macam tak nak mati."

O..

"Ish, hang ni.. Orang lain suma hang out ngan kawan, pi tengok movie ngan awek, layan karaoke, pi jalan2 dating ngan awek, pegang2 tangan, peluk2, cuit2 sikit, dah lame2, make love sikit. Best woo! Tu baru la kehidupan beb! Tak dak nafsu dah ka? Hang ni macam makhluk asing dah aku tengok."

Rasulullah SAW bersabda, “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” Riwayat Bukhari. Tak pa, biaq aku jadi makhluk asing. Aku tak buat salah pun.

"Hang ni memang tak dak life la. Hidup sat ja kot. Malas la aku nak cakap ngan hang."

Baginda ditanya, “siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab, “iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”

"Hang yang rosak. Bajet baguih sangat. Konon alim la tak couple? Pi la duduk kat masjid 24 jam sehari, pi dakwah kat orang pi. Bajet."


Ni tengah dakwah hang la ni. Aku cuma ikut apa yang Allah kata, dah Allah tak bagi couple, tak payah la couple. Dia cipta kita, Dia tau apa yang terbaik untuk kita. Kita rasa kita ni baguih sangat konon tau semua benda. Cinta ni mengasyikkan, cinta ni tu, cinta ni ni, cinta buta, cinta mati, padahal kita tak tau pun melainkan apa yang Allah nak bagitau dan bila Dia habaq toksah dok couple, hampa tak mau dengaq. Mana pi iman hang bila hang pegang tangan awek hang? Allah tak nampak ka? Mana pi Islam hang masa hang peluk dia? Allah bagi ka? Kata hang beriman, percaya kat Allah dan hari Kiamat, tapi dok peluk2 dok buat dosa tak tentu hala macam tak dak hari pembalasan. Apa dia ni? Hang sedap la dok kata kat orang. Tengok diri hang sikit. Hang bahagia ka lagu ni?

"Ha la, aku hepi apa? Tiap2 kali aku call dia aku dok gelak2, rasa bahagia, bila keluaq pun, kami bukan buat apa pun, jalan sama2 ja."

Takpa la hang hepi. Aku tak mau la couple. Sakit hati ja bila kena tinggai/kecewa. Baik kawin terus, senang. Tak dosa, dapat pahala lagi. Pastu tak dak hijab dah ngan wanita tu.

"Tu hang kena kecewa. Sapa suruh tak pandai jaga hati perempuan? Pastu nak salah kan orang lain pulak."

Masa gaduh hang hepi ka?

"Time tu ya la, tapi pastu baik2 semula, ok la, hepi balik."

Depan Allah kat hari Akhirat nanti, masa Allah panggil dan tanya dosa2 yang korang buat dulu, time tu masing2 nak lepaskan diri dari guilty, salahkan orang lain.

"
Hang tak couple, apa hang tau? Kami betul2 mencintai sama2 kami, takkan nak salahkan dia pulak."

Sedangkan masa kat Padang Mahsyar tu semua orang bogel. Tak dak sapa pun teringin nak tengok bahagian sulit orang lain sebab takutkan perhitungan yang bakal dijalankan, hang kata hang boleh toleransi lagi time tu?

"
Ah, hang ni, hang nak Islamic, pi la sorang-sorang. Biaq pi kat aku dgn kehidupan aku. Pandai2 la aku jawab kat Allah nanti. Mati nanti kubur lain2."

Takut kubur hang kat seblah aku, bising dengaq kena tibai ngan malaikat.

"Kuang hajaq."

Tak dak la, aku pelik la hang ni. Hang tau dah dosa, tapi dok buat jugak. Tak yakin ka ada pembalasan nanti?

Allah berfirman, "Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula." (99:8)

"
Ah fed up la aku hang ni. Bajet golongan nak masuk syurga. Yakin sangat la tu masuk syurga. Bajet alim sangat."

Dahtu hang nak masuk neraka ka? Aku nak masuk syurga.

"Eh, come on la. Allah jadikan manusia ada perasaan kasih sayang. Salah ke nak mencintai keranaNya?"

Dok rindu gila babeng, pegang2 tangan, peluk2, tu mencintai keranaNya? Hrmm.. sedangkan hati yang rindu dan menginginkan kepada perkara haram itu pun berdosa, apatah lagi perkara yang fizikal dan nampak di mata manusia. Kalau manusia tak nampak pun, ingat dalam bilik/tempat gelap, Allah tak nampak? Malaikat keliling tak nampak? Kalau nak buat terang2, malu. Tau dosa, segan, jatuh air muka, abis kalau buat belakang semak, belakang lorong, tak segan? Tak jatuh air muka? Tak dosa?

"Eh yg hang nak tuduh2 aku buat benda tu ni kenapa? Berdosa besaq tau menuduh."

Tuduh ke kalau dah memang pernah menyaksikannya?

"
Ah, hang memang nak kena besepai otak la. Panas hati aku."

Panas lagi api neraka. Bertaubatlah dan berdoalah padaNya sementara masih ada kesempatan.

"
Cakap senang la. Cuba tengok."

Dah cuba, dah try, dah test, boleh je tinggal? Lagipun hang nak cari apa sangat kat dunia ni? Kebahagiaan time berdua? Apalah sangat nak dicompare dengan kebahagiaan di akhirat yang selama-lamanya? Berkorban sikit je, tinggal dulu sekarang, dah kahwin nanti, lampiaskan segala-galanya apa yang terhasrat di hati, kalau sekarang ni dah bagi semua dah, dah kahwin nanti nak bagi apa lagi? Wallahu'alam, aku jarang tengok orang2 beriman bercerai/bergaduh besar sebab kedua-duanya faham akan tanggungjawab mereka terhadap Allah sebagai seorang suami/isteri.

"Susah do."

Tu la ujian. Hang ingat senang2 ka nak masuk syurga?

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo'a: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka," (yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta'at, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur." (Ali-Imran:14-17)

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak
diuji lagi?" (Al-Ankabut:2)

Ujian-ujian ini yang menentukan siapa yang layak masuk ke syurga.

"Hang jeles kot hang tak dak?"


Jeles? Dak aih. Aku bahagia ja lagu ni. Aku ada sesuatu yang hang tak dak.

Hrmm, lagu ni la, perkara ni memang susah. Tapi ni la hakikat kehidupan. Siapa yang lulus ujian Allah, dia lah dapat habuannya. Makin susah ujian, makin tinggi pangkat dan ganjarannya. Siapa yang lena, leka dengan hasutan dunia. Malanglah nasibnya. Sebab tu aku merelakan diri aku jadi makhluk asing. Sebab tujuanku hanyalah Allah, matlamatku syurga, dan jalannya panjang dan mencabar.


.........


Rasulullah SAW bersabda, “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” Riwayat Bukhari.

"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur." (Al-A'raaf:10)



.........


Tinggalkan maksiat dan jahiliyahmu Hisham, jadilah golongan yang sedikit dan asing.


..........


Berapa banyak dosa kau buat, berapa kalimat taubat. BUKALAH MATAMU PADA KEBENARAN.

Sumber dari : http://hishammahir.blogspot.com

05/12/2009

Main bola

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Kalau orang mempunyai hobinya tersendiri, saya juga demikian. Saya suka bermain bola sepak. Dari tadika sehingga sekarang saya masih aktif bermain bola sepak. Kata orang, bila main bola, kita kena menang. Kata saya, bila main bola, kita mesti puas. Puas dengan seni bola sepak itu.

Namun, dulu saya telah melanggar arahan pencipta saya. Saya tidak mengikut kataNya. DisuruhNya menutup aurat, dilanggarnya oleh saya dengan tanpa rasa takut. Masa tadika, mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi kalau dah sekolah menengah pun masih membuka aurat, apakah ertinya semua itu?

Alhamdulillah. Saya mula sedar saya telah melakukan kesalahan. Di KYUEM, saya mula cuba mengamalkan apa yang sepatutnya. Terima kasih kawan-kawan.

Jadi, sama-samalah kita berusaha untuk menjadi hambaNya yang taat. Bersukanlah anda. Beriadahlah anda. Tapi jangan sampai melanggar arahan.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


02/12/2009

Teringat kembali

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Teringat kembali,
Ketika pertama kali,
Ku bertemu dengan mu,
Ku sangkakan kau seorang yang pelik,
Hakikatnya tidak,
Hanya diriku yang jahil.

Teringat kembali,

Suka duka kita bersama,
Bermain,
Bergurau senda,
Kadang-kala seperti keanak-anakan,
Tapi hanya kau dan aku mengerti nikmatnya hubungan itu.

Teringat kembali,

Dirimu sering mengajak ku solat,
Mengajarku menutup aurat,
Mengajakku berpuasa sunat,
Mengajakku study,
Katamu diriku genius,
Hahaha,
Dirimu memang pandai menghiburkan hati.

Namun,

Diriku terkejut dengan berita mengenai mu,
Tapi dirimu harus ingat,
Setiap yang terjadi ada hikmahnya,
Allah mempunyai plan yang lebih baik,
Dirimu janganlah terlalu sedih,
Janganlah terlalu takut,
Senyapkan mulut-mulut orang dengan kejayaanmu.

Diriku tahu dirimu kuat,

Diriku tahu dirimu tabah.

Berusahalah wahai kawanku,

Tak kira di mana dirimu berada,
Berusahalah,
Janganlah diukur sangat dengan kejayaan dunia,
Kerana kejayaan akhiratlah yang menentukan segalanya.




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".




30/11/2009

Open your eyes

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim








Terima kasih kepada Din sebab bagi lagu ni.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

29/11/2009

Ada hikmahnya

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Kita masih lagi dikurniakan nikmat iman dan islam. Syukur yang tak terhingga kepada Allah swt. Sudah agak lama rasanya tidak menulis dalam blog ini. Semoga diberi kekuatan untuk istiqamah. Bak kat Ale,

"Takpe sikit pun. Janji kita istiqamah melakukannya".

Banyak peristiwa yang berlaku kebelakangan ini. Ada yang gembira, sedih, terharu, kelam kabut dan sebagainya. Sebelum terlambat, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga ia memberi makna kepada kita semua.

Teringat saya kepada satu kata-kata. Sudah lupa sama ada ia sebuah hadith ataupun kata-kata dari ulama'.

"Orang mukmin ini pelik. Sebab apa? Sebab bila mendapat kesenangan, mereka gembira. Namun bila ditimpa musibah, mereka masih gembira."

Itulah yang dicuba oleh saya. Dan saya juga ingin mengajak rakan-rakan yang lain supaya menjadi sedemikian. Memang senang untuk kita katakan kepada orang yang sedang mengalami musibah sedemikin rupa. Namun, itulah hakikatnya.

Kita mesti berhusnuzon dengan Allah.

Kita harus ingat. Dia mempunyai plan yang lebih baik untuk kita. Ingat, fikiran kita terhad. Tidak boleh memikirkan masa depan dan sebagainya.

Jadi, marilah kita sama-sama menanam dalam diri dan jiwa kita. Senyumlah dan bersabarlah ketika kita ditimpa musibah.

Ingat, ada hikmahnya!!


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


17/11/2009

Qudwah Seorang Kader Dakwah Sejati

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim




salah seorang kader ini keluar dari bengkel tempat dia bekerja...
bengkel....
bukan kampus....
bengkel dia..
tukang las...
bikin furniture..
dia keluar dari kantornya...
dari bengkelnya itu...
hari Khamis...
petang hari...
kerana liburnya di waktu itu,
di sana...
hari Jumaat...
tiba-tiba Isyak dia sudah memberi daurah di hadapan sekian ratus orang..
sekian puluh kilometernya dari kotanya...
kemudian...
besok pagi dia sudah memberikan kuliah subuh...
di sekian ratus kilometer tempat..
dan Jumaat siangnya..
dia sudah Khutbah Jumaat..
di sekian ratus kilometer lagi...
malam Sabtunya..
Asar hari Jumaat...
dia diberikan arahan pada mukhayyam..
pada camping yang dihadiri..
ratusan pemuda dari berbagai kabupaten..
Mula Isyaknya...
dibikin daurah yang luar biasa...
mempengaruhi...
dan menimbulkan pengaruh besar dan perubahan pada...
syabab...
pemuda-pemuda dan kader yang ada di tempat-tempat itu...
dan besok pagi..
sudah ada di bengkelnya..
jauh..
sebelum datangnya buruh-buruh yang lain..
dia datang dengan wajah yang cerah..
cerah!!
ceria!!
segar!!
walaupun lelah..
tetapi...
dia penuh semangat..
dan kebanggaan!!
seperti itulah kader seharusnya..
profil..
yang dibanggakan..
pada saatnya..
cerdas..


Betapa jauhnya diri ini...

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

14/11/2009

Jodoh

6 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Semalam, saya dan Hisham menonton Ketika Cinta Bertasbih. Selepas beberapa minit, Hisham mengatakan filem ini tidak sehebat novelnya yang sudah dibaca Hisham sejak di bangku kolej lagi. Wah, mantap sugguh si Hisham ni kan? Selepas beberapa ketika, datang Apeng dan Hilmi Faiz.

"Weh, korang tengah tengok cerita apa?", tanya beliau.

"Ketika cinta bertasbih", balas Hisham selamber.

"Owh. Hari tu aku tengok filem Melayu ape ntah. Best gak r cerita dia. Tapi lupa apa tajuk dia", katanya lagi.

"Syurga Cinta?", tanya Hisham kembali.

"Aah. Betul la tu", jawab Hilmi Faiz.

Lalu Hisham mengajak aku untuk menonton filem tersebut. Aku pun layan je la. Hampir sejam setengah kami menonton bersama-sama. Bayangkan betapa romantiknya kami berdua.

Namun, bukan itu yang ingin saya kongsi di sini. Tapi satu dialog yang agak menarik dalam filem tersebut yang ingin saya kongsikan.

"Cinta itu adalah permulaan jodoh. Dan atuk pernah cakap, jodoh itu terbahagi kepada tiga. Yang pertamanya, dikatakan JODOH DARI SYAITAN. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat. Akhirnya, Syuhada (nama watak) mengandung. Baru kamu menikah.

Yang keduanya, JODOH DARI JIN. Kamu berdua berkenalan. Kamu sukakan Syuhada. Tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada sukakan kamu. Dan kamu berdua menikah.

Dan yang ketiganya, JODOH DARI ALLAH. Kamu berdua berpandangan mata. Terus menusuk ke kalbu. Kamu terus meminang Syuhada. Dan Syuhada terima pinangan kamu. Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah, berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan, SYURGA CINTA."

Indah kan? Tapi kenapa masih ramai di kalangan masyarakat kita tidak memilih pilihan yang ketiga? Masih ramai yang lebih sukakan trend bercouple yang kini dianggap seperti normal dan biasa biarpun dikalangan ibu bapa, guru apatah lagi remaja itu sendiri.

Terpulang kepada kita untuk memilih.

Wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah TAQWA atau cinta BUTA yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan TAQWA adalah cinta yang berakhir dengan PERMUSUHAN. Jika tidak di NERAKA dunia, pastinya NERAKA abadi di alam sana.




"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

12/11/2009

Karat-karat jahiliyyah

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Adakah kita sedar masih ada rawathib (karat-karat) jahiliyyah pada diri kita? Ya, bukannya senang untuk kita hilangkan karat tersebut. Tengok saja sebatang paku yang berkarat. Adakah senang untuk kita hilangkan karat tersebut? Yang pentingnya, tidak semudah ABC atau 123.



Namun, ia bukanlah alasan untuk kita tidak berusaha untuk menghilangkan karat-karat tersebut. Jikalau dibiarkan sahaja, makin berkembanglah karat tersebut, makin kotorlah paku itu dan makin rapuhlah paku itu. Akhirnya, ia patah ataupun hancur.

Begitu juga dengan diri kita.

Jikalau kita tidak berusaha membersihkannya, makin teruklah diri kita ini. Makin rapuhlah iman kita. Makin pudarlah aqidah kita. Dan akhirnya, kita bagaikan bangkai yang masih bernyawa. Hanya jasad yang hidup, tapi jiwa dan roh kita sudahpun mati. Naudzubillah min zalik.

Tapi bagaimana nak bersihkan karat-karat tersebut?

Kalau untuk paku, seeloknya kita bersihkan dengan bahan-bahan kimia yang sepatutnya.

Tapi untuk kita? Bagaimana?

Jawapannya cuma satu. Tingkatkan hubungan kita dengan Allah swt. Biar perlahan-lahan. Asalkan kita semua istiqamah dalam melakukannya. Tak kisahlah baca al-quran 5 ayat sehari sekali pun, yang penting, kita sentiasa melakukannya. Tak kisahlah kita solat jemaah di surau sekali je seminggu, yang penting, istiqamah.

InsyaAllah, selepas kita istiqamah dalam melakukan amal ibadat yang sedikit itu, pasti kita akan terasa untuk meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti amalan kita tersebut. Hubungan kita dengan Allah swt akan sentiasa dipertingkatkan. Sepanjang proses itulah, karat-karat jahiliyyah dalam diri kita akan dibuang sedikit demi sedikit. InsyaAllah.

Mari kawan-kawan. Kita buang karat dalam badan. Nanti mudah nak lawan syaitan.

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

30/10/2009

Fikir betul-betul kawan

4 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Kenapa kita nak kejar benda yang kita tak nampak?", soal seorang rakan.

"Kan banyak lagi benda kat dunia ni kita leh kejar. Perempuan, duit, enjoy, kereta", tambahnya.

"Abis tu kau tak percaya ke adanya akhirat?", soalku balik.

"Eh, takdela macam tu. Aku percaya. Cuma benda tu mana kita nampak lagi", balasnya.

Ya, mungkin sebahagian dari kita pelik kenapa kita perlu mengejar sesuatu yang kita tidak nampak di mata. Kan banyak lagi keseronokan yang jelas lagi bersuluh di depan mata kita ni? Perempuan seksi, kereta mewah, duit, pangkat, membuat seks rambang dan banyak lagi yang enjoy-enjoy belaka. Kenapa kita tak nak kejar tu?

Kenapa Allah tidak bagi kita nampak pahala tu?

Sebab Allah nak menguji siapakah dari hambaNya yang betul-betul bertaqwa dan beriman kepadaNya. Dan orang yang beramal dan beribadat tu betul-betul dia melakukannya hanya semata-mata kerana Allah. Sebab segala perbuatan kita bergantung kepada niat.

Kalau kita nak berseronok dahulu, pastu baru nak bertaubat, amat bodohlah kita.

Hey mat, hidup kat dunia ni sementara je. Lebih kurang 60 tahun. Hidup kat sana selama-lamanya ataupun infiniti. 60 tahun bahagi infiniti = zero mat. Kau kena sedar tu.

Nabi pun pernah berkata, " Dunia ini macam bangkai je".

Bangkai!!

Ingat tu.

Allah gives and forgives. But we get and forget.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

26/10/2009

Bingung

4 comments
Bismillahirrahmanirahim

Kenapa kita perlu memeningkan orang untuk membawanya ke arah Islam?


Kan Islam itu mudah.


Kenapa ingin membuatnya susah?


Apa jadi kalau dia terus jauh dari Islam sebab kita memeningkannya dengan perkara yang belum di tahap pemikirannya?

Apa jadi kalau dia langsung malas nak berubah?


Siapa yang salah?

Kita, dia atau Islam?
Tahu kan jawapannya??

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

22/10/2009

Masa yang ada tidak cukup

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Kita kata kita nak berubah.

Kita kata kita nak berdakwah.

Kita kata kita nak bawak usrah.

Kita kata kita nak pergi daurah.

Kita kata kita nak pergi jaulah.

Kita kata kita nak pergi rehlah.

Ya, kita kata macam-macam pasal dakwah kita.

Tapi cukup ke masa nak buat semua tu?

Kita kena study.

Kita kena masak untuk makan.

Kita ada assignment.

Kita ada exam.

Macam mana??

Sempat kita nak kejar semua benda tu?

Sempat kalau kita betul-betul memanfaatkan masa.

Susah kalau kita masih membuang masa dengan perkara sia-sia.

Bila susah, kita mula penat.

Lalu pada satu masa kita mula menyalahkan dakwah.

Lalu kita mula lari dari dakwah dan tarbiyyah.

Naudzubillah min zalik.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


18/10/2009

Aku ingin mencintai-Mu

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim





Tuhan betapa aku malu

Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia

Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Reff:

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,

Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

16/10/2009

10 ciri-ciri

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Cuba tanya dan periksa diri kita semua. Ada tak 10 ciri-ciri ni. Kalau tiada, jom kita berusaha adakan. Kalau dah ada, jom kita berusaha mantapkan.

1. Aqidah yang sejahtera.

2. Ibadat yang shahih.

3. Akhlak yang mantap.

4. Berpengetahuan luas.

5. Sihat tubuh badan.

6. Mampu berdikari.

7. Melawan nafsu.

8. Sangat menjaga masa.

9. Tersusun urusannya.

10. Bermanfaat kepada orang lain.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".





15/10/2009

Istighfar

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Nabi beristighfar sebanyak 70 kali sehari. Ada riwayat lain mengatakan 100 kali sehari.

Tetapi kita? Nak sampai 1o kali sehari pun payah. Padahal buat dosa bertimbun-timbun sehari.

Tapi berlagak taknak istighfar.


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".


12/10/2009

KICKSTART 09

3 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.







"Islah, Nafsak, Wad'u Ghairak".

25/09/2009

Jom kembali belajar

2 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah. Setelah hampir 3 bulan bercuti di Malaysia, kini sudah tiba masanya untuk saya kembali ke bumi asing demi meneruskan perjuangan sebagai seorang Muslim yang belajar. Semoga pengajian dalam tahun 2 akan dipermudahkan oleh Allah swt, insyaAllah.

Berikut adalah jadual penerbangan saya dari KLIA ke London Heathrow.

Tarikh dan waktu berlepas : 28 September 2009, 2340
Tarikh dan waktu ketibaan : 29 September 2009, 0550

Semoga sepanjang cuti summer kali ini memberi saya seribu satu manfaat dan pengajaran untuk saya lebih maju. Doakan perjalanan pulang saya selamat. Dan semoga kita berjumpa lagi untuk masa akan datang.

Jom kembali belajar!!


[0987411.jpg]



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

19/09/2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Takbir raya bergema di Masjid Kg. Pengkalan Arang. Pilu dan sayu rasanya. Entah mengapa. Mungkin kerana Ramadhan telah berlalu. Ataupun mungkin kerana tarikh flight balik ke UK semakin hampir.

Sudah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga segala amal ibadat kita diterima oleh Allah swt.

Sudah sebulan kita berlapar dahaga dari pagi ke petang. Semoga segala-galanya diberkati Allah swt dan tidak sia-sia.

Sudah sebulan kita bertarawikh dan bertadarus. Semoga ia menjadi turning point bagi kita untuk meneruskan segala amal ibadat dalam 11 bulan yang lain.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Ampun maaf salah dan silap dalam segala perbuatan dan penulisan saya selama ini.

p/s: Jemputlah datang ke rumah pada hari raya ketiga

p/s: Jangan lupa puasa 6 bulan Syawal. Besar ganjarannya.



"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

16/09/2009

Para PencariMu

0 comments
Bismilahirrahmanirrahim



Para Pencarimu

Menjalani hitam putih itu membuatku mengerti
Arti hadir-Mu dalam setiap langkah-langkahku berarti

Melewati setiap detik waktuku bersama takdirmu
Membuatku mengerti hanyalah pada-Mu ku kembali

Ku bersujud kepada-Mu memohon ampunan-Mu
Adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu

Akulah para pencari-Mu ya Allah
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Tunjukkan ku jalan yang lurus
Tempat kutambatkan langkahku

Akulah para pencari-Mu
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Hanya di jalan-Mu ya Allah
Tempatku pasrahkan hidupku

Ku bersujud kepada-Mu memohon ampunan-Mu
Adakah jalan untukku tuk kembali pada-Mu

Akulah para pencari-Mu ya Allah
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Tunjukkan ku jalan yang lurus
Tempat kutambatkan langkahku

Akulah para pencari-Mu
Akulah yang merindukan-Mu ya rabbi
Hanya di jalan-Mu ya Allah
Tempatku pasrahkan hidupku


"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".

15/09/2009

Bola oh bola

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim

Siapa yang tidak minat dengan bola sepak? Kebanyakkan dari kita memang peminat nombor satu dengan sukan ini. Begitu juga dengan saya. Bola sepak sudah menjadi darah daging saya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Pelbagai kejohanan sudah saya sertai. Ada yang kalah, ada yang menang. Namun, menang kalah tidak penting bagi saya. Yang penting kepuasan bermain sukan bola sepak ini. Memang tidak dapat dinilai dengan kata-kata.

"Makan bola, minum bola, tidur bola", laung sebuah iklan komersial.

Dulu, hampir tiap-tiap minggu saya ke stadium untuk menonton sukan bola sepak ini. Jauh di sudut hatiku, kadang-kadang terasa cemburu melihat rakan-rakan sepermainan lama telah berjaya menyarung jersi negeri masing-masing dalam saingan Liga Super dan Perdana. Malah ada yang sudah menyarung jersi kebangsaan. Memang hebat.


"Pergh, bestnye diorang. Gile mantap", jerit hati kecilku.

Sedar tidak sedar, bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan bola sepak antarabangsa, saingan Liga Juara-Juara Eropah akan bermula pada malam ini. Oh silap. Awal pagi ini. Ya, awal pagi. Biasanya dalam pukul 2-3 pagi. Jangan terkejut, bagi peminat-peminat bola sepak, tiada masalah bagi mereka untuk bangun ataupun 'stay up' semata-mata ingin menonton siaran langsung perlawanan tersebut.

Dulu saya pun begitu!!

Sedar tidak sedar juga, Ramadhan semakin melabuhkan tirainya. Malam lailatulqadar kian menjelang. Hanya orang yang mencarinya sahaja yang dapat keberkatan dan rahmat malam tersebut. Hanya orang yang menghidupkan malam sahaja yang berpeluang bertemu dengan malam yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan. Ya, hanya orang yang berjaga kerana Allah swt, bukan kerana ingin menonton bola.

Bukannya salah ingin menonton. Tapi seimbangkanlah. Kalau kita boleh menonton bola sepak sehingga jam 3 pagi, apa salahnya kita sambung dengan bermunajat dan beribadat kepada Allah swt? Apa yang lebih penting? Keputusan bola sepak ataupun keputusan Allah di padang mashar kelak? Tepuk dada, tanyalah iman kita masing-masing.

Nasihat ini untuk diri saya terutamanya. Marilah kita sama-sama berusaha mengubah diri kita ke arah kebaikan. Rebutlah peluang di malam-malam akhir Ramadhan ini untuk mencari keredhaan Allah swt semata-mata. Andai kata kita boleh berjaga malam untuk menonton bola, dan sebaliknya kita tidak dapat berbuat demikian untuk Allah, rugi besarlah kita.

Sama ada kita ingin memilih bola atau Allah, jawablah sendiri.

Anda mampu mengubahnya.






"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak".